Oleh : TS LOO
Bunga nadir tersebut merupakan spesies tumbuhan berasal dari Pulau Sumatera, Indonesia yang ditanam di taman itu sejak 10 tahun lalu, menurut laporan stesen Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) baru-baru ini. Nama saintifik Amorphophallus titanium atau lebih dikenal dengan sebutan bunga bangkai, pokok gergasi ini mulai dipamerkan kepada awam sejak 28 Disember lalu di ruang kaca milik Taman Botani Mount Lofty. Ekoran keterujaan tinggi masyarakat yang sangat luar biasa untuk melihat bunga bangkai ini, pihak pengelola taman terpaksa melanjutkan waktu operasi harian mereka selama dua jam iaitu sehingga pukul 6 petang.
Pada Selasa lalu, bilangan pengunjung mencecah lebih 4,000 orang, kata salah seorang pegawai taman, Matt Coulter dan menjelaskan, tumbuhan itu telah ditanam dari bentuk pucuk tunas bunga sejak sedekad lalu. Menurut beliau, bunga bangkai yang memiliki diameter sekitar satu meter dan tinggi dua meter ini mampu mengeluarkan bau tengik seperti jasad binatang mati cukup meloyakan tekak jika dihidu secara langsung. Ujar Coulter, bunga berkenaan telah mula tumbuh mekar sejak satu bulan lalu dan pesat membesar dengan sangat cepat, iaitu secara purata setiap harinya boleh mencapai paras ketinggian 18 sentimeter. Di alam liar, debunga daripada tumbuhan bangkai ini lazimnya disebarkan oleh kumbang, yang akan membawa terbang serbuk bunga tersebut dari bunga lain yang jauhnya boleh mencapai jarak 4 kilometer. Para pengunjung yang datang ke Taman Botani Mount Lofty dilihat wakil ABC langsung berjalan menuju ke rumah kaca untuk melihat sendiri bunga bangkai tersebut sambil menikmati keharuman bau busuk kentutnya.- CARI Infonet sumber berita : abc.net.au/
|
MissQaseh replied at 19-1-2016 12:58 PM
dulu.. dekat belakang rumah nenek ak de 1, tp kecik je... xtau cmne blh tumbuh. nenek bising, sebab ...
Jajabeans replied at 19-1-2016 05:15 PM
rugi nya cantas. pokok hampir pupus ni. one of a kind
ADVERTISEMENT