|
NEW YORK: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) firma teknologi, Astronomer Inc, Andy Byron meletakkan jawatan selepas tular video beliau berpelukan dengan rakan sekerja dipercayai 'kekasih gelapnya'. Perkara itu dimaklumkan syarikat berkenaan menerusi satu kenyataan bertulis di profil Linkedln semalam. "Pemimpin kami sepatutnya mematuhi standard tata kelakuan dan akauntabiliti, namun baru-baru ini, ia tidak dipenuhi," kata kenyataan itu. Kenyataan itu turut memaklumkan Andy Byron menawarkan peletakan jawatannya sebagai CEO dan lembaga pengarah meluluskannya. Byron diberi cuti pada Jumaat dan Ketua Pegawai Produk, Pete DeJoy dilantik sebagai CEO interim. Rabu lalu, aksi mesra Byron dan Ketua Pegawai Sumber Manusia Astronomer, Kristin Cabot berpelukan dirakam melalui paparan skrin 'kiss cam' pada konsert Coldplay yang berlangsung di Gilette Stadium, Foxborough, Massachusetts, Amerika Syarikat (AS).
Insiden terbabit mula tular selepas netizen membongkar identiti pasangan terbabit. Jurucakap syarikat itu berkata, bahawa hanya pasangan itu yang kelibat mereka dirakam dalam konsert berkenaan. Bagaimanapun, pihak syarikat enggan mengulas lanjut mengenai status semasa Cabot. Dalam insiden terbabit, vokalis kumpulan Coldplay, Chris Martin dilihat berinteraksi dengan penonton melalui paparan skrin 'kiss cam'. Kamera itu secara rambangnya memfokuskan ke satu pasangan yang sedang leka berpelukan. Sebaik menyedari, lelaki terbabit panik dan cepat-cepat melepaskan pelukan sambil cuba berselindung manakala wanita itu menutup mukanya. "Oh, ini kalau bukan hubungan sulit, mesti mereka sangat pemalu," seloroh Martin sambil disambut dengan sorakan ribuan penonton yang hadir. - REUTERS |
KamikuP replied at 21-7-2025 04:00 PM
Kemas betul si Andy Beron ni pegang kopek acik HR.. ekekek
makneng replied at 23-7-2025 11:26 AM
HR personnel dah la kebanyakkannya mcmseal tapi acik Kristin ni lagi besor sial dia haha
Acik CEO p ...
evlinne replied at 30-7-2025 01:12 PM
Dlm byk2 dept mmg paling seal HR pun
Mana2 kampeni mmg sama yach wkwkwkw
Apa ke seal tah HR ramai ...
borrow replied at 31-7-2025 08:43 AM
Katanya Andy ni nk saman coldplay. Aiyooo
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
5-2-2026 05:06 PM GMT+8 , Processed in 0.252167 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.