CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Dua lelaki ‘bergusti’ dalam pasar raya di Kuching... Tak puas hati gara-gara dakwaan potong barisan

1-7-2025 09:43 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2597| Komen: 5

 


SUASANA di sebuah pasar raya kecoh apabila dua pelanggan bergaduh ketika sedang beratur di hadapan kaunter pembayaran.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku pada petang Ahad di Kuching, Sarawak.

Menerusi video tular, kelihatan seorang lelaki berbaju hitam yang sedang terduduk dipukul beberapa kali di bahagian kepala oleh pengunjung lain yang memakai baju merah jambu.

Pergaduhan antara kedua-dua mereka cuba dileraikan seorang wanita namun usahanya tidak berjaya.

Situasi berlarutan apabila lelaki baju hitam kembali berdiri dan membalas pukulan sehingga terdapat seorang lagi pengunjung lelaki cuba masuk campur.

Menurut seorang pengguna Facebook yang memuat naik video berkenaan, Esther Jong, pergaduhan tersebut berpunca daripada perselisihan faham semasa kedua-dua pengunjung terbabit ingin menebus baucar ahli.

Ujarnya, kejadian itu diceritakan sendiri oleh salah seorang pengunjung yang turut berada di lokasi kejadian menerusi ruangan komen di Facebook.


"Pakcik baju pink asalnya berdiri di belakang pelanggan A, tetapi dia keluar sekejap daripada barisan untuk tanya sesuatu kepada staf.

"Kemudian datang seorang pakcik baju hitam berbaris di belakang pelanggan A tadi. Apabila pakcik baju pink kembali, dia terus berbaris di depan pakcik baju hitam.

"Jadi pakcik baju hitam pun menuduhnya memotong barisan dan menegurnya untuk berbaris di belakang," ujarnya menceritakan semula tentang punca pergaduhan.

Susulan itu kebanyakan warga maya mempersoalkan kenapa 'pelanggan A' yang berada paling dekat dengan kedua-dua pengunjung terbabit tidak menjelaskan situasi sebenar sebelum pergaduhan berlaku.


"Pelanggan A tu buat apa? Kenapa tak maklumkan kalau dah tahu kebenaran. 

"Kalau saya, saya akan pesan supaya tolong jagakan sekejap pada orang depan dan orang belakang saya.

"Lambat pula pengawal datang nak leraikan, penyakit orang sekarang ni... semua cepat marah," demikian reaksi warga maya.
 

Sumber : mStar 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 1-7-2025 11:31 AM
its a simple misunderstanding ja..

tapi benda boleh gaduh kan, buat apa bawak berbincang, bak kata netijen
Quote B40tastePosh 1-7-2025 11:34 AM
Negeri Paling Harmoni kata sidaknya
Quote white_musk 1-7-2025 11:49 AM
Bukan terpaling harmoni ke takde gaduh2 punya negara
Quote afie_m 28-7-2025 12:55 PM
aku baru ja ahad lepas sound akk sorang ni main potong barisan nak timbang ayam ikan semua, depan aku ada mamat ni dia tunggu turn, bila turn dia boleh pulak kakak tu hulur 1pastik nak timbang..mamat tu diam ja, turn aku, dia pilih2 terus dia hulur lagi, aku sound lah, kak beratur kak..dia jawab timbang ja..eh aku jawablah, kami yg beratur ni pun timbang kak..diam terus blah, org belakang aku tu dok marah tukang timbang tu sebab dia tak tegur kakak tu, sebab lps aku tegur, dia blah dan dtg hulur plastik lain pulak..geram gak lah mamat blkg aku tu..hahahha..tak ada adap betul..

ok tak nak lari tajuk, patutnya org yg sekitar tu bgth lah perkara sebenar..
Quote ninja boy 28-7-2025 01:40 PM
Hari ahad x kuasa shopping beratur panjang

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.176577 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top