CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Warga emas dari KL kempunan nak makan angin naik kereta kabel Kuak Hulu, terpedaya video AI - “Tergamak buat orang macam ni”

1-7-2025 08:58 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6769| Komen: 30

 

PENGGUNAAN teknologi kecerdasan buatan (AI) bukanlah sesuatu yang asing pada masa ini kerana ia digunakan secara meluas dalam apa jua tugasan sama ada bidang profesional mahupun urusan harian.

Namun malang bagi sepasang warga emas apabila mereka dipercayai terpedaya dengan kandungan video dihasilkan AI yang dikongsikan di media sosial.

Pasangan suami isteri terbabit sanggup merentas ratusan kilometer untuk menikmati pemandangan indah yang didakwa sebagai lokasi pelancongan baharu di perkampungan Kuak Hulu, Pengkalan Hulu di Perak.

"Ada pasangan ni, dah tua... mereka datang check-in hotel dan tanya sama ada aku dah naik kereta kabel kat Kuak Hulu atau belum.

Aksi menikmati hidangan dan membeli tiket ini dipercayai membuatkan ramai yang menyangkakan video AI ini adalah nyata.



"Aku ingatkan mereka melawak pastu aku cakap la... sibuk, tak sempat naik. Kemudian dia terus cakap... pakcik dan makcik datang dari KL (Kuala Lumpur) sebab nak naik kereta kabel tu.

"Terkejut aku dengar, aku pun tanya sama ada mereka serius atau tidak dan mereka cakap memang betul," ujarnya.

Dia yang bersimpati dengan nasib pasangan warga emas terbabit cuba menjelaskan bahawa video yang ditonton itu hanyalah rekaan AI.

Namun malangnya, kedua-dua mereka seakan-akan tidak percaya kerana video yang dihasilkan seolah-olah laporan berita [Tonton Video] menunjukkan seorang wartawan memberi penerangan terperinci mengenai destinasi tersebut.

Tambahan pula terdapat beberapa pengunjung yang turut ditemuramah di lokasi.

"Makcik tu cakap ada wartawan, takkan video tipu.

"Aku pun cakap yang aku orang tempatan, kawasan pekan akan meriah kalau betul ada kereta kabel di sini.

"Pakcik tu pun pusing tanya isteri dia macam mana," tambahnya yang turut sayu melihat situasi pasangan terbabit.

Lebih menambah rasa sedih apabila kedua-dua tetamu hotel itu menyatakan rasa malu untuk bertanya kepada anak-anak berhubung kesahihan destinasi yang ditunjukkan dalam video tular berkenaan.

Orang muda pun ramai yang percaya lepas sekali tengok, apatah lagi orang tua. - WARGA MAYA

"Isteri pakcik ni kata aku patut komen dekat di posting video tu maklumkan ia tak betul. Tapi aku tengok kat TikTok, mereka pula tengok kat Facebook.

"Kemudian makcik tu cakap nak saman wartawan tu pula, aku pun cakap yang semua dalam video tu bukan orang betul.

"Dia macam tersedar dan cakap... tergamak mereka buat orang macam ni," kongsinya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, ramai meluahkan rasa terkejut kerana terdapat individu yang terpedaya dengan video rekaan AI berkenaan.

 

Tidak kurang juga yang meluahkan kebimbangan berhubung isu ini kerana ia melibatkan warga emas.

"Hari tu ada orang komen kat video AI yang gorila buat vlog bercakap, dia cakap mak ayahnya percaya memang wujud gorila buat aktiviti manusia.

"Orang muda pun ramai yang percaya lepas sekali tengok, apatah lagi orang tua.

"Alang-alang tu, suruh mereka berehat dekat Bukit Kuak tu, aniaya orang pula video-video tak berfaedah ni.

"Teknologi AI ni bagus dan mudah tapi boleh membawa mudarat juga. Zaman sekarang zaman fitnah dengan akses teknologi yang pelbagai," demikian reaksi warga maya.


Sumber : mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucingitam 1-7-2025 10:04 AM
AI ni mmg bahaya.. salah satu cara dajjal nak menyesatkan manusia..
Quote PULANGKAN 1-7-2025 11:04 AM
iols takde socmed lain, tiktok bagai ni. tapi kadang2 scroll jugak la youtube di kala bosan. lalu video pelik2, iols forward ke adik2 weols. kot la tu ai ke, mata iols ni pun kadang2 tertipu jugak

tapi kadang2, iols tanya chatgpt, weh ai, video ni kawan ko ai buat jugak ke?
ya ampon iols rasa very the warga emas perak gangsa
Quote kemaruk 1-7-2025 11:22 AM
Duduk kampung jaga kebun je nek
Quote B40tastePosh 1-7-2025 11:24 AM
Quote B40tastePosh 1-7-2025 11:24 AM
Edited by B40tastePosh at 1-7-2025 11:26 AM

Dah tua pun bodoh

dah-tua-pun-bodoh.gif
Quote KamikuP 1-7-2025 01:07 PM
Dulu ada video ai taman dinosor kat Sg Rokam Ipoh .. tatau le ada yg terpedaya dtg Ipoh .. ekekek
Quote kotakbaju 1-7-2025 02:18 PM
Mana dia video tu tepek la
Quote kotakbaju 1-7-2025 02:25 PM
Nampaknya aku sendirik yang tempekkan

https://youtube.com/shorts/5IZmR45bkfw?si=E0eaDA9oWGO-lW3d

Apa la motip ek diorang buat video gini, kesian pada yang percaya

Quote supernaturalee 1-7-2025 02:25 PM
video AI yg iols suka layan, kak utan, bella si org utan, dgn mamat gorilla


dialog dgn aksi dorg mmg kelakar
slang loghat perak sikit, utara sikit, dgn bunyi pelik jgk
mcm hape jer tp kelakar yg blh layan
Quote kotakbaju 1-7-2025 02:26 PM
Laa tak keluar pulak video tu kat sini
Quote Firenzza 1-7-2025 02:31 PM
Kat indon bersepah2 diorg buat ai pompuan bertudung dok dlm kereta berkepit dgn sarukhan, siap bersuap bagai maybe ada adegan atas ranjang tp diorg x mo publish utk personal collection gamaknya ........

Ada plk matsaleh terpedaya ai comparison kl & Jakarta diorg ckp bangunan (ai) kt indon lg canggih dari kl (gmbr ori)
Quote B40tastePosh 1-7-2025 04:23 PM
Firenzza replied at 1-7-2025 02:31 PM
Kat indon bersepah2 diorg buat ai pompuan bertudung dok dlm kereta berkepit dgn sarukhan, siap bersu ...


Mesti Mat salleh tu dah pergi Jakarta.
Quote doubleA 1-7-2025 07:25 PM
Kemaen wartawan AI tu pakai baju belon dgn mafla macam sejuk sgt perak tu. Org yg tahu, tahu la tu video AI, tapi orang tua bukan semua boleh bezakan. Lain kali jgn segan tanya anak, takdenya anak nak gelakkan. Zaman fitnah bethol AI ni
Quote kemaruk 1-7-2025 07:41 PM
Orang malaysia memang mudah kena tipu AI

saya ulang

Orang malaysia memang mudah kena tipu AI
Quote sambaldurian 1-7-2025 08:44 PM
Mula2 mcm 'wow' , tp lama2 bosan. Dh la senada je bunyi dialog, ketawa. Mmg better tgk real person, wlupun real person kdg2 kayu.
Quote B40tastePosh 1-7-2025 09:11 PM
Actually cantik la Bukit Kuak ni. Teringat time hiking Gunung Alai dulu

Teringin nak jalan-jalan ke Lenggong.

1751375384230.jpg
Quote Decaffeinated 1-7-2025 11:03 PM
Memang sejak lahir dah kena tipu dan akan hidup bergelumang dalam penipuan sampai kemati, setakat kena dengan AI apa lah sangat.
Quote cmf_jeangrey 1-7-2025 11:48 PM
Kesian pulak pacik macik tu..
Nak cerca pun x patut
Bukan depa tau AI tu apa
Sedangkan politikus pun ramai yg percaya dan cinta, inikan pula AI yg pacik macik tak tahu fungsinya apa

Quote shernazz 2-7-2025 08:21 AM
supernaturalee replied at 1-7-2025 02:25 PM
video AI yg iols suka layan, kak utan, bella si org utan, dgn mamat gorilla



Hahaha
Yang dia bising anak main tiktok tu ek
Pastu buat masak2...
Seksi.uols.akak.utan tu

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.606145 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top