CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Pelik & Misteri Lihat artikel

Seram! Wanita dakwa nampak Myvi tanpa pemandu di laluan Gerik-Jeli, bagi 'signal' nak masuk hutan

17-6-2025 10:21 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9298| Komen: 13

 


LALUAN Timur-Barat yang menghubungkan Gerik, Perak dan Jeli, Kelantan sudah menyaksikan banyak nyawa terkorban akibat kemalangan jalan raya.

Di sebalik nahas yang berlaku, sebilangan pengguna jalan raya turut mendakwa pernah berdepan kejadian mistik ketika lalu di kawasan berkenaan.

Menerusi satu hantaran tular di TikTok pada tahun lalu yang mengupas topik kisah seram berkaitan Gerik-Jeli, ramai warga maya berkongsi pengalaman mereka.

Di ruangan komen hantaran itu, seorang wanita mendakwa dia pernah terserempak dengan kereta tanpa pemandu pada waktu malam.

"Saya sendiri pernah kena. Malam raya. Ikut kereta Myvi depan. Dia bagi signal kanan. Sedangkan kanan tu semak hutan.

"Bila potong kereta Myvi tu, rupanya tak ada pemandu. Allahukhbar. Terdiam terus," tulis wanita itu di ruangan komen TikTok pada tarikh 7 April 2024.

Dalam hantaran itu, beberapa individu lain turut berkongsi pengalaman sama, namun melibatkan kereta yang berbeza.

"Macam bapa saudara aku kena. Tapi kereta Wira. Dia ikut Wira sebab kabus tebal, tak nampak jalan. Nasib baik sempat brek, berpusing-pusing kereta.

"Hampir terjun gaung. Kereta Wira tu bawa terus ke gaung," tulis seorang pemuda.

Seorang lagi wanita turut berkongsi kisah dia dan suaminya yang nyaris terbabas di laluan Gerik-Jeli gara-gara kehadiran sebuah motosikal misteri.

"Ngeri oi. Kali pertama aku dengan suami lalu situ. Tiba-tiba laki aku cakap ada motor lintas kereta kami. Motor tu lampu bulat. Motor lama dinaiki orang tua, laki bini.

"Tiba-tiba motor tu belok ke kiri. Nasib baik suami aku sedar, tak ikut jalan motor tu. Rupa-rupanya gaung. Ya Allah, aku pun terkejut laki aku tiba-tiba brek mengejut.

"Aku tanya kenapa? Dia cakap kita hampir-hampir nak masuk gaung. Hilang macam tu saja kelibat motor tu. Kalau laki aku ikut arah motor tu, rasa arwah dah kami," tulis wanita itu pula pada 8 April 2024.


Sumber :– KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 17-6-2025 03:05 PM
Takde video dashcam meolls tak caya..
Quote kurga 17-6-2025 03:48 PM
hantoo akan kacau orang takda dash cam gituu...atau sesapa yang pakai phone dimana camera nya tahap 3gp punya kualiti...
Quote Fiimochie 17-6-2025 11:04 PM
Rabu kot kihkihkih
Quote Zeelalala 18-6-2025 01:25 AM
I pernah ikut van putih, sikit xnak bg potong, bila dah boleh potong tu, i toleh kiri, tengok driver xde kepala, 12 malam wakkkkk, i tekan minyak mcm hape dah
Quote ninja boy 18-6-2025 01:51 AM
Boleh sempat toleh semasa memotong gitu
Quote Supersirap 18-6-2025 08:15 AM
Macam-macam kisah seram yang pernah dialami pengguna jalan raya ini
Quote farlis 18-6-2025 11:48 AM
I selalu lalu lpt, tapi elak malam. sesekali ja terpaksa redah malam. jln lpt tu ada kaw gelap gilerrr... Time tu la dlm kepala terngiang2, jangan pandang blkg..adoiiilaaa... i mmg  drive sorang2..
Quote Manusiabesa 20-6-2025 07:50 AM
Yg peliknya, aku pn penah alami benda ni. Apa yg pelik tu ialah, kjdian bkn kt lpt ke gerik ke apa.tp kwsn rumah aku.siang2 plk tu. Masa thun lps  aku siap nganto anak aku p tadika. Hala balik, dh nk smpai rumah dh pun... just tgh benti kt simpang 4.... aku nk masuk kanan.... tp tggu la dulu sbb geng dari kiri ke kanan tgh ramai.... ujung2 ada lori tayar 4..mcm lori ais.... lintas..eh driver xda.. mcm sial.. bikin aku tkjut pagi2 buta... bkn gelap pn dh dkt 8am.... aku rasa mcm aku silap mata. Mgkin aku yg silap pandang tp aku renung lori tu lama.. mmg dia bejalan tanpa driver.. weiii lahanat btoi usik siang2.
Tp smpai hrini sbnrya misteri. Aku still xykin dia mmg betul2 driverless atau mata aku yg silap. Hny tuhan yg tau.. nt kt akhirat la aku tny kt tuhan.

Btw actually, kjdian upsi kt gerik tu... korang rasa.. area tmpt bas tebalik tu adakah akn jd kawasan angker pasni wujud kelibat pocong atau apa2 yg akn usik pengguna jln rya situ? Jd mcm badi mayat ke tidak....??
Quote capwayang 20-6-2025 11:29 AM
..alah! Dia berenti sekejap dan tak mati enjin dengan signal kete tu hanya sekadar jadi peneman beghak je, haha..
Quote mastika 22-6-2025 02:57 AM
tepek bideo plss..
Quote raflesia201 16-8-2025 07:29 PM
klu boleh kite elak lalu lebuhraya timur barat malam2...
Quote achinto 20-8-2025 01:57 PM
driver pendek sangat sampai tak nampak kot chuols

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.272338 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top