|
TUJUH tahun menyulam cinta, anak sulung penyanyi Ahmad Dhani, Al Ghazali akhirnya sah bergelar suami kepada Alyssa Daguise, hari ini. Dalam sebuah majlis di Jakarta, Al Ghazali menyerahkan mas kahwin berupa logam mulia seberat 16.6 gram bersama wang tunai 2,025 Euro (RM9909.77). Al Ghazali atau nama lengkapnya Ahmad Al Ghazali Kohler, 27, bergelar suami dengan sekali lafaz dalam majlis ijab kabul yang dilakukan di hadapan penghulu dan saksi. “Saya terima nikah dan kahwinnya Alyssa Paramitha Daguise Richard Vincent Daguise dengan mas kahwin tersebut dibayar tunai,” katanya. Pasangan pengantin dilihat menggayakan busana rona putih mengikut adat Sunda semasa majlis akad nikah yang berlangsung pukul 10 pagi tadi. Selain Ahmad Dhani, pernikahan itu turut dihadiri bekas isterinya, penyanyi Maia Estianty yang menyaksikan hari bahagia anak lelaki mereka.
Sabtu lalu, Al Ghazali dan Alyssa menjalani acara bersiram yang diadakan di kawasan Pondok Indah, Jakarta Selatan. Sebelum ini, anggota kumpulan Lucky Laki itu melamar Alyssa di Lake Como, Italy. Hubungan Al Ghazali dan Alyss, 27, yang berdarah campuran Indonesia-Perancis mendapat restu kedua-dua keluarga termasuk ibunya, Maia. Pasangan itu bercinta sejak 2016 tetapi pernah memilih haluan sendiri sekitar dua tahun lalu. Hubungan mereka bagaimanapun terjalin semula sekali gus mendorong Al Ghazali melamar buah hatinya itu. Sumber :– KOSMO! ONLINE |
DARSITA replied at 17-6-2025 12:21 AM
Anak anak Ahmad Dhani dgn Maia ni good looking ya. Ingatkan tok nenek ada yang berdarah mat salleh.
...
tepisket.. replied at 17-6-2025 09:21 AM
Jadiknya Maia dgn Mulan Jameela da boleh comolot ke skrg? Aritu ya2 kata taknak dtg sbb x nak deal d ...

orkid_amani replied at 16-6-2025 10:31 PM
Acik dah tua laa Al-Ghazali..selamat pengantin baru yaa.. masa perform lagu ni parent belum cerai ...

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
5-2-2026 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.422070 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.