SENAI – Seorang wanita maut dalam kemalangan melibatkan dua treler, sebuah lori sampah dan kereta di Kilometer 6 (arah Utara), Lebuhraya Utara Selatan, di sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 malam itu, Mangsa, Goh Koon Cheh, 33, meninggal dunia di tempat kejadian sedang dalam perjalanan pulang selepas menghadiri mesyuarat wakil insurans di Kuala Lumpur bersama empat lagi rakannya. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata, kejadian berpunca apabila treler muatan bahan api melanggar bahagian belakang sebuah lagi treler yang berada di hadapannya. “Siasatan awal mendapati treler muatan bahan api yang sedang dalam perjalanan ke arah utara telah melanggar sebuah treler yang berada di depannya. “Kejadian itu menyebabkan treler yang dilanggar melanggar sebuah lori sampah yang berada di hadapan,” katanya. Ruslan berkata, kejadian turut menyebabkan treler muatan bahan api terbabas ke kanan jalan dan melanggar penghadang jalan sebelum merempuh sebuah kereta jenis Toyota Camry dari laluan bertentangan. “Treler yang dipandu hilang kawalan dan terbabas ke kanan jalan sehingga merempuh sebuah kenderaan dari arah bertentangan yang sedang dalam perjalanan ke arah Johor Bahru,” katanya. Katanya, kejadian itu menyebabkan pemandu Toyota Camry berusia 33 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian, manakala tiga lagi dilaporkan cedera parah dan dibawa ke hospital berhampiran.
|
cegitu posted on 10-7-2013 08:47 AM
Pemandu lori dan bas / van kilang memang tak respect pengguna jln raya...
kudajantan77 posted on 10-7-2013 08:48 AM
mesti banyak insuran apek ni ... terus kaya raya family dia ...
cegitu posted on 10-7-2013 08:47 AM
Pemandu lori dan bas / van kilang memang tak respect pengguna jln raya...
“Siasatan awal mendapati treler muatan bahan api yang sedang dalam perjalanan ke arah utara telah melanggar sebuah treler yang berada di depannya.
“Kejadian itu menyebabkan treler yang dilanggar melanggar sebuah lori sampah yang berada di hadapan,” katanya.
Ruslan berkata, kejadian turut menyebabkan treler muatan bahan api terbabas ke kanan jalan dan melanggar penghadang jalan sebelum merempuh sebuah kereta jenis Toyota Camry dari laluan bertentangan.
“Treler yang dipandu hilang kawalan dan terbabas ke kanan jalan sehingga merempuh sebuah kenderaan dari arah bertentangan yang sedang dalam perjalanan ke arah Johor Bahru,” katanya.
ADVERTISEMENT