CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Duduk bertentangan macam nak...., berpeluk erat atas motosikal... Pasangan kekasih didenda RM3,000

18-6-2025 02:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2363| Komen: 6

 


RAKAMAN tular memaparkan aksi pasangan kekasih bermesra atas motosikal di lebuh raya mengakibatkan mereka didenda polis trafik, pada Ahad.

Berdasarkan video berdurasi lima saat itu, seorang lelaki dilihat menunggang motosikal dengan laju, manakala seorang wanita muda duduk di tangki minyak motosikal dengan memeluk lelaki itu dari arah depan.

Kaki pembonceng wanita itu pula melilit pinggang lelaki itu dengan kedua-dua mereka tidak memakai topi keledar.

Ia bukan babak dalam filem tetapi berlaku di Lebuhraya Noida-Greater Noida di India dengan motosikal tersebut menggunakan nombor pendaftaran Delhi.

Susulan kejadian, Polis Trafik Noida telah mengeluarkan saman berjumlah ₹53,500 (RM3,000) kepada pasangan itu kerana melakukan aksi bahaya di atas motosikal yang sedang bergerak.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Trafik, Gautam Buddh Nagar, Lakhan Singh Yadav berkata, mereka menerima maklumat mengenai kejadian itu melalui sebuah video media sosial yang menunjukkan penunggang dan pembonceng melanggar peraturan lalu lintas. 


Yadav mengesahkan saman telah dikeluarkan.

"Selepas meneliti video yang tular itu, kami turut mengesahkannya melalui kamera pemantau yang dipasang di sepanjang Lebuhraya Noida-Greater Noida.

"Saman dikeluarkan kerana mereka melanggar Seksyen 181, 184, 184A dan 194D di bawah Akta Kenderaan Bermotor.

"Seksyen-seksyen ini melibatkan kesalahan seperti memandu tanpa lesen, pemanduan berbahaya, ingkar arahan pihak berkuasa, dan menunggang tanpa topi keledar," tambahnya.

Katanya, pihaknya telah mengarahkan polis trafik mengambil tindakan tegas terhadap pasangan terbabit. 

"Kami juga menyeru orang ramai agar tidak melakukan aksi berbahaya seperti ini di atas mana-mana kenderaan,” kata Yadav lagi.-Agensi

Sumber : mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pisanggoreng 18-6-2025 03:55 PM
tomorrow+bike1.gif
tumblr_mlb4dapcr01rlvlewo1_500.gif
tumblr_n94z5aatPi1s88ak5o7_250.gif
Quote zarulnazmi 18-6-2025 03:57 PM
pisanggoreng:   2840816  2840815  2840817


terbaik semua reference ada.
Quote pejol 18-6-2025 04:18 PM
banyak wuuu kene bayo
Quote cmf_almondpecan 18-6-2025 04:26 PM
pisanggoreng replied at 18-6-2025 03:55 PM

Ni semuanya tujuan duduk berpaling macam tu sebab nak tembak orang belakang.
Quote Perawankota 18-6-2025 08:23 PM
Gambar dh mcm movie tahun 80an
Quote B40tastePosh 20-6-2025 12:02 AM
cmf_almondpecan replied at 18-6-2025 04:26 PM
Ni semuanya tujuan duduk berpaling macam tu sebab nak tembak orang belakang.

Sunat Muakkad kalau camni

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 03:53 PM GMT+8 , Processed in 0.291549 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top