CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

"Aku nampak sekilas je, tapi macam muka arwah," - Jururawat menjerit nampak kelibat makhluk lidah terjelir mirip pesakit baru meninggal

19-6-2025 09:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2352| Komen: 13

 


BAGI petugas kesihatan seperti jururawat, bekerja pada waktu malam bukanlah satu perkara yang pelik.

Malah ada segelintir jururawat yang suka bekerja pada waktu malam kerana suasananya lebih tenang berbanding di siang hari.

Bagi Syira (bukan nama sebenar), dia juga suka bekerja waktu malam kerana kebanyakan pesakit hanya akan berehat dan tidur.

Namun, berlaku satu kejadian sekitar hujung tahun 2023 yang menyebabkan dia trauma untuk bekerja.

Pada malam itu, suasana wad agak sunyi memandangkan ramai pesakit sudah melelapkan mata selepas diberi makan malam.

Yang kedengaran hanyalah suara Syira dan rakan setugasnya yang sedang rancak berborak.

Sekitar pukul 1 pagi, Syira berjalan melalui barisan katil pesakit untuk pergi ke tandas yang terletak di hujung wad.

Seperti kebanyakan tempat lain, terdapat sebuah cermin besar yang diletakkan di dalam tandas itu.


Selepas selesai membuang air kecil, Syira membuka pintu tandas seperti biasa.

Namun, jantungnya hampir luruh apabila dia melihat kelibat aneh yang terpantul pada cermin.

Makhluk lidah panjang itu kelihatan berada betul-betul di belakang Syira.

Syira yang menjerit ketakutan sempat menoleh ke belakang, namun dia tidak melihat apa-apa.

Syira terus berlari keluar sambil menangis sehingga disedari beberapa pesakit lain.

Syira menangis teresak-esak, namun dia sedikit tenang apabila berada di sisi rakan sekerjanya.

Selepas beberapa minit, barulah dia berani untuk menceritakan apa yang berlaku.

"Aku nampak 'orang' lidah terjelir dalam tandas. Nampak dalam cermin je, tapi tak ada pun," ujarnya cemas.

Lebih menakutkan, Syira berkata wajah makhluk itu kelihatan seperti seorang pesakit yang baru meninggal beberapa hari sebelumnya.

"Kau yakin ke muka 'dia' sama dengan arwah?" soal Nazirah yang cuba mendapatkan kepastian.

"Aku nampak sekilas je, tapi macam muka arwah," jawab Syira pula.

Disebabkan kejadian itu, Syira yang agak lemah dibenarkan pulang selepas dia dijemput suaminya.

Malah, dia juga demam dua hari sehingga terpaksa berjumpa seorang perawat bagi memulihkan semangat.

SUMBER: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Manusiabesa 20-6-2025 12:02 AM
Sbnrya, kt spital..... nurses share toilet patient ke. Nurse xda toilet asing ke
Quote L.U.S.M 20-6-2025 09:32 AM
Manusiabesa: Sbnrya, kt spital..... nurses  ...

Asing je..ni kisah hasanah..xde lgsg serem hahah
Quote n3ar 20-6-2025 09:49 AM
mungkin wad kelas 3 hospital gomen yg katil bersepah merata2 takde wad macam bilik tu...

tandas gunasama kot..

Quote PULANGKAN 20-6-2025 02:42 PM
last year iols berkampung berminggu kat wad jaga ayah, malam2 bentang sleeping bag tido kat lantai.
idok ler jumpa pelik2 alhamdulillah. malam sebelum katup lampu, and awal pagi lepas subuh, nurse kat situ pasang ayat al-quran
Quote dua_chzy 20-6-2025 03:25 PM
Meols dok berdua dengan anak dalam wad selama ni, ok je. Kalau ghaso hada hantu, cakap je weol co exist togeder jangan nak ngade la kacau ka kasik takut.

Tapi hantu pun macam manusia. Yang suka mengacau tu rasanya yang ADHD extrovert.
Quote Suchi 20-6-2025 06:35 PM
Selagi mana bilik mayat dan kubur tu jadi tempat menakutkan kalian bermakna kalian belum pernah memulangkan orang tersayang pada Allah.
Kontrak korang belum dibatalkan lagi..
Jadi asal nampak orang mati je duk pikir antu
Padahal org hidup tu lebih menakutkan drpd org mati.
Quote Suchi 20-6-2025 06:40 PM
PULANGKAN replied at 20-6-2025 02:42 PM
last year iols berkampung berminggu kat wad jaga ayah, malam2 bentang sleeping bag tido kat lantai.
...

Ikutkan hospital tu sentiasa ada org kuar masuk
InsyaAllah takda apa2 lah
Iols penah bermalam dlm wad sorang2 mlm tu misi tanya ok tak ke nk pindah duk belah sini yg ramai org
Sbb katil kat wad iols tu semua kosong iols sorang je ada.
Tp iols ckp ok je
Lagipun masa tu iols tgh sedih sgt2
Esoknya nak kena d&c
So mcm ok je nk layan perasaan tanpa gangguan
Lagipun wad sepital gomen kejap je takde org
Tau2 kul 3-4 pg masuk la patient baru tup2 penuh wad.
Quote siaagarwal 20-6-2025 06:53 PM
Edited by siaagarwal at 20-6-2025 07:01 PM

Drug safety certification it is also known for the name of pharmacovigilance certification. The professionals verify the adverse effects of pharmaceutical products to ensure safety for public health.  A drug certificate is essential for the pharmaceutical industry, which demonstrates good ethical practice regarding compliance with regulatory standards.  https://www.legalraasta.com/drug-license/
Quote zuriey 20-6-2025 07:46 PM
Padan muka
Mesti ko ada seksa dia masa di dok hosptl
Sbb tu dia nak bls dendam
iols smpi ke harini dok sumpah seranah nurse2 hkl yg zalim dan busuk perut
Quote vespa_oren 20-6-2025 08:56 PM
Aku berapa kali tido kt wad
Last aku tido kt wad kanak2
Nurse tu punya baik siap offer bantal
Plg xleh lupa tido wad msa arwah ayah aku sakit
Semua dok tolak menolak jga malam
Quote elnor_81 20-6-2025 08:57 PM
Benda halus/ghaib ni di mana² ad je. Aku dulu 4thn kluar masuk spital. Mcm² pernah jd. Tp aku buat bodo je laaa..
Quote B40tastePosh 21-6-2025 11:30 AM
n3ar replied at 20-6-2025 09:49 AM
mungkin wad kelas 3 hospital gomen yg katil bersepah merata2 takde wad macam bilik tu...

tandas gun ...

Katil pesakit depan tandas...macam Hospital Klang
Quote B40tastePosh 21-6-2025 11:31 AM
zuriey replied at 20-6-2025 07:46 PM
Padan muka
Mesti ko ada seksa dia masa di dok hosptl
Sbb tu dia nak bls dendam

Dioranh seksa uols macam mana? Stori la sikit

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2026 12:48 AM GMT+8 , Processed in 0.086385 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top