CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

“Saya gembira dapat berdiri bersama Israel hari ini, lebih daripada sebelumnya,” - Bruce Jenner terkandas di Tel Aviv, Israel

14-6-2025 03:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1558| Komen: 12

 


BERADA di Tel Aviv ketika peperangan antara Israel dan Iran tercetus sebagai tanda sokongan, pempengaruh media sosial Caitlyn Jenner meraih kecaman hebat netizen.

Ramai yang tidak bersetuju dengan tindakan pemilik nama lengkap Caitlyn Marie Jenner, 75, yang meluahkan keterujaan dapat bersama rakyat Israel sepanjang berlaku peperangan.

“Mereka mulakan serangan terlebih dahulu. Apa yang kamu nak doakan?,” kata netizen.

“Saya doakan awak tiba dengan selamat dalam neraka kelak. Amin,” tutur netizen lain.

“Jadi, kita menyokong mereka walaupun mereka yang menyerang dahulu? Serangan tanpa provokasi bukanlah satu tindakan mempertahankan diri tetapi adalah tanda keagresifan dan sepatutnya dianggap memalukan,” ujar netizen.

Menerusi hantaran dalam aplikasi X, Caitlyn atau lebih dikenali sebagai Bruce Jenner berharap orang ramai mendoakan keselematannya di sana.


“Malam yang ‘tenang’ di Tel Aviv. Doakan kami semua, kami akan bertahan.

“Saya gembira dapat berdiri bersama Israel hari ini, lebih daripada sebelumnya,” katanya.

Beberapa jam lalu, bintang siri televisyen Keeping Up With The Kardashians itu mengakui menerima petanda bahawa Iran bakal memberi serangan kepada bumi Israel.

“Kami kembali ke tempat perlindungan di Tel Aviv.

“Nampaknya, ini adalah gelombang serangan ketiga dari Iran,” ujarnya.

Sebelum ini, angkatan tentera Iran berjanji akan melancarkan serangan balas tanpa had terhadap Israel susulan serangan berdarah Tel Aviv ke atas sebilangan bandar termasuk ibu negara, Tehran.

Israel membedil Iran dalam siri serangan udara besar-besaran, menyerang 100 sasaran termasuk tapak nuklear dan ketenteraan Tehran.

Rejim Zionis turut membunuh ketua staf angkatan tentera, ketua Pengawal Revolusi Iran dan lebih enam saintis nuklear negara musuhnya.

Malam semalam, Iran melancarkan ratusan peluru berpandu balistik ke arah Israel menyebabkan tujuh orang cedera.  


Sumber:– KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 14-6-2025 05:09 PM
Tak sabar nak tunggu berita dia terbunuh di Tel Aviv.. Aaamiin
Quote I.K.A888990 14-6-2025 07:28 PM
mati lah kau kat situ
Quote namr 15-6-2025 09:44 PM
semoga bom jatuh atas kepala ko
Quote nono86 15-6-2025 11:39 PM
Kecelaruan jantina, sesuai la duk situ, yang kecelaruan negara orang
Quote BoongaKertas 16-6-2025 08:54 AM
ok pakcik. moga nanti ada senarai nama yg terkorban tu salah sekornya pakcik lah.
Quote manehnya 16-6-2025 08:55 AM
duduk lah situ selamanya sampai jahannam
Quote BungaKencana 16-6-2025 09:58 AM
moga mati kt sana
Quote lasagna 16-6-2025 01:43 PM
ahh pondan kertu ni punnn...
Quote TMZ.com 16-6-2025 04:12 PM
Lantak la ko pondan kertu
Quote alesandra 17-6-2025 10:34 AM
quentin tarantino pun dok kat tel aviv kan?siap beli rumah berapa belas juta ntah.skrg dok apartment sementara tunggu rumah siap.harap tak kenal bedil la mcm bodo jek.kelakar... dia lari dok sana  sbb LA terbakar haritu.neh nak lari kemana pulak
Quote beatgirlX 17-6-2025 08:51 PM
Mengaminkan doa2 korg
Aminnnn...
Quote che_yatt 4-7-2025 01:15 AM
Laaa tak mampos lagi ka diani

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.695052 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top