CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Video tular, Pakai BMW, tapi tol pun ‘tumpang’ orang sebab tak mampu nak bayar?

14-7-2025 02:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2690| Komen: 9

 


PETALING JAYA – Tindakan seorang pemandu kereta jenis BMW culas membayar tol dan ‘menumpang’ kereta lain mendapat kecaman pengguna di media sosial.

Menerusi klip video yang dikongsi di laman Facebook Himpunan Cerita Lawak, kereta BMW berwarna biru itu berjaya meloloskan diri dengan ‘menumpang’ kereta di hadapannya.

Berdasarkan klip video tersebut, pemandu BMW terlebih dahulu memberi laluan kepada kereta mangsa sebelum menyalakan lampu isyarat kecemasan.

Kemudian, selepas kereta mangsa membayar tol, kelihatan kereta BMW itu memecut laju sebelum palang dijatuhkan.

Aksi pemandu BWM tersebut telah dirakam video papan pemuka kereta mangsa, namun tidak dapat dipastikan lokasi tol berkenaan dan waktu tepat kejadian tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna mengecam tindakan pemandu BMW tersebut kerana culas membayar tol dan menyusahkan pengguna kenderaan lain.


“Buat malu je, nak bergaya tol pun kedekut nak bayar,” tulis Rozana Ismail.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Hairudin Dinangah.

“Sepatutnya lepaskan palang sikit tunggu palang jatuh baru tekan terus,” katanya.


Sumber : – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Inigo-Montoya 14-7-2025 03:05 PM
mesti type...
Quote ctaz 14-7-2025 03:21 PM
dia tu dulu yg pengikut pakai baju kuning guling2 ateh jlan...lepas tu tuan dia janji ke dia tol dimansuhkan...tu yg dia buat mcm t
Quote hart_attack 14-7-2025 03:54 PM
Rm brp tol?iols dulu pernah org byrkan tol rm 1 je pun tp iols saga jew
Quote afie_m 6-8-2025 02:58 PM
kereta dah mewah, tol nak free pulak
Quote mehmet 6-8-2025 03:00 PM
Viral hot2.
Quote annehuda 6-8-2025 03:05 PM
mcm nilah cara orang kaya kekal kaya.  dengan cara mengkedekutkan diri. biar orang lain bayarkan untuk dia, duit dia simpan utk diri dia sendiri je
Quote airfilterkotor 6-8-2025 04:36 PM
Plat WD 330D. Mohon netijen selongkar anak siapa nih.
Quote Decaffeinated 6-8-2025 06:16 PM
Untuk thrill ja tu. Aku percaya bbnu anak orka. Type tak pasti, can be anything.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 11:03 PM GMT+8 , Processed in 0.037262 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top