|
PENGGUNAAN kereta elektrik (EV) semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia. Namun sebelum teruja mahu bertukar kepada EV, ini beberapa perkara penting yang dikongsi oleh Hasrul Azuan di Facebook tentang kenderaan itu. Hantaran dibuat berdasarkan pengalaman sebenar selepas menggunakan Proton eMAS Premium selama lebih dua bulan. 1. Tinggal di rumah landed dan bil elektrik bawah RM200 sebulan lebih berbaloi Rumah jenis bertingkat seperti kondominium atau apartmen mungkin menyukarkan pemasangan pengecas EV. Jika bil elektrik rumah juga tinggi, kos caj EV boleh menjadi beban. 2. Beli EV dapat rebat tunai dan pengecas wallbox percuma Proton menawarkan rebat tunai RM4,000 serta pengecas wallbox percuma bagi pembelian EV. Namun pemilik masih perlu bayar kos pemasangan sekitar RM1,100.
3. Caj kereta di rumah setiap dua hari sekali Penggunaan EV untuk jarak bulanan hampir 3,900km hanya memerlukan pengecasan setiap dua hari pada waktu malam. Bateri penuh dalam lima hingga enam jam dan siap digunakan keesokan pagi. 4. Bil elektrik naik, tapi masih jauh lebih jimat daripada petrol Bil Tenaga Nasional Berhad (TNB) meningkat kepada RM416 sebulan selepas guna EV. Sebelum ini, bil hanya sekitar RM70 hingga RM100. Kos sebenar untuk caj EV di rumah dianggarkan RM316 sebulan. 5. Jimat lebih RM500 sebulan berbanding petrol Penggunaan Honda HRV sebelum ini memerlukan belanja petrol sekitar RM850 sebulan. EV hanya memerlukan belanja RM316 sebulan, jimatkan kira-kira RM534 setiap bulan. 6. Kos servis jauh lebih rendah Servis EV hanya dilakukan sekali setahun dengan kos sekitar RM250. Berbeza dengan kereta petrol yang perlu diservis tiga kali setahun dengan jumlah RM1,200. 7. Penjimatan keseluruhan capai lebih RM7,000 setahun Hasil gabungan penjimatan petrol dan servis, pemilik dapat jimat hampir RM7,350 setahun. Jumlah ini mungkin kecil bagi sesetengah orang, tetapi cukup bermakna bagi yang mahu berjimat. 8. Sesuai untuk kegunaan harian dan dalam bandar EV sangat praktikal digunakan di kawasan bandar atau untuk perjalanan harian. Caj dua hari sekali di rumah sudah mencukupi tanpa perlu risau kehabisan bateri. 9. Bateri tahan lama hingga 1 juta kilometer (km) Berdasarkan data, bateri EV boleh bertahan sehingga 1 juta km atau kira-kira 50 tahun. Jadi kebimbangan tentang kos tukar bateri boleh diketepikan. Menurut Hasrul pemasangan panel solar juga disarankan sekiranya bil elektrik rumah lebih RM400 sebulan. Sumber: mStar |
. tp harga lagi mahal dari seken hand ev china.
Samerosie replied at 11-7-2025 03:02 PM
Ye, lepas tu 5 juta lagi malaysian tukar ke EV, balik kerja semua charge time sama. Then TNB pun ke ...
Radzor replied at 11-7-2025 02:29 PM
iols tgh usha 1995 toyota land cruiser lc79 ni. melawan arus . tp harga lagi mahal dari seken hand ...
Decaffeinated replied at 11-7-2025 03:55 PM
Aku tak faham point no 1 dia. Bill kena bawah RM200 baru berbaloi. Why?
Bil Tenaga Nasional Berhad (TNB) meningkat kepada RM416 sebulan selepas guna EV.
Sebelum ini, bil hanya sekitar RM70 hingga RM100.
Kos sebenar untuk caj EV di rumah dianggarkan RM316 sebulan.

Samerosie replied at 11-7-2025 04:17 PM
Mungkin sebab selama ni bill letrik dia tak pernah sampai RM200 so dia assume la berbaloi tapi dia ...

Decaffeinated replied at 11-7-2025 04:42 PM
Still apa kaitan dengan bill kena
Radzor replied at 11-7-2025 02:29 PM
iols tgh usha 1995 toyota land cruiser lc79 ni. melawan arus . tp harga lagi mahal dari seken hand ...
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
19-2-2026 02:57 PM GMT+8 , Processed in 0.517301 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.