CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Merempat belakang medan selera

10-7-2013 09:33 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3768| Komen: 37

Kuantan: Ramadan yang disambut umat Islam hari ini sepatutnya membawa kegembiraan, namun ia tidak dirasai empat beranak yang terpaksa hidup merempat di belakang sebuah medan selera di Lapang Besar, di sini, selepas rumah sewa didiami mereka selama 22 tahun terpaksa dikosongkan untuk projek pembangunan.

Itu realiti terpaksa ditempuh Rosli Abdul Ghani, 49, dan isterinya, Salbiah Mohammid, 47, yang sudah sebulan hidup bergelandangan di belakang medan selera berkenaan kerana ketiadaan tempat tinggal selain tidak mampu mencari rumah baru akibat kesempitan hidup.

Lebih memilukan anak pasangan itu, Amirul Azhar, 14, dan Shamil Al Muhaimi, 8, masing-masing belajar di Sekolah Pendidikan Khas Indera Mahkota dan Sekolah Kebangsaan Bukit Sekilau, di sini, sudah dua minggu tidak ke sekolah kerana yang masalah dihadapi ibu bapa mereka.

Kesedihan tidak dapat disembunyikan dari wajah empat beranak itu yang apabila terpaksa menempuh kehidupan yang tidak pernah mereka minta apatah lagi pada Ramadan ini.



ROSLI sekeluarga hidup serba daif di belakang medan selera.

Rosli yang mencari rezeki sebagai nelayan berkata, dia hanya mahukan rumah yang selesa untuk anak dan isteri menjalani ibadat puasa dengan sempurna.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kudajantan77 10-7-2013 08:30 AM
rakyat dah tak mampu miliki rumah ... tahniah Rehda ... tahniah BN ...
Quote izamahmed 10-7-2013 08:33 AM
kesian... camne nak raya
Quote sunakochan 10-7-2013 08:37 AM
ohmaii

pejabat zakat pls do something..jgn duk announce kejayaan kumpul zakat juta2 tp lgsg tak digunakan
Quote leylapple 10-7-2013 08:47 AM
jabatan kebajikan massyarakat mana???

tak pernah mohon rumah kos rendah ker, flat ker???
Quote enchantedlurve 10-7-2013 08:49 AM
MP Kuantan, cpt2 ambik tindakan..
bagi rumah kt family ni.. kesian mereka..
Quote reeny 10-7-2013 08:52 AM
sedihnya dengar masalah keluarga nie.. moga ada yang sudi membantu, JKM, Baitulmal sila ambil tindakan segera..
Quote cegitu 10-7-2013 08:53 AM
sunakochan posted on 10-7-2013 08:37 AM
ohmaii

pejabat zakat pls do something..jgn duk announce kejayaan kumpul zakat juta2 tp lgsg tak d ...

Saya sokong....tapi bila agama lain yg bantu cepat2 depa
boleh bagi bantuan..siap masuk paper lagi...
Quote gaara_X 10-7-2013 08:58 AM
semua jabatan kerajaan tak amik action ke hal nie......kata rakyat diutamakan...tak dok pun..ke slogan je benda tue????....habis piluhanraya...so batang idung depa terus ilang juga....adush!!
Quote jazaa 10-7-2013 09:21 AM
jkkk mana?....penghulu kampung mana?...
duit elaun tetiap bln amik, tapi tak buat kerja....:@
Quote zorrro_03 10-7-2013 09:50 AM
laknatullah JIKA mp @ adun @ jkkkkkkk yg abaikan keluarga ini kerana perbezaan politik.
Quote ell768 10-7-2013 10:13 AM
aku org Kuantan..aku pon x pernah dgr mana lak "lapang besar" ni..bila aku gugel2 aku terjumpa laa lam website gomen Pahang..yg rumah flat area ni dgn medan selera tu mmg akan di robohkan and dinaik tarafkan..tp pemilik rumah semua dah dpt pampasan rumah teres setingkat bernilai 170k kalau xnak dpt duit 90k + pemaju bagi cash 10k..peniaga medan selera lak dpt pampasan 31k..so aku rasalah..drg ni dh tau awal..tp x buat apa2...kalau ikutkan apa yg aku bc td semua dah dpt pampasan tahun lepas..hurrmmmm...
Quote edoraixora 10-7-2013 10:17 AM
ell768 posted on 10-7-2013 10:13 AM
aku org Kuantan..aku pon x pernah dgr mana lak "lapang besar" ni..bila aku gugel2 aku terjumpa laa l ...

bukan dieorg ni penyewa umah tu jer.....yg dpt pampasan pemilik umah
YB takkan pejam mate jer
dh kuar paper cenggini, malu woii
patutnye kes2 sebegini, JKM kne bertindak lah

Quote ogata 10-7-2013 10:20 AM
kalau terdengar kes macam ni buat aku terfikir tau.....
macam mana mereka boleh tercicir?
Quote cikmi 10-7-2013 10:22 AM
ell768 posted on 10-7-2013 10:13 AM
aku org Kuantan..aku pon x pernah dgr mana lak "lapang besar" ni..bila aku gugel2 aku terjumpa laa l ...

pemilik mungkin dah tahu and dah kaya ngan duit pampasan tu. tp derang ni penyewa jer...aku tak rs derang dpt apa2 pampasan pun since derang ni bukannya pemilik..make sure rumah kosong jer

Quote cmf_raudah 10-7-2013 10:31 AM
sepatutnya mereka yg miskin ni pergi la cari info bagaimana nk dpt pertolongan dr gomen. dah tau susah xmo intak, kununya malu..slalunya lelaki mmg camtu..konon2 bole sara anak bini..padehaL hampeh...

lagi satu, rakyat juga perlu la campo masyarakat apabila melihat mereka yg susah ni, nasihatkn depa pegi la mana2 tempat kebajikan yg sesuai bagi depa nih..so xdela depa ni susah seumur hidup.

tp ada betul juga tgk yb, dun kawasan masing2. ada macai x buat kerja, xmo bagi info ttg kebajikan yg diberi dan ada juga macai yg rajin turun naik kawasan carik sesapa yg miskin ni dgn menampal risalah di kawasan rumah jika layak menerima pertolongan.
Quote ell768 10-7-2013 10:31 AM
edoraixora posted on 10-7-2013 10:17 AM
bukan dieorg ni penyewa umah tu jer.....yg dpt pampasan pemilik umah
YB takkan pejam mate jer
dh ...

Yb baru bz noks...asal aku balik mcm2 laaa aku kene dgr masaalah org kg..dah mcm aku lak ybnyer..hahahah...expecially area umah makpak aku laa..mostly seme org tua2 yg tinggal situ..drg dah biasa dgn yb lama..ada problem call jer trus mai rumah...hat yb br nih..surat dah anto jemput bagai laaa suh beramas mesra dgn penduduk etc..haram nak dtg...drp sebelum pru sampai lepas pru btg hidung pun x nampak..x pernah kenal pon..sampaikan aku lak yg kesian tlg cr contact no etc..bila dah dpt call..sorry saya bz..tu laa jawapannya..
Last edited by ell768 on 10-7-2013 10:37 AM

Quote ell768 10-7-2013 10:36 AM
cikmi posted on 10-7-2013 10:22 AM
pemilik mungkin dah tahu and dah kaya ngan duit pampasan tu. tp derang ni penyewa jer...aku tak rs ...

aah..betul laa tu..and drg pun sahih laa dah tau dr awal kan..kesian..x cukup duit untuk sewa rumah lain laa tu..tp aku pelik jgk laaa..22 tahun sewa rumah..x apply perumahan rakyat ker?kat sana senang jer nak dpt rumah..tp mcm biasa laa kan...kalau nak yg dekat dgn tempat keje ke sekolah anak2 ke mmg x dpt laaa..mostly rumah2 gomen tu seme jauh sikit laa dr bandar ktn tu..
Quote elnor_81 10-7-2013 10:36 AM
umah flat tu.murah ke sewanya?nape x cari area kg jawa tu.byk umah kg murah2.nape perlu hi lite miskin.sdgkn sblm ni pun dia menyewa gak kan...aku x phm nk phm berita ni.blh x bg pencerahan..
Quote ell768 10-7-2013 10:38 AM
elnor_81 posted on 10-7-2013 10:36 AM
umah flat tu.murah ke sewanya?nape x cari area kg jawa tu.byk umah kg murah2.nape perlu hi lite misk ...

haa kan..itu aku tgh pk ni...

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 10:24 AM GMT+8 , Processed in 0.051078 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top