CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Mayat pelakon Humaira Asghar Ali ditemukan mereput dalam rumah

11-7-2025 12:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2026| Komen: 25

 


PELAKON dan model asal Pakistan, Humaira Asghar Ali ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah unit pangsapuri di Karachi dipercayai sejak Oktober 2024.

Memetik laporan Dawn, polis menemukan mayat Humaira ketika mengunjungi kediaman aktres berkenaan untuk melaksanakan perintah pengusiran oleh mahkamah selepas gagal membayar sewa sejak tahun lalu. 

Difahamkan, pegawai polis yang bertugas terpaksa memecah pintu pangsapuri selepas tidak menerima maklum balas. 

Bagaimanapun mayat Humaira ditemukan terbaring di dalam rumah berkenaan.

Menurut Ketua Polis Karachi Selatan iaitu Syed Asad Raza, siasatan awal mendapati pintu utama dan pintu ke balkoni kediaman tersebut dikunci dari dalam dan tiada sebarang kesan pencerobohan berlaku, sekali gus menolak berlakunya unsur jenayah. 

Humaira dilaporkan tinggal seorang diri dan menurut perkongsian jiran-jiran di kawasan perumahan itu, sudah beberapa minggu mereka tidak melihat aktres berkenaan, malah mengesan bau busuk dari kediaman tersebut. 


Polis kini sedang menjejak waris pelakon berkenaan melalui rekod panggilan telefon.

Sementara itu, mayat Humaira dihantar ke Pusat Perubatan Pascasiswazah Jinnah (JPMC) untuk bedah siasat namun keadaan mayat yang telah reput sepenuhnya menyebabkan punca kematian belum dapat dikenal pasti. 

Sumber:  mStar
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cattiecute 11-7-2025 02:10 PM
ikut video tt , ahli keluarga macam bapa dan abang dia taknak tuntut mayat dia
macam cut dah dari hidup dorang
just wonder apa dia buat sampai family buang macam tu
or dorang tak suka dia jadi pelakon ke?
Quote babelina 11-7-2025 02:34 PM
cantik orgnya.. syg btl riwayat hidupnya berakhir mcm nie..
Quote kechikchomel 12-7-2025 11:07 AM
Edited by kechikchomel at 12-7-2025 11:08 AM

dipercayai meninggal sejak Oktober 2024, tapi jiran dah beberapa minggu tak nampak dia.

so, maksudnya dalam bulan 4-6 tahun ni la dia meninggal? macam tu ke?
Quote delia3003 12-7-2025 09:16 PM
Edited by delia3003 at 12-7-2025 09:21 PM
kechikchomel replied at 12-7-2025 11:07 AM
dipercayai meninggal sejak Oktober 2024, tapi jiran dah beberapa minggu tak nampak dia.

so, maksudn ...


I rasa artikel ni je yang mengelirukan. Artikel lain I baca, jiran tak nampak dia dari September /October lagi. Biasa artis ada manager/assistant/agent. Takde kawan² ke, sampai berbulan meninggal, takdd sapa tau.
Quote delia3003 12-7-2025 09:22 PM
cattiecute replied at 11-7-2025 02:10 PM
ikut video tt , ahli keluarga macam bapa dan abang dia taknak tuntut mayat dia
macam cut dah dari hi ...

Latest artikel I baca, family dah tuntut mayat.
Quote kechikchomel 12-7-2025 09:59 PM
delia3003 replied at 12-7-2025 09:16 PM
I rasa artikel ni je yang mengelirukan. Artikel lain I baca, jiran tak nampak dia dari September / ...

Tu la...konpius jap iolss.
Owner rumah pun tak kan tak pergi rumah tu? Atau maybe owner duduk tempat lain, tak boleh nak pergi.
Quote borrow 13-7-2025 01:06 PM
delia3003 replied at 12-7-2025 09:16 PM
I rasa artikel ni je yang mengelirukan. Artikel lain I baca, jiran tak nampak dia dari September / ...

a ah. Klo jiran ada nmpk mendiang bbrp minggu b4 mayat ditemui , takdelah polis speku dh meninggal tahun lepas.
Quote borrow 13-7-2025 01:15 PM
kechikchomel replied at 12-7-2025 09:59 PM
Tu la...konpius jap iolss.
Owner rumah pun tak kan tak pergi rumah tu? Atau maybe owner duduk temp ...

Owner buat police report sbb berbulan tak bayar sewa. Ntahlah mebi pnh pergi , tp panggil tak bersahut ke. Nk masuk tada kunci. Artikel pun tulis polis pecahkan pintu utk masuk.
Quote makita 13-7-2025 08:05 PM
kechikchomel replied at 12-7-2025 11:07 AM
dipercayai meninggal sejak Oktober 2024, tapi jiran dah beberapa minggu tak nampak dia.

so, maksudn ...

Ye dia meninggal dlm bulan 4-6 thun ni. Mayat dia msih ada bentuk. Kedudukan mayat tu mcm jatuh tersembam. Kalau mati Oct tahun lepas meols rasa tgal tengkorak je kot.
Quote matbad 14-7-2025 02:19 PM
delia3003:  Edited by delia3003 at 12-7-2 ...

Mgkin dia gerak sendiri jenis introvert..lgi plak jenis taknak diganggu kdg2 ni kwan2 pn tak cari..ada ja keliling meols org mcm tu
Quote A-Are 14-7-2025 03:27 PM
lawa...pmpn pakistan byk lawa-lawa..ada features indian + arab2...features muka indian mmg lawa sbb tu byk mng miss universe..pakistan paderhal berjiran je tp jarang plak dgn menang ke xhantar wakil pribumi mcm malaysia
Quote CikNano 16-7-2025 07:59 AM
Cantiknya arwah tapi mcm pelik plak xde org cari dia lagi2 dia tu org yang dikenali. Xkan la agensi x cari dia sbb mesti dia ada sign apa2 kontrak kerja..

Quote farlis 18-7-2025 10:56 AM
Kdg2 pelikkan..org terdekat xkan laaa tak perasan dia hilang,,I yg pjj ni, kalau pagi after pkl 8.30-9am x wa hubby, gelabah dh dia cari. Almaklumla la, i tinggal sorang2, takut apa2 jd.. vise versa la kan. kalau i wa dia x reply, i pun cuak..

tiap kali i travel, drive jauh, share live location.  risau tetiba hilang tgh jln

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.817399 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top