CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Tiket My Chemical Romance (MCR) RM599 jadi RM2,500

12-7-2025 10:11 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1089| Komen: 22

 


Peminat kumpulan rock terkenal, My Chemical Romance (MCR) kecewa apabila ada pihak tidak bertanggungjawab menjual semula tiket konsert kumpulan tersebut yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada harga lebih tinggi.

Menerusi beberapa hantaran di laman X, rata-rata pengguna berang dengan kemunculan ‘scalper’ sebaik sahaja tiket sudah tidak dapat dibeli dalam tempoh beberapa jam sahaja.

Seorang pengguna dikenali sebagai SiDudut berkata, harga tiket konsert tersebut bagi tempat duduk berharga RM599 juga didapati dijual semula pada harga RM2,500.

“Tiket RM599 secara magisnya menjadi RM2,500 oleh scalper’s. Mesti seronok dapat duit hasil menghancurkan hati peminat sebenar,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna dikenali sebagai Fareez mengingatkan orang ramai agar tidak terburu-buru membeli tiket daripada pihak tersebut.


“Kalau ada scalper jual, jangan beli. Tunggu sampai hujung tahun. Silap-silap kau sempat dapat bonus masih boleh beli lagi. Jangan bagi peluang kutu-kutu ini buat duit melampau,” katanya.

Tinjauan Kosmo! di aplikasi jualan barangan terpakai Carousell mendapati, terdapat beberapa pengguna sudah mula menjual tiket konsert tersebut pada harga yang tinggi.

Terdahulu, MCR dijangka hadir ke Asia Tenggara sebagai sebahagian daripada jelajah mereka bagi tahun 2026.
Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BungaKencana 14-7-2025 09:27 AM
alasan paling bangang Kawan tak jadi, salah pilih zone.. wadepak dia! konsert tu lg 7-8 bulan lg dah tahu tak nk pegi yg beli pasal ape.. pastu yg slh pilih zone lg bebal sdgkn map da keluar awal mmg da blh marking mana yg kau nak.. tiberrr slh zone???
Quote aryyan 14-7-2025 11:12 AM
BungaKencana replied at 14-7-2025 09:27 AM
alasan paling bangang Kawan tak jadi, salah pilih zone.. wadepak dia! konsert tu lg 7-8 bulan lg dah ...

jgn support scrappers.
jgn la beli dr reseller ni wlpn dk kaya/ ada duit.
better ampa pi ja la bangkok tgk MCR sna.
ridiculous sgt depa ni pn.
Quote BungaKencana 14-7-2025 11:16 AM
aryyan replied at 14-7-2025 11:12 AM
jgn support scrappers.
jgn la beli dr reseller ni wlpn dk kaya/ ada duit.
better ampa pi ja la ban ...

aku mmg tak akan beli tiket dari reseller wlpn berduit wlpn frust mcm hape tak dpt pegi.. bile ada demand mmg dorang akan kekal..
Quote aryyan 14-7-2025 11:21 AM
BungaKencana replied at 14-7-2025 11:16 AM
aku mmg tak akan beli tiket dari reseller wlpn berduit wlpn frust mcm hape tak dpt pegi.. bile ada ...

itu la. mlmpau sgt.
yg seat 699 dh jd over 3.5k harga resell.
3.5k ampa fly pi bangkok tidoq hotel pn, lg jimat.
kejis betoi kan reseller ni.
yg heran depa cm easily dpt tiket.
yg kita nk beli utklakibini ja pn dekat 2jam tggu br lepas.
Quote BungaKencana 14-7-2025 11:29 AM
aryyan replied at 14-7-2025 11:21 AM
itu la. mlmpau sgt.
yg seat 699 dh jd over 3.5k harga resell.
3.5k ampa fly pi bangkok tidoq hotel ...

dorang guna bot & bypass, aku pun tak tahu la cmne org IT tahu la.. bypass ni dorang chrge 200 tp kne cpt2 buat payment gitu.. tp guna utk diri sndr & kwn2 takpela.. yg reseller ni guna bot. aku hari tu baca doa smpai doa mkn...
Quote babelina 14-7-2025 12:01 PM
laki aku ckp.. kita nk romance2 pn ssh syg..inikn pula nk tgk mcr.. hahaha
maklum la kami pjj.. hahha
Quote URUHA 14-7-2025 12:04 PM
Semoga scalpers semua mereput Papehal pun meols tetap happy cuz I won the battle & kawan2 lain pun berjaya jugak. Can’t wait for next april
Quote matseh 14-7-2025 02:15 PM
sekali sumur hidup. RM5k pun ada yg beli.
Quote A-Are 14-7-2025 03:29 PM
kesian husband semangt nak p..dok refresh 10x pon xdpt tao2 abes
Quote cattiecute 14-7-2025 04:36 PM
tak boleh blah kat tt, tiber pulak ramai minat MCR
takleh blah betul tengok memasing guna filter rambut sebelah tu
Quote nsmy 14-7-2025 10:42 PM
Nak g, tapi tewas battle...
Taoi nak giiiii jugaaaa...
Done emooo
Quote gelas_pelastik 15-7-2025 10:59 AM
iolss dapat battle, tapi 1 tix je. sorang-sorang je nanti pun lantak laaa. janji dapat hadirrr
Quote mejaputih 18-7-2025 02:50 PM
tiket mmg dah abis ke? iols tak tanya lak staff iols menang battle tak
Quote Prickford 18-7-2025 03:07 PM
mejaputih replied at 18-7-2025 06:50 AM
tiket mmg dah abis ke? iols tak tanya lak staff iols menang battle tak

Utk yg skang ni mmg tiket sold out. Cuma ada orang gitau yg organizer tak bukak lagi kerusi tier 3, knowing stadium bukit jalil ada 3 tier.
Quote mejaputih 18-7-2025 05:56 PM
Prickford replied at 18-7-2025 03:07 PM
Utk yg skang ni mmg tiket sold out. Cuma ada orang gitau yg organizer tak bukak lagi kerusi tier 3 ...

I see... Dasat penangan MCR ni...

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.153336 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top