CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Setiap kali aku buka pagar jiran akan lepas anjing

23-6-2025 12:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 892| Komen: 1



PETALING JAYA – Seorang penduduk meluahkan rasa marah dan kecewa terhadap tindakan jirannya didakwa sering melepaskan beberapa ekor anjing peliharaan tanpa tali pengikat setiap kali dia dan ibunya keluar rumah.

Perkongsian di Threads milik Mxss_khzn, keadaan itu bukan sahaja mengganggu ketenteraman harian, malah lebih menyedihkan apabila seekor kucing peliharaannya mati digigit anjing terbabit.

“Aku geram betul. Setiap kali aku atau mak aku buka pagar rumah, jiran depan rumah akan lepaskan tiga hingga empat ekor anjing tanpa tali. Dah berapa kali aku tegur, tapi dia masih ulang benda sama,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Lebih membimbangkan, kejadian juga sering berlaku pada waktu malam ketika dia pulang daripada kerja pukul 11.30 malam, yang mana kawasan sudah gelap dan rumah jiran tersebut kelihatan terkunci, namun anjing-anjing tetap dilepaskan tanpa kawalan.


Menerusi tinjauan komen netizen, mereka meminta wanita tersebut untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa tempatan supaya tindakan dapat dibuat.

“Buat laporan. Dia boleh kena saman sebab tak ada lesen dan lepaskan anjing sesuka hati. Mungkin anjing-anjing kena angkut sekali,” komen Zscya.

“Takutnya nak lalu kalau tinggal kawasan sini. Takut kena gigit anjing,” Norrizahadzirah.

“Buat laporan polis. Tunjukkan bukti rakaman. Macam niat jahat perlakuan jiran tu, untuk anjingnya serang awak. Kena berjaga-jaga,” ujar Hati3323.
  
Sumber -KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zeatyisaac 30-6-2025 09:59 PM
Edited by Zeatyisaac at 30-6-2025 10:04 PM

Jiran tu belum jumpa pekerja asing construction kot. Kalau tidak, dia takkan lepaskan anjing peliharaan sesuka hati begitu. Jiran saya pernah bagitahu dia kehilangan dua ekor anjing dimakan diaorang.

Bagitahu jiran, minta dia ikat anjing2 dia, kalau tak awak akan bagitahu pada pekerja construction.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 07:31 PM GMT+8 , Processed in 0.122866 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top