CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Bukan bohong, My Chemical Romance sah tak ‘skip’ Malaysia sebagai destinasi konsert jelajah Asia Tenggara, tahun depan

7-7-2025 05:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1892| Komen: 37

 


Selepas memberi bayangan bakal ke Malaysia, kumpulan rock terkenal My Chemical Romance (MCR) mengesahkan Kuala Lumpur menjadi antara destinasi konsert jelajah Asia Tenggara, tahun depan.

Berita gembira dikongsikan menerusi akaun Instagram rasmi band asal Amerika Syarikat itu sekali gus mengumumkan persembahan mega MCR akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 30 April 2026.

Bagaimanapun, maklumat mengenai jualan atau harga tiket bagi mengikuti konsert tersebut masih belum dimaklumkan.

Pengumuman itu membuatkan peminat MCR teruja memandangkan ramai sudah lama menantikan ketibaan kumpulan terbabit.

Kali terakhir MCR berkunjung ke negara ini adalah pada 9 Disember 2007 menerusi konsert The Black Parade Tour di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur dengan banjiri lebih 10,000 penonton.

MCR merupakan kumpulan rock dari New Jersey yang diasaskan sekitar 2001 oleh vokalis dan penulis lagu, Gerard Way selain turut dianggotai Ray Toro, Frank Iero dan Mikey Way.


Antara seleksi popular mereka yang terus menjadi siulan sehingga hari ini adalah Welcome to The Black Parade, Helena, I Don’t Love You dan I’m Not Okay.

Selain Malaysia, MCR bakal singgah di Korea Selatan, Filipina, Singapura, Thailand dan Indonesia.

Terdahulu, pada akhir bulan lalu orang ramai memperkatakan mengenai mesej misteri di sebuah papan iklan digital gergasi di ibu negara yang dikongsikan seorang pengguna TikTok.

Mesej itu memberi bayangan MCR akan mengadakan konsert di Malaysia menerusi satu ayat ringkas namun sarat makna di sebaliknya.

‘Malaysia, are you okay?’ itu paparan yang muncul di papan digital berkenaan sekali gus mencetuskan keterujaan peminat tegar mereka. 

Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanacondor 7-7-2025 06:13 PM
Meolz nak pegi.
Quote whimsicalmusic 7-7-2025 06:55 PM
iolls pn nak g. tp tiket mahai nya
Quote AKAZ85 7-7-2025 08:48 PM
whimsicalmusic: iolls pn nak g. tp tiket mahai ...

Meols pon nak peergiiiii...dah tau ke harga tiketnye berapa???
Quote lanacondor 7-7-2025 11:14 PM
Edited by lanacondor at 7-7-2025 11:15 PM

Paling murah 299 dgn 399. Yg mahal depan stage seribu lebih. Tgk Malay mail tadi. Nak tepek link xreti
Quote Reira77 7-7-2025 11:35 PM
Tapi kalau tengok latest live Gerard nyanyi, suara dah lain. Suara dia jadi kecik nyaring. Faktor penuaan kot.
Quote BungaKencana 8-7-2025 09:26 AM
aku battle yg paling murah jeee.. tak kisah la mcm kuman ke hape.. acik porem yg kaya raya tlg battle yg mahal jgn rebut dgn marhaen mcm aku ni..

Screenshot 2025-07-08 at 9.25.14 AM.png
Quote aryyan 8-7-2025 09:33 AM
BungaKencana replied at 8-7-2025 09:26 AM
aku battle yg paling murah jeee.. tak kisah la mcm kuman ke hape.. acik porem yg kaya raya tlg battl ...

hahhaha. sbesar zarah ja. kna bwk tropong.

ntah nya. tiket mahai sgt utk seating. dhla stadium bukit jalil.
klo hoki/ axiata ok la mahai2 pn seating dekat ngn stage.

bkira byk kali ni utk beli.

Quote Prickford 8-7-2025 09:41 AM
BungaKencana replied at 8-7-2025 01:26 AM
aku battle yg paling murah jeee.. tak kisah la mcm kuman ke hape.. acik porem yg kaya raya tlg battl ...

Iolls pon harap dapat la battle yg RM499. Dulu masa Coldplay, giler tercongok lama giler tak dapat masuk2 web. Tau2 dah sold out. Padahal internet giler babi punya laju.
Quote BungaKencana 8-7-2025 09:51 AM
aryyan replied at 8-7-2025 09:33 AM
hahhaha. sbesar zarah ja. kna bwk tropong.

ntah nya. tiket mahai sgt utk seating. dhla stadium bu ...

ASB EPF acc 3 ada... kihkih nnt ganti balik laaaa tp aku kne sapot 2 org sbb aku pksa kwn teman.. so kne la beli yg plg murahhhh
Quote BungaKencana 8-7-2025 09:53 AM
Prickford replied at 8-7-2025 09:41 AM
Iolls pon harap dapat la battle yg RM499. Dulu masa Coldplay, giler tercongok lama giler tak dapat ...

ank buah i dpt beli tiket last minit, dia ckp organizer buka lg ms tu.. tp mmg hujung2 seat dia ckp tp seronok jee... i pun frust tak dpt pegi coldplay.. i harap u dpt 499 tu jgn battle tiket 299 tu..
Quote Prickford 8-7-2025 10:02 AM
BungaKencana replied at 8-7-2025 01:53 AM
ank buah i dpt beli tiket last minit, dia ckp organizer buka lg ms tu.. tp mmg hujung2 seat dia ck ...

No worries. Iolls tak battle RM299. Bagi yg kurang mampu beli mahal, biar mereka dapat beli yg murah. Belakang pon takpe, asalkan attend & enjoy.
Quote BungaKencana 8-7-2025 10:10 AM
Prickford replied at 8-7-2025 10:02 AM
No worries. Iolls tak battle RM299. Bagi yg kurang mampu beli mahal, biar mereka dapat beli yg mur ...

Quote aryyan 8-7-2025 10:17 AM
BungaKencana replied at 8-7-2025 09:51 AM
ASB EPF acc 3 ada... kihkih nnt ganti balik laaaa tp aku kne sapot 2 org sbb aku pksa kwn teman..  ...

post-concert; EPF buat survey rata2 pencarum withdraw acc3 utk bliburan.

kahkahkah.

aku pn dk buat maths lg ptt beli CAT mana.
MCR tu~

klo chester idop lg, linkin park msti dtg msia gk.
sobsob.
Quote BungaKencana 8-7-2025 10:24 AM
aryyan replied at 8-7-2025 10:17 AM
post-concert; EPF buat survey rata2 pencarum withdraw acc3 utk bliburan.

kahkahkah.

mslhnye smlm announce tup2 tiket jual jumaat.. otak diaaa.. tak sempat kumpul tau nsb ada atome

kalau LP chester aku akan beli yg mahal tak kire la apa jd tp yg pmpuan tu tak mnt suara dia tak kne..
Quote aryyan 8-7-2025 11:12 AM
BungaKencana replied at 8-7-2025 10:24 AM
mslhnye smlm announce tup2 tiket jual jumaat.. otak diaaa.. tak sempat kumpul tau nsb ada atome  ...

kan. short notice sgt.
announce smlm, jumaat ni dh sale tiket.

slalu ada gap dlm sebulan/ 2minggu atleast.

iols bharap ada blink182 infuture. tp rsnya xleh masuk msia.
smpai singapore/ bangkok pn dh ok

muse 2007- done
sum41- done
greenday- done
Quote BungaKencana 8-7-2025 11:14 AM
aryyan replied at 8-7-2025 11:12 AM
kan. short notice sgt.
announce smlm, jumaat ni dh sale tiket.

iols mane yg sempat & kalau duit bg kejesama.. kalau tak bg kejesama tgk org record je la
Quote lostnfaun 8-7-2025 01:40 PM
MCR nie terkenal kalangan acik lahir 90an yer?
Quote BungaKencana 8-7-2025 05:00 PM


kalau yg berduit terlepas tiket MCR blh pegi sini, katenya lg berbaloi sbb byk band yg akan perform..
Quote Prickford 8-7-2025 05:10 PM
lostnfaun replied at 8-7-2025 05:40 AM
MCR nie terkenal kalangan acik lahir 90an yer?

Idok lerrr. Yg lahir 80an rasanya. Pastu kazen iolls lahir 70an pon minat MCR.

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.337429 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top