Oleh : TS LOO
Apa perasaan bercinta dengan kawan rapat? Ini merupakan keraguan kebanyakkan orang yang terpendam di isi hati. Mungkin anda sudah mempunyai kawan rapat yang dikatakan akan membuatkan anda mabuk dalam alam percintaan, namun kerana risau setelah menjadi kekasih, akan kehilanagn seorang kawan rapat sehingga berada dalam situasi serba salah. Berikut adalah 7 perkara yang akan berlaku jika bercinta dengan kawan rapat, mungkin anda akan sedar bahawa dapat menemui kekasih yang berhubungan seperti kawan rapat adalah sesuatu perihal yang sungguh bertuah.
1) Anda lebih memahami antara satu sama lain berbanding orang lain Anda tidak perlu memikirkan sangat kegemaran dan apa yang tidak disukai pasangan anda. kerana kamu berdua memang kawan rapat. Persefahaman antara kamu berdua memang mendalam berbanding kekasih lain. Apa yang dia suka makan, topik apa yang dia benci, rupa bentuk kawannya atau apakah kesukaran pekerjaannya, semua perkara tersebut perlukan masa untuk diketahui buat kekasih lain tapi bagi kamu berdua langsung tidak menjadi masalah. 2) Anda berdua akan mempunyai lebih masa untuk bersama. Lazimnya tidak puas keluar bersama kawan rapat? Perkara tersebut tidak akan menjadi masalah lagi kalau bersama kawan baik yang kini sudah menjadi kekasih. Kamu berdua boleh mempunyai lebih banyak masa bersama. 3) Anda tidak perlu risau lagi wajah sebenar diketahui Kebanyakkan orang akan menyembunyi sifat sebenar dirinya, semata-mata ingin memaparkan imej yang terbaik di depan kekasihnya. Biasanya rasa risau pasangan tidak dapat menerima sifat sebenar diri sendiri. Tetapi bersama dengan kawan rapat, anda langsung tidak perlu risau masalah ini, sebab kamu berdua pada asalnya sudah mempunyai persefahaman yang secukupnya. 4) Lebih Memudahkan Ketika Menjamu Selera Bersama Si Dia Anda berdua semestinya akan mempunyai topik perbualan yang tiada penghabisan dan rahsia yang hanya anda berdua saja yang tahu. Kamu berdua tidak akan seperti sesetengah kekasih rasa kurang selesa ketika menjamu selera. Kamu berdua boleh berbual apa saja hal yang menyeronokan dan topik yang mengasyikan. 5) Perterlingkahan lagi mudah berlaku daripada apa yang anda fikirkan Walaupun kamu berdua merupakan kekasih dan juga sahabat, nilai hidup dan pemikiran memang akrab, tapi ianya tidak bermakna kamu berdua tidak akan berlaku perselisihan faham atau bergaduh kerana perkara seumpama ini amat biasa bagi mana-mana pasangan kekasih. Kadang-kala bertelagah membolehkan kamu berdua dapat menyuarakan isi hati yang lama terpendam dan juga mengambil peluang berkomunikasi sebaik mungkin. Walau bagaimanapun, taat setialah pada hubungan mesra yang telah terjalin bersama kekasih, pilihlah orang yang anda betul-betul ada perasaan cinta. sayangilah si dia dengan sepenuh hati. - CARI Infonet |
32
Bagus |
6
Marah |
15
Terkejut |
25
Sedih |
23
Lawak |
24
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
eileen80 replied at 22-1-2016 11:10 AM
bercinta dgn kawan rapat?
kebaikan:
1. dah knl perangai.
ipes2 posted on 27-1-2016 12:14 AM
Seronok agaknya bercinta dengan kawan, pernah jugak dulu; tak menjadi.. tapi kekal sebagai kawan k ...
eileen80 replied at 27-1-2016 08:48 AM
sy xpnh b'cinta dgn kawan rapat lah, ipes.
sume bf sy mmg rapat dgn sy utk tujuan jd bf.
t'lalu ...
ADVERTISEMENT