CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

‘Setiap kali ke sini, lagu Malaysia Truly Asia bermain di fikiran’ - Minnie

14-7-2025 03:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 610| Komen: 2

 


Anggota kumpulan K-pop, i-dle iaitu Minnie berasa sangat teruja setiap kali berkunjung ke Malaysia kerana baginya negara ini mempunyai banyak persamaan dengan tanah kelahirannya, Thailand.

Minnie atau nama sebenarnya, Nicha Yontararak, 27, berkata, banyak perkara yang membuatkan dirinya sentiasa teringatkan Malaysia termasuklah lagu Malaysia Truly Asia.

“Pertama sekali, saya sangat sukakan cuaca di sini. Cuaca di Malaysia sama sahaja seperti di Thailand.

“Kemudian, ketika saya masih kecil, saya selalu dengar lagu bunyinya seperti ‘Malaysia Truly Asia’. Tak pasti lagu itu iklan atau apa.

“Setiap kali saya datang ke Malaysia, lagu ini akan bermain di fikiran saya. Terus saya tak fikir panjang, Okay, ‘I’m going to Malaysia’ (saya akan ke Malaysia),” katanya yang membuat kemunculan pada majlis pelancaran perisa baharu ecoBrown’s di pusat beli-belah di 1 Utama, Damansara kelmarin.


Dalam pada itu, Minnie jatuh cinta dengan keindahan pulau-pulau di Malaysia terutama di Sabah dan semestinya, durian.

“Saya sukakan pulau. Saya ingin sekali (lagi) pergi ke Pulau Manukan, Sabah. Air di sana sangat cantik dan jernih. Mungkin ada masa, saya akan kembali ke sana.

“Selain itu, semestinya saya akan cuba semua makan terutama durian. Dengar cerita durian di sini berbeza di Thailand. Tapi saya tak boleh makan banyak sebab durian kolesterol tinggi,” katanya.

Minnie merupakan salah seorang ahli kumpulan K-pop popular yang turut dianggotai Miyeon, Minnie, Soyeon, Yuqi, Shuhua.

Bernaung di bawah Cube Entertainment, antara lagu popular mereka termasuklah Queencard, Pop/Star dan Tomboy. 


Sumber : – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote I.K.A888990 15-7-2025 01:25 PM
cantik minnie ni suara pun sexy gitu
Quote lasagna 16-7-2025 08:43 AM
ooo lahir kat thai kaa? lerrr baru tau..
hakaq tak bape nk kenal sheol ni, tau sket jer.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.133744 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top