|
BINTANG Bollywood Salman Khan kekal dengan prinsip tidak mahu berkahwin meskipun usianya sudah mencecah 60 tahun. Salman memberitahu sehingga hari ini dia masih trauma apabila memikirkan tentang perkahwinan yang dirancang bersama aktres Sangeeta Bijlani pada 27 Mei 1994 tidak berjaya. Lebih menyedihkan apabila kad jemputan pernikahan mereka sudah dicetak dan diedarkan kepada para tetamu membuatkan aktor itu terpaksa menanggung malu. "Kad jemputan perkahwinan saya dan Sangeeta telah dicetak, tetapi tiba-tiba semuanya terpaksa dibatalkan," katanya. Menurut laporan media, perkahwinan tersebut terpaksa dibatalkan pada saat akhir selepas Salman 'kantoi' tidak setia terhadap aktres itu. Dakwa Sangeeta, Salman didakwa curang dengan pelakon Somy Ali beberapa hari sebelum majlis perkahwinan. Sangeeta difahamkan kecewa dengan kecurangan dilakukan Salman dan memilih untuk menamatkan hubungan mereka.
Sumber : mStar |

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
5-2-2026 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.195298 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.