CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Wanita Thailand Berubah Rupa Sekelip Mata

19-1-2016 07:31 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 15340| Komen: 46


Oleh : Dean BZ


Setiap wanita mengimpikan untuk menjadi cantik dan bergaya namun tidak semuanya bertuah dilahirkan cantik sejak azali. Jika difikirkan, setiap manusia sememangnya diciptakan berbeza-beza namun tetap sempurna dan mempunyai kelebihan tersendiri.


Tertarik dengan sebuah kisah seorang peserta pertama yang terpilih untuk program rancangan TV Korea versi Thailand, "Let Me In Thailand".


Memetik dari SiakapKeli, gadis yang bernama Lin mula "berubah penampilan dan wajah" apabila diterbangkan ke Korea Selatan untuk membuat pembedahan plastik.


Lin, 23, merupakan bekas pelajar universiti namun tidak dapat menghabiskan pelajaran kerana keluarganya yang hanya berpendapatan THB5,000 (RM600) sebulan tidak mampu menanggung yuran perbelanjaan. Lin bagaimanapun cuba untuk mencari kerja namun tiada siapa yang mahu memberikan Lin peluang.


"Saya mahu kerja yang bagus. Saya mahu beri ibu saya kehidupan yang lebih baik", katanya.



Lin kemudian berfikir dirinya mungkin memerlukan 'perubahan'.


Lapor portal itu lagi, selepas Lin terpilih sebagai peserta untuk rancangan TV terbabit, pakar bedah ditugaskan untuk 'menukar' wajah Lin dan yang paling mencabar bagi doktor-doktor yang terlibat adalah mereka perlu merubah wajah Lin 100% termasuk dagunya.


Jika dulu dia malu untuk mengambil selfienya sendiri, kini Lin sudah berubah malah bangga apabila berhadapan dengan kamera.


"Saya sangat menyukainya", kata Lin apabila melihat wajah barunya buat pertama kali.


"Saya sangat teruja. Ia peluang terbaik yang pernah saya terima sepanjang hidup ini", kata Lin.


Jika diteliti, memang amat ketara perubahan yang berlaku pada diri Lin selepas menjalani pembedahan plastik. Korea Selatan sememangnya negara yang terkenal dengan pembedahan plastik dan banyak "mengubah" selebriti K-POP menjadi lebih cantik dari kebiasaannya. - CARI Infonet.




Sumber : bangkok.coconuts.co & siakapkeli

17

Bagus
7

Marah
12

Terkejut
10

Sedih
15

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (66 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote blackwidowbae 19-1-2016 07:52 PM
Berdosa merubah kejadian Allah

tapi kalau memudaratkan kesihatan boleh sajer

contoh sumbing
Quote CiliPadiSedap 19-1-2016 07:59 PM
blackwidowbae replied at 19-1-2016 07:52 PM
Berdosa merubah kejadian Allah

tapi kalau memudaratkan kesihatan boleh sajer

muka hodoh tak memudaratkan kesihatan kan sis?

akak suspek orang tengok muka dia memudaratkan kesihatan?


Quote blackwidowbae 19-1-2016 08:01 PM
CiliPadiSedap replied at 19-1-2016 07:59 PM
muka hodoh tak memudaratkan kesihatan kan sis?

akak suspek orang tengok muka dia memudaratkan k ...

Makcik speku pun begitu nakkkkk
Quote arrowtotheknee 19-1-2016 09:24 PM
Kata semekin. Aphal dia boleh selfie guna aipong 6S? Jilake pembongak. Aku selfie pun guna 3310 ja!!!1!!1
Quote matchstick 19-1-2016 09:37 PM
bukan muka je berubah. kulit seluruh badan pon jd gebu gebass. telan qu puteh dgn botol2 sekali ker
Quote ellejo 19-1-2016 09:40 PM
laki take note ye. kalo nak.kawen pempuan plastic surgery kene get ready anak x comel dan muka hauk
Quote nemo0309 19-1-2016 09:47 PM
Kalo beranak nanti keluar anak ikut muka lama ka baru
Quote Mary_jane 19-1-2016 09:55 PM
Hodoh pun cantik. Yang penting confident dik. Orang cantik pun ada yang tak confident, sama kan?
Quote setokinpurple 20-1-2016 12:44 AM
Oloh. Kalau buat braces pon ok kot.
Quote misscendol 20-1-2016 01:09 AM
Rasenya kalau gigi je yg betolkan pon dah lawa
Quote misscendol 20-1-2016 01:10 AM
Pompuan ni cantik tapi kena betolkan gigi je pon
Quote merrissa 20-1-2016 03:32 AM
alamak tak leh nak komen sebelom cantik tutop aurat...selepas cantik pakai ketat semetat....

tapi memang lawa lepas dia wat pembedahan tuh
Quote dorenaru 20-1-2016 05:04 AM
tula, klu pakai braces pun dah lawa dah... mata ngn hidung dah ok dah... pehal nak buat plastic surgery plak?
donya donya...
Quote bangcak 20-1-2016 06:53 AM
Mary_jane replied at 19-1-2016 09:55 PM
Hodoh pun cantik. Yang penting confident dik. Orang cantik pun ada yang tak confident, sama kan?

cantik sgt pon laki takut nak dekat.
masing2 tertanya2 "layak ke i yg tak ensem nih??"
..."ish, cantik sangat. misti susah nak jaga dan bertahan
sbb ramai berebut nak morat"
Quote irwansuhadi 20-1-2016 08:52 AM
pasni kawin, kalau dapat anak hodoh jangan la saling menyalahkan pulak...
Quote Emperor95 20-1-2016 08:54 AM
tidak dinafikan, cantik.
Quote mizkajura 20-1-2016 09:48 AM
buleh je nak ubah apa pun...dia bukan muslim pun
Quote JENABREJAM89 20-1-2016 09:56 AM
CiliPadiSedap replied at 19-1-2016 07:59 PM
muka hodoh tak memudaratkan kesihatan kan sis?

akak suspek orang tengok muka dia memudaratkan k ...

hahahaa , betul3

Quote kumen2 20-1-2016 10:17 AM
dia mse hodoh msih cntik... juga... kalu make up dh ok... cntik dh.. .

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:04 AM GMT+8 , Processed in 0.072599 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top