CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Pelakon sitkom The Cosby Show mati lemas, ditarik arus deras

23-7-2025 09:09 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1092| Komen: 10

 


PELAKON sitkom popular 80-an The Cosby Show, Malcolm-Jamal Warner meninggal dunia akibat lemas ketika bercuti bersama keluarganya di Costa Rica, semalam.

Penggalas watak Theo Huxtable itu dipercayai ditarik arus deras ke tengah laut ketika mandi di pantai Playa Cocle di wilayah Limon pada Ahad sebelum ditemui dalam keadaan tidak bernyawa kira-kira pukul 2 petang waktu tempatan

Agensi Siasatan Kehakiman Costa Rica memaklumkan petugas Palang Merah mengesahkan Warner, 54, mengghembuskan nafas terakhir di tempat kejadian.

Pemergian mendiang mengejutkan peminat dan penggiat industri hiburan Hollywood memandangkan dirinya masih aktif menjayakan pelbagai program televisyen.

Warner meraih populariti sebaik membintangi The Cosby Show dari 1984 hingga 1992 iaitu sebagai anak kepada watak yang digalas aktor tersohor, Bill Cosby.

Penglibatannya dalam siri ikonik berkenaan juga dikatakan adalah atas pilihan Cosby sendiri yang dilakukan pada hari terakhir sesi uji bakat secara besar-besaran.


Mutu lakonan cemerlang melayakkan beliau menerima pencalonan bagi Anugerah Emmy untuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Siri Komedi pada 1986.

Selepas kejayaan The Cosby Show, Warner semakin menyerlah menerusi siri lain termasuk Malcolm & Eddie bersama pelawak Eddie Griffin, serta muncul sebagai pelakon undangan dalam siri popular The Fresh Prince of Bel-Air dan Sesame Street.

Antara program televisyen lain membabitkannya adalah Reed Between the Lines, 9-1-1, The Resident serta terbaharu, Alert: Missing Persons Unit, menerusi watak Ketua Inspektor Bill Houston.

Selain televisyen, anak jati New Jersey, Amerika Syarikat itu aktif di arena teater selain menghasilkan program audio siar Not All Hood dengan memberi fokus kepada isu komuniti kulit hitam.

Warner juga aktif dalam bidang muzik sebagai komposer dan nyanyian sehingga meraih Anugerah Grammy pada 2015 bagi kategori Persembahan R&B Tradisional Terbaik menerusi lagu Jesus Children of America bersama Robert Glasper dan Lalah Hathaway.

Pada 2023, album puisinya di bawah judul Hiding In Plain View menerima pencalonan pada anugerah sama.

Warner meninggalkan seorang anak perempuan serta legasi seni bahkan sumbangan terhadap meningkatkan taraf hidup komunitinya sentiasa diingati ramai. 


Sumber -KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alesandra 23-7-2025 10:33 AM
Owh..dia ada berlakon dramaseries psl doctor the resident gak ni
Quote Thunderclouds 23-7-2025 11:41 AM
Katenye accidental drowning
Quote kechikchomel 23-7-2025 12:29 PM
ozzy osbourne pun meninggal kan
Quote Carcosa 23-7-2025 03:11 PM
Laaaah. Meols mati2 ingatkan dia passed away sbb sakit. Heart attack ke apa ke.
Rupanya lemasss. Laaa. Kesianlah jugak kan.
Dulu meols membesar tgk Cosby tu.
Quote Weller 23-7-2025 06:55 PM
tengah holiday dengan family kat costa rica. news us kata time swimming dengan daughter dia, tetiba ada undercurrent ke apa. ada lagi tourist yang kena, tapi sempat selamat.



dalam the resident, awal2 kemunculan macam menyampah character dia tapi lama2 menarik development dia.
Quote punchup 24-7-2025 12:40 AM
Dalam the resident tu yg mana
Quote khaly 24-7-2025 10:15 AM
punchup replied at 24-7-2025 12:40 AM
Dalam the resident tu yg mana

Dr. AJ Austin
Quote lasagna 29-7-2025 08:22 AM
OMG i rmbr him! kesiannya mati lemas.
yaa iols pun mbsar dgn cite Cosby ni..
Quote Page88 12-9-2025 07:53 PM
Rest In Peace.
Quote ZORRO5555 3-1-2026 09:45 AM
Rest in peace

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 05:02 PM GMT+8 , Processed in 0.079722 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top