CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

‘Selepas 16 tahun..’ – Anjing kesayangan Lee Min Ho mati

14-7-2025 02:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 706| Komen: 4

 


Pelakon popular Korea Selatan, Lee Min Ho berdepan detik pilu apabila anjing peliharaannya yang dinamakan Choco menghembuskan nafas terakhir.

Menerusi satu hantarannya Instagram, bintang drama The Heirs itu berkongsi kesedihan atas kehilangan haiwan kesayangan yang telah menemaninya selama 16 tahun.

“Anjing kesayangan saya, Choco telah meninggal dunia selepas 16 tahun kami bersama. Saya berharap masa yang saya luangkan dengannya dipenuhi kebahagiaan.

“Terima kasih kepada semua yang telah menyayangi Choco,” katanya.

Dalam hantaran tersebut, aktor yang berusia 38 tahun itu turut berkongsi beberapa foto kenangan bersama anjing peliharaannya, Choco sebagai tanda hubungan erat mereka.

Sementara itu, Lee Min Ho bakal kembali ke layar perak menerusi filem terbaharunya Omniscient Reader: The Prophecy yang akan ditayangkan pada 23 Julai 2025.


Filem tersebut merupakan kemunculan semula beliau dalam dunia perfileman selepas beberapa tahun terlibat dengan projek drama dan antarabangsa. 


Sumber : – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Inigo-Montoya 14-7-2025 03:07 PM
serius la baru 38..rasa masa iols sekolah menengah dia tengah meletup ingat kan dah 50 skg
Quote hart_attack 26-7-2025 02:50 PM
Kesian oppa,moga tabah. Baru dpt tahu berita ni.
Quote hart_attack 26-7-2025 02:52 PM
Bila nk dtg M'sia lg,sblum ni selang 2 tahun dtg. Harap lps 2 tahun dtg lagi
Quote borrow 28-7-2025 09:21 PM
Chihuahua ni hidup lama jugak lah berbanding meow. Tinkerbell Paris Hilton tu sampai 23 tahun. Takziah.  Best ke film baru heols. Jisoo pun ada kan. Waktu trailer keluar dulu, byk komen kutuk CGI. Nanti netflix pula nk buat live action Solo Leveling. Harap tak hauk ,  Byeon Woo seok  dh sesuai sgt jd Jinwoo.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.293178 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top