CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

BCL Syukur Ibu Bapa Ashraf Sinclair Terima Suami Baru

16-7-2025 10:02 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1257| Komen: 9

 


Penyanyi dan pelakon Bunga Citra Lestari meluahkan rasa syukur apabila keluarga Allahyarham suaminya menerima kehadiran Tiko Aryawardhana.

Memetik mStar Online, Bunga berkata dia rasa beruntung kerana kini mempunyai tiga buah keluarga, malah keluarga suaminya juga tidak kisah melihat hubungan baik dengan keluarga arwah.

“Mereka (keluarga Ashraf) menerima Tiko seadanya. Saya juga bersyukur keluarga Ashraf dapat terima kehadiran Tiko. Tidak hanya Tiko, tapi seluruh keluarga dia juga.

“Kalau dilihat semula waktu perkahwinan kami di Bali, saya seperti ada tiga ibu bapa sekarang. Ada ibu bapa saya, ibu bapa Ashraf dan ibu bapa Tiko, semuannya jadi satu keluarga,” katanya.

Sementara itu, Bunga berkata dia masih menjalin hubungan baik dengan keluarga Ashraf kerana rasa kasih sayangnya, malah mereka sering memberi sokongan kepadanya.

“Dulu saya mempunyai hubungan dengan Allahyarham Ashraf sebagai suami isteri. Saya tidak hanya bernikah dan mencintai Ashraf tapi saya menyayangi seluruh keluarganya. Keluarga Ashraf pun sangat baik dengan saya, selalu beri sokongan kepada saya, sekarang menyokong Tiko masuk dalam keluarga kami,” katanya.

Bunga dan Tiko bernikah di Bali Indonesia pada 2 Disember 2023 selepas dua tahun bergelar ibu tunggal. 

Terdahulu, Bunga berkahwin dengan Ashraf Sinclair pada 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Noah Sinclair kini berusia 14 tahun.

Sumber: mStar Online, Rotikaya
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 16-7-2025 10:53 AM
Sekuat-kuat genetik Pakcik Sinclair, kuat lagi genetik BCL ye pada anak dia... kuat betul muka wong jowo dia..
Quote Perawankota 16-7-2025 11:10 AM
Nampak lah family Sinclair ni yang bagus..
Quote I.K.A888990 16-7-2025 07:45 PM
terbaik mcm ni
Quote AceHand 17-7-2025 01:29 AM
[AceHand SPECTaceLAR]

Dulu yer yer jer macang dah tak nak kaweng lagi... Hah! Hah! Hah!

Itulah... Beringat sebelong berkata kata...


Jizzz... Klong! Klong!

Quote borrow 17-7-2025 02:33 PM
Yuna pun ada komen kat ig tiko. Mmg deyols semua jenis tak byk kisah kowt , ngam je.
Quote kmbg 17-7-2025 04:03 PM
Betul2 menjaga hubungan..takda istilah bekas mentua kaedahnya
Quote silance 17-7-2025 04:38 PM
Laki yang ni pun actually agak good looking juga. Nampak sepadan saja dengan BCL.
Quote shernazz 24-7-2025 07:56 AM
Respek dgn ikatan kekeluargaan depa .
Nampak parents arwah ni jenis tak masuk campur hal anak2..jadi anak2 selesa dengan depa even menantu masih lagi keep in touch..

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.226491 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top