CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Takut mak ayah susah hati, pelajar sekolah agama tutup mulut jadi mangsa buli... Ustazah pula tak berani bertindak risau diviralkan

30-6-2025 09:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 750| Komen: 3



SEORANG ibu meluahkan rasa kecewa dan sedih selepas mendapati anaknya menjadi mangsa buli di sebuah sekolah agama di Perak.

Wanita itu mendedahkan anaknya yang berada di tahun dua sering dipukul dan dimaki, selain barangan peribadi serta duit turut dicuri beberapa pelajar lain. 

Namun, anaknya tidak pernah mengadu kerana tidak mahu menyusahkan ibu bapa.

"Aku baru dapat tau daripada ustazah. Anak tak beritahu aku yang dia dibuli sebab tak nak aku susah hati.

"Aku rasa macam nak pergi tunggu depan pagar sekolah dengan rotan masa balik dan jerit siapa yang buli anak aku," kongsinya di media sosial.

Lebih mengecewakan kata wanita itu, kejadian buli dikatakan berlaku hampir di setiap kelas di sekolah berkenaan.

Selain itu, ustazah pula memaklumkan mereka tidak boleh merotan atau mengambil tindakan kerana bimbang 'diserang' ibu bapa.


"Ustazah kata mereka tak boleh rotan murid sebab nanti ibu bapa viralkan.

"Aku beritahu dia dekat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), depan ibu bapa pun cikgu berani rotan. Kalau tak suka boleh keluar dari sekolah tu," katanya.

Di SJKC ibu bapa tak kisah anak kena denda atau kena rotan jika buat salah. - NETIZEN

Jelas is ibu tersebut lagi, dia berani membuat perbandingan berkenaan berikutan anaknya yang dibuli itu merupakan murid di SJKC pada waktu pagi.

“Kalau kat SJKC, cikgu rotan pun tak ada masalah. Disiplin bagus, buli kurang. Tapi sini semua jadi takut. Kita ibu bapa yang tersepit,” ujarnya.

Wanita itu juga mengakui berada dalam dilema sama ada mahu terus mengekalkan anaknya di sekolah tersebut atau memindahkannya, namun bimbang masalah yang sama berulang.

Sementara itu netizen berpandangan tahap disiplin yang tinggi di SJKC disebabkan kepercayaan ibu bapa terhadap guru dalam mendidik anak.



"Di SJKC, setiap meja cikgu dalam kelas memang ada rotan. Kalau ada ibu bapa datang mesyuarat, Budak bising memang kena jerit depan tu juga.

"Di SJKC ibu bapa orang Cina ni memang tak kisah anak mereka kena denda atau kena rotan jika buat salah. Tak ada nak report polis.

"Betul apa ustazah tu cakap. Hanya guru besar dan guru yang diberi kuasa sahaja boleh rotan murid. Kalau tak, nanti cikgu tu yang kena," kata warga maya.

Sumber : mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zeatyisaac 30-6-2025 10:47 PM
Nampakkan, so, jangan dengki kalau anak2 SJKC semua menjadi somebody, orang besar2, sementara anak2 SK, sekadar ada sahaja. Ini semua sebab Ibu bapa SK yang terlalu manjakan anak2, pukul tak boleh, marah tak boleh. Fikir2 kan lah.
Quote nono86 1-7-2025 04:59 AM
Itu tugas kau sebagai guru untuk cegah buli dari berlaku..takkan rotan aje satu satunya cara? Senang betul bagi alasan nak lepaskan diri.. kau tahu tak, gaji kau tak berkat, dosa pun bertimbung sebab aniaya orang( tak buat apa bila berlaku buli), dan juga tak amanah pada kerja kau.. jawab la depan ALLAH..
Quote Buritan 1-7-2025 07:56 AM
nono86: Itu tugas kau sebagai guru unt ...


Nak buat cmn lg.. rotan tak leh . Marah pun tak leh .. pamer budak dpn perhimpunan tak leh.. berdiri atas banngku tak leh.. so diam aje laaa..

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.383825 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top