|
PRESTASI kerja kakitangan merupakan antara aspek penting dalam mana-mana industri pekerjaan. Malah pencapaian yang diperoleh sering menjadi penentu kepada hala tuju kerjaya seseorang berbanding tempoh perkhidmatan. Menyaksikan sendiri bagaimana 'penghargaan' diberikan kepada pekerja, seorang lelaki berkongsi cerita tentang pengalaman pahit yang dialami kakitangan veteran di syarikatnya bekerja. "Pernah jadi depan mata, pekerja paling lama di syarikat, bekerja lebih 40 tahun tapi akhirnya dibuang macam sampah. "Faktornya adalah tak perform sebab sudah tua, padahal dia salah seorang pekerja yang ada semasa kilang baru dibuka dulu," ujarnya menerusi hantaran di media sosial. Menurut pelayar ini lagi, nombor pekerja terbabit yang baru dua digit sudah cukup menggambarkan betapa lama dia berkhidmat di kilang berkenaan.
Namun ia tetap tidak membantunya untuk kekal bekerja sehingga tempoh persaraan yang ditetapkan. "Dia punya nombor kakitangan pun dua digit je, tapi pengurusan tak pecat secara terus. Dah 40 tahun bekerja pun, bagi peluang pada orang muda pula.- WARGA MAYA "Mereka buat sampai pekerja tu berhenti sendiri, dia bukan sahaja ditukarkan ke jabatan yang hard labor. "Tetapi turut memberi tekanan kepadanya kerana tak berjaya capai sasaran tugasan yang diberi," tambahnya. Mengakui sayu dengan situasi dialami pekerja veteran berkenaan, dia menjelaskan bahawa syarikat tidak akan mempedulikan pekerja melainkan mendapat keuntungan daripadanya. Cerita yang dikongsikan itu mengundang pelbagai reaksi warga maya. Meskipun bersimpati dengan nasib yang dialami pekerja terbabit, namun ada yang menyatakan ia adalah masa terbaik untuk mengundur diri dan memberi peluang kepada anak muda. "Dah 40 tahun bekerja pun, bagi peluang pada orang muda pula. "Nak kekal di posisi tertentu, jangan sesekali kongsikan pengetahuan anda kepada orang lain. "Kes macam ni biasanya melibatkan syarikat yang telah diwarisi sebab kalau pemilik asal, dia tak akan buat macam tu pada pekerja yang bantu menaikkan syarikat. "Bank banyak buat macam ni, dia campak ke bahagian pemasaran dan orang yang tak pernah buat, sukar capai sasaran," demikian perkongsian warga maya. Sumber : mStar |

PULANGKAN: kawan iols kena camni sampai b ...
PULANGKAN replied at 30-6-2025 10:59 AM
kawan iols kena camni sampai berhenti kerja, trauma, sampai kena jumpa psikiatri
dah la keje belamb ...
PULANGKAN replied at 30-6-2025 06:59 PM
kawan iols kena camni sampai berhenti kerja, trauma, sampai kena jumpa psikiatri
dah la keje belamb ...
PULANGKAN replied at 30-6-2025 06:59 PM
kawan iols kena camni sampai berhenti kerja, trauma, sampai kena jumpa psikiatri
dah la keje belamb ...

pastu ada sorang warga emas pmpuan jd mcm ketua manager kt situ peh kemain berlagak i senyum dia buat muka pastu time solat dia tak suke ada org lain dlm bilik tu.. pundekk diaaa pdhl kilang tu kecik je pun dala byk menipu sbb bos nk jimat.. mujur dpt keje lain tak lama kt situ..pokokmeranti replied at 1-7-2025 08:06 AM
klu kerja swasta begitulah....top management mengeluh kerugian tapi tetaplah bercuti diluar negara d ...
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
19-2-2026 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.068471 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.