CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

"Tiga tahun perkahwinan ‘vs’ sebulan hubungan fantasi atas talian" - Suami ‘Provider’ Dakwa Isteri Ada Hubungan Sulit Dengan Jejaka Medan ...

15-6-2025 11:26 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1740| Komen: 7

 

Seorang lelaki membongkar kisah isterinya apabila mendakwa wanita itu mempunyai hubungan sulit dengan jejaka dari Medan, Indonesia.

Menerusi hantaran di platform X, lelaki yang dikenali sebagai Yusuf Suhair mendakwa isterinya dan jejaka asal Medan itu sudah menjalin hubungan terlarang selama sebulan selepas berkenalan di platform sama.

Yusuf mengakui terkilan dengan tindakannya isterinya yang berlaku curang selepas tiga tahun mereka mendirikan rumah tangga.

"Bangga weh bini aku ada pakwe online orang Medan. Tiga tahun perkahwinan ‘vs’ sebulan hubungan fantasi atas talian."

"Aku kerja 10 pagi hingga 6 petang, setiap hari pergi pejabat, bini dengan pakwe tak bekerja, setiap hari video call, on call dan main game sama-sama."

 


"Mereka kenal dari Twitter, curhat (luahan hati) punya curhat sampai jatuh hati."

Lebih mengecewakan, Yusuf berkata, dia sudah memberikan yang terbaik dari sudut keperluan, nafkah batin serta zahir dan kasih sayang kepada isterinya, namun akhirnya dicurangi.

Sakitlah juga terutama aku yang ‘provider’. Total habis kahwin tanggung itu ini sekitar RM500,000 sejak 2022.

Phone guna untuk on call dan video call untuk curang pun suami ini yang belikan.

Selain itu, Yusuf turut membuka cerita mengenai perancangan mereka memiliki cahaya mata, namun mendakwa isterinya memberi pelbagai alasan mengelak untuk hamil.

Enggan lagi diri diperbodohkan, Yusuf bertindak menyekat semua kad kredit, akses beberapa aplikasi dan memotong nama isterinya dalam pelan insurans hibah.

 

Sumber: X, Oh Bulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote L.U.S.M 15-6-2025 12:32 PM
Isteri curang sbb curhat di Twitter and lakinya tgh curhat kat X..how irony?
Quote doubleA 15-6-2025 12:50 PM
Talak di tangan ko. So?
Quote alana94 15-6-2025 04:53 PM
adeh
Quote Zeelalala 16-6-2025 05:33 AM
Ceraikan aje
Quote prettyuglybabe 16-6-2025 01:56 PM
pandang sangat rupa walaupun tau bini mental
Quote bintangct 16-6-2025 08:04 PM
ntah la xpahm la pompuan mcm ni kenapa la nk curang sedangkn suami dh provide semua
Quote Zack8hunter 18-6-2025 07:12 PM
jantan indon tu helok sgt persis Jefri Nicol kot.. siap vibe badboy

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.449141 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top