Oleh Adib ZA Tidak kiralah lelaki atau perempuan, janganlah terlalu mengongkong pasangan anda. Ia tidak baik untuk perhubungan anda dan boleh menyebabkan ikatan makin kurang erat berbanding dulu. Ini kerana pasangan berasa tertekan, tak selesa dan lama-lama boleh jadi menyampah.
Lebih-lebih lagi mereka yang belum berkahwin. Berilah kebebasan sedikit kepada pasangan anda. Jangan nak 'control' itu dan ini sangat! Ini akibatnya jika anda terlalu mengongkong pasangan: Gambar hiasan. 1. Hilangnya rasa percaya Seharusnya memberi sokongan terhadap keinginan si dia. Tapi anda pula berlagak seperti ketua yang nak 'control' semua perkara. Jangan terkejut selepas ini dia semakin bijak menipu anda.
2. Berlaku pertengkaran sia-sia Pertengkaran memang perkara biasa dalam perhubungan. Namun, sia-sia sahaja jika anda mula bertengkar tentang perkara ini. Buat penat, habis tenaga dan semua merajuk selepas itu. Gambar hiasan. 3. Hubungan makin hambar Perasaan tertekan dengan pasangan akhirnya menyebabkan hubungan makin renggang. Selepas itu, boleh mendorong kepada perpisahan. Oleh itu, berikan kepercayaan anda dan berilah pasangan anda bebas. Jangan terlalu cemburu, mengawal dan mengongkong! - CARI Infonet Gambar hiasan.
|
26
Bagus |
23
Marah |
17
Terkejut |
17
Sedih |
18
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT