Oleh : Dean BZ
Pelajar sekolah menunggang motorsikal tanpa lesen bukanlah satu perkara baru yang kita dengar. Banyak penyebab yang mendorong pelajar-pelajar untuk menunggang motorsikal ke sekolah. Antaranya tambang bas sekolah semakin mahal, mendapat keizinan dari ibu bapa dan juga pengaruh rakan-rakan. Sedar atau tidak, perbuatan ini sememangnya salah disisi undang-undang lalu lintas iaitu menunggang motorsikal tanpa lesen. Apabila pelajar-pelajar menunggang motorsikal tanpa lesen, mereka tidak terdedah tentang ilmu dan peraturan apabila berada dijalan raya dan inilah punca utama terjadinya kemalangan. Banyak kes pelajar terkorban akibat kemalangan jalan raya telah direkodkan.
Memetik dari laporan freemalaysiatoday, Aktivis dan selebriti media sosial, Abdul Rani Kulop Abdullah mencadangkan kerajaan mengeluarkan lesen motorsikal khas kepada pelajar sekolah untuk mengurangkan kes kemalangan. Katanya, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Pendidikan perlu bekerjasama untuk mengeluarkan lesen itu kepada pelajar sekolah berumur 12 hingga 17 tahun. Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) itu menegaskan, pelajar perlu melalui ujian jalan raya sebelum diberikan lesen khas itu. Katanya, pelajar yang lulus juga perlu menggunakan pelekat khas ‘Awas pelajar sedang memandu’. “Pelajar ini hanya boleh menunggang motosikal untuk ke sekolah dan aktiviti-aktiviti sekolah sahaja. “Penggunaan motosikal juga perlu ada jarak dari rumah ke sekolah. Kalau lebih 50km, tidak perlulah naik motosikal. Ia hanya untuk yang dekat-dekat dengan sekolah sahaja,” katanya kepada FMT. Abdul Rani atau atau ‘ayah’ berkata, cadangan itu kerana kes kemalangan melibatkan pelajar sekolah menunggang motosikal semakin kerap berlaku. “Ini untuk memudahkan cara. Kalau ada operasi pada awal pagi, budak-budak nak pergi sekolah macam mana? “Budak-budak ini bila nampak polis mereka cabut lari. Bila dia cabut lari, keadaan akan menjadi kelam-kabut..menjadikan mereka bertembung sesama sendiri sebab takut polis,” tegasnya. Cadangan beliau tidak boleh dipandang remeh kerana mungkin ada kebaikkannya. Cuma kajian menyeluruh dari segenap segi perlu dijalankan terlebih dahulu oleh semua pihak. Kesan buruk seperti pelajar mula terlibat dengan aktiviti lumba haram dan bertambahnya "rempit junior" perlu dikaji dengan teliti. Jadi adakah anda bersetuju dengan cadangan beliau? - CARI Infonet. *Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.
|
6
Bagus |
6
Marah |
14
Terkejut |
5
Sedih |
6
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
pehbedah replied at 21-1-2016 10:59 AM
anak buah aku 14 tahun dah bawak moto pi sekolah..moto kena tampal logo sekolah..nama dng no motor ...
ADVERTISEMENT