CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Bercinta sejak sekolah rendah, universiti akhirnya naik pelamin - “Saya berkahwin dengan cinta pertama saya”

18-6-2025 02:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2757| Komen: 18

 


SIAPA kata cinta zaman kanak-kanak yang sering dianggap 'cinta monyet' tidak boleh ke jenjang pelamin?

Pasangan muda ini membuktikan persepsi itu tidak benar apabila cinta mereka sejak di bangku sekolah rendah berakhir dengan perkahwinan.

Kisah itu menjadi tular di media sosial selepas dimuat naik oleh pengguna TikTok @yk.arin, dipercayai dari Indonesia.

Dalam hantaran video berdurasi beberapa saat itu [Tonton Video], pasangan berkenaan berkongsi beberapa foto yang memaparkan perjalanan cinta dari zaman kanak-kanak hingga ke hari bahagia mereka. 

Gambar-gambar tersebut menunjukkan mereka bersama sejak di sekolah rendah, sekolah menengah, universiti, sehinggalah ke majlis perkahwinan.

Video tersebut disertakan dengan kata-kata menyentuh hati dan keikhlasan dalam menjalinkan perhubungan.

"Saya berkahwin dengan cinta pertama saya! Tiada kisah paling indah selain kisah kasih di sekolah," katanya.


Perkongsian itu menerima ratusan ribu tanda suka dan komen serta mendapat lebih dua juta tontonan TikTok.

"Dari sekolah rendah! Bayangkan dari sekolah rendah!

“Jangan pandang rendah cinta budak sekolah rendah,", kata warga maya.

Ramai juga yang meninggalkan doa serta kata-kata semangat untuk pasangan muda tersebut.

"Bayangkan berapa banyak kali mereka saling minta maaf, berapa kali mereka turunkan ego demi kekal bersama hingga ke jenjang pelamin.

"Semoga rumah tangga mereka diberkati dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah,” tulis seorang pengguna TikTok.

Kisah ini dianggap bukti bahawa cinta pertama tidak semestinya berakhir dengan kekecewaan.

Dengan kesabaran, kepercayaan, dan saling memahami, cinta zaman kanak-kanak juga mampu menjadi kisah cinta sejati yang memberi inspirasi kepada orang ramai. -Agensi


Sumber : mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 18-6-2025 03:26 PM
cinta pertama ke cinta monyet...till jannah
Quote PULANGKAN 18-6-2025 03:54 PM
iols tak caya jenis cinta monyet ni..

tapi tu la, kawan iols pun sorang berjaya kahwin sampai beranak pinak

laki dia gentle berani mati tak tau otak ape, sekolah rendah ngorat. sekolah menengah, kawan iols bagi chance. sampai laki tu jumpa family, mak ayah kawan iols, bagitau dia serius nak jaga. budak sekolah menengah kut. kalau mak ayah iols, mau kena hambat laki tu. tapi laki tu betul jaga dia. sampai masuk universiti. grad je terus dua2 kahwin

dulu2 iols tengok diorang, pandang sebelah mata je. iye la, beriya couple, iols ingat macam tahi ayam ke apa. iols punya pandang sinis tu, sampai terfikir, entah2 esok lusa putus. tapi tak. last2 iols kenyang makan nasi minyak ayam masak merah diorang
Quote Skuau 18-6-2025 06:03 PM
"negara tertangga pasti iri"-Indon Nusaraya
Quote ninja boy 18-6-2025 06:38 PM
Ingat najwa latip
Quote bottombikini 18-6-2025 06:39 PM
kecik2 dah cantik
Quote tumpanglalu74 18-6-2025 06:49 PM
Indon??  Next!
Quote batmana 18-6-2025 08:12 PM
biasala tu
yg tk biasa cinta ngn cikgu sekolah
yg lagi luar biasa cinta dgn guru besar sekolah

hahaha
Quote Suchi 18-6-2025 09:13 PM
Edited by Suchi at 18-6-2025 09:15 PM

Harap tak boring laa bila dah makin senang nanti
Selalunya lelaki bila dah senang dan berjaya
Maka akan cari type yg dorang suka
Sebelum ni sauk jelaa cinta monyet pun takpelaa dah yg tu je duk mengekor selama ni.
Kalau tgk masa kecik tu hat lelaki tu mcm ada rupa gak

Quote Suchi 18-6-2025 09:18 PM
bottombikini replied at 18-6-2025 06:39 PM
kecik2 dah cantik

IMG_7062.jpeg

Helok gakla rupa dorang dah besor
Quote pocongkiutss 18-6-2025 09:24 PM
PULANGKAN replied at 18-6-2025 03:54 PM
iols tak caya jenis cinta monyet ni..

tapi tu la, kawan iols pun sorang berjaya kahwin sampai beran ...

Cinta monyet la bahayo noks..chuols tgk kes2 yg bercerai tua bangka lepas pegi reunion..haaa itulah dia
Quote pocongkiutss 18-6-2025 09:27 PM
Suchi replied at 18-6-2025 09:13 PM
Harap tak boring laa bila dah makin senang nanti
Selalunya lelaki bila dah senang dan berjaya
Maka a ...

Perempuan tu dr kecik lawo..dh besor pun lawo

Yg lelaki masa kecik tak ensem..hahaha
Quote tompie 19-6-2025 01:55 PM
pocongkiutss replied at 18-6-2025 09:27 PM
Perempuan tu dr kecik lawo..dh besor pun lawo

Yg lelaki masa kecik tak ensem..hahaha

Tapi kalau tengok gambo sekolah budak kecik tu, nampak mcm yang pompuan yang suke dan beriya..

Anyhoo... nak kawin pun ada cabaran, tapi cabaran yang paling besar is to develop and sustain the relationship..
ada 2-3 kawan aku yang bercinta dari sekolah, college, kawin dapat anak bercerai, ada yang kawin tak sampai setaun dah cerai, tapi yang bertahan pun ada gak.. moral of the story, you need to work on the relationship to make it work,.
Quote Nuyak 19-6-2025 02:20 PM
da jumpa beberapa org lelaki yg bercinta dari sekolah kawin bagai tapi mencurang dengan alasan dah kenal terlalu lama...nak cari yang baru sbb nak rasa new excitement tapi memang tak lepas yang pertama cuma nak cari yg suka2 buat rasa teruja...
Quote che-cikL 19-6-2025 06:47 PM
Isu semasa ke yg acik2 forum kena tahu pasal budak2 Indon ni?
Quote mejaputih 19-6-2025 08:26 PM
che-cikL replied at 19-6-2025 06:47 PM
Isu semasa ke yg acik2 forum kena tahu pasal budak2 Indon ni?

Kan...isu semasa la sgt
Quote bakingsoda 19-6-2025 10:12 PM
sedara aku ada gak kawen dgn classmate sekolah rendah, umur dah 30+ baru kawen. bukan bercinta dr sekolah rendah la tapi
Quote B40tastePosh 19-6-2025 11:55 PM
PULANGKAN replied at 18-6-2025 03:54 PM
iols tak caya jenis cinta monyet ni..

tapi tu la, kawan iols pun sorang berjaya kahwin sampai beran ...

1 dalam 10 je.
Quote B40tastePosh 19-6-2025 11:56 PM
Suchi replied at 18-6-2025 09:18 PM
Helok gakla rupa dorang dah besor

Ye ...tak nampak Homo erectus.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 03:53 PM GMT+8 , Processed in 0.162454 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top