CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Orlando Bloom didakwa curi-curi pandang Kim Kardashian beberapa bulan sebelum berpisah dengan Katy Perry

1-7-2025 09:09 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1999| Komen: 18


 


PELAKON Orlando Bloom dilaporkan sudah memerhati selebriti media sosial Kim Kardashian sebelum membuat kejutan  berpisah dengan penyanyi Katy Perry. 

Mirror melaporkan, tular sebuah foto yang dirakamkan pada acara makan malam September lalu menunjukkan Orlando memegang pinggang Katy tetapi dalam masa sama memandang ke arah Kim yang anggun menggayakan gaun rona putih. 

Tidak pasti sama ada foto tersebut hanyalah satu kebetulan, namun netizen mendakwa pelakon filem siri The Lord of The Rings ini curi-curi pandang Kim meskipun sedang bersama kekasihnya itu. 

 


"Kalau anda sebagai Katy, agaknya apa yang anda rasa bila teman lelaki pandang wanita lain?

"Memang fitrah lelaki suka melihat perempuan cantik," tulis netizen. 

Sebelum ini, Katy dan Orlando memaklumkan sudah berpisah secara baik selepas sembilan tahun menjalin hubungan cinta. 

Memetik laporan Page Six, hubungan pasangan ini sedikit tegang beberapa bulan sebelum kedua-duanya membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing. 

Untuk rekod, Katy dan Orlando mula bercinta pada 2016 dan bertunang tiga tahun selepas itu. 

Pasangan ini mempunyai seorang cahaya mata iaitu Daisy Dove, 4, yang kini di bawah jagaan Katy. 

Sebelum itu, Katy pernah berkahwin dengan penyanyi dan pelakon Russell Brand pada 2010 dan berpisah selepas 12 tahun mendirikan rumah tangga. 

Sumber : mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Inigo-Montoya 1-7-2025 09:16 AM
usha apa tu orlando oii haha
Quote Inigo-Montoya 1-7-2025 09:17 AM
berapa dah umur orlando ni..tua nau dah muka dulu hensem kot
Quote KamikuP 1-7-2025 01:18 PM
Teringat OB dayung kayak sambil bogel manakala KP duduk kat depan.. ekeke
Quote marchikobonzo 1-7-2025 02:49 PM
Dulu hesmes gila kot si bloom ni
Quote BoongaKertas 1-7-2025 03:58 PM
acik2 sgt eh si bloom ni now. tp entahlah, susah betul nak cari lelaki setia. laa tiberrr, nama pun omputeh kan, mana reti setia.
Quote Freezies 1-7-2025 07:22 PM
Badi tour katanya..asal bertour mesti putus dngn bf..
Quote beatgirlX 2-7-2025 01:27 PM
Baik la dgn KP dr Kim tu
Quote I.K.A888990 3-7-2025 10:39 AM
so skrg dgn siapa pulak
sydney sweeney tu ke
Quote alesandra 3-7-2025 10:47 AM
mengejutkan ke?mmg dah agak le..cuma masa je tatau.sbb sblm ni kebiawakan orlando ni terserlah
Quote Yoonggi 4-7-2025 01:46 PM
Orlando ni ntah la, aku nmpk dia sejenis comot je
Quote bioessence 4-7-2025 03:13 PM
OB ni tak se player JM
Bole la balik kat JM balik
KP ni kan mcm door mat
Jenis terhegeh2 maybe on heat selalu sangat
Quote Prickford 4-7-2025 03:34 PM
Sebelum itu, Katy pernah berkahwin dengan penyanyi dan pelakon Russell Brand pada 2010 dan berpisah selepas 12 tahun mendirikan rumah tangga.

Berita pon bior betui. Bukan 2 tahun je ke?

Quote Page88 6-7-2025 10:09 AM
Spare me the horror
Quote annehuda 6-7-2025 01:08 PM
aku percaya ni suma rumors yg dimulakan oleh belah KimK je. Kylie dah berjaya sambar Timothee, sheols pun nak le jugak sambar retis Hollywood sorang. hari tu rumor dgn Tom Brady skali tu nan hado.  kamon la KimK belajarla hidup tanpa jantan pls
Quote evlinne 30-7-2025 01:21 PM
so… size tek does matter?
Dulu masa dgn ex wife miranda tu pun dia suruh besarkan tek
Pastu pi cari lak katy yg sume org tahu size melon dia besar
Ni nak hunting kimK sbb size dia lagi besar dri katy?
Pls lah bloom. Dah la dah kecut
Quote I.K.A888990 31-7-2025 05:58 PM
katy pun apa kurang dpt sauk ex pm canada skrg haha
berlumba2 lah nanti tunjuk partner msg2

hangat lagi pakcik tom cruise dapat sauk yg muda haha
Quote Page88 12-9-2025 08:00 PM
He is a man. It's common.
Quote ZORRO5555 3-1-2026 09:42 AM
Hi William Turner

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.188594 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top