CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Balik haji ke met gala ini? - Penampilan luar biasa sekumpulan jemaah dari Indonesia pulang tunai haji cetus perdebatan

14-6-2025 03:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7446| Komen: 46

 


PETALING JAYA – Penampilan luar biasa sekumpulan jemaah haji dari Indonesia selepas pulang menunaikan ibadah haji mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen, terutamanya berkaitan kesesuaian berpakaian selepas menyempurnakan rukun Islam kelima itu.

Menerusi satu klip video yang tular di media sosial perkongsian Andi Arham, kelihatan rombongan jemaah haji tiba di sebuah masjid dan disambut meriah oleh ahli keluarga serta penduduk setempat.

Apa yang menarik perhatian ialah pemakaian segelintir jemaah wanita yang tampil dengan busana menyerupai pakaian pengantin lengkap dengan solekan sekali gus menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Difahamkan, gaya berpakaian sedemikian merupakan adat tradisi masyarakat Bugis di Indonesia sebagai simbol penghormatan kepada individu yang baru pulang dari menunaikan haji.

Menerusi ruangan komen, tindakan tersebut mengundang kecaman orang ramai yang berpandangan bahawa penampilan jemaah terbabit tidak mencerminkan kesederhanaan dan penghormatan yang sewajarnya selepas menunaikan ibadah suci.


“Rasanya untuk berhias itu tiada masalah biarkan budaya mereka, tapi yang buka aurat rambut itu yang tidak sepatutnya, balik dari haji sepatutnya benda asas dipelihara semudah-mudah perkara,” kata Fiq89.

“Jemaah haji kenapa balik jadi macam pengantin? Mereka pergi haji untuk apa? Alhamdulillah sebab Allah jemput tapi itulah balik-balik haji macam-macam gaya sudah,” komen Kakak Dayana.

“Adat tidak menghalalkan cara sebab Islam mengajar kita untuk menutup aurat dengan sempurna, nabi sendiri pun tinggalkan pesan sekeras-kerasnya pada wanita terutamanya supaya menutup aurat dengan sempurna dan jalani ibadah dengan sempurna,” ujar Huda.


Sumber:– KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BartholomewKuma 14-6-2025 04:29 PM
Bangsa hamba abdi. Sekoq2 muka homo erectus
Quote Barebow77 14-6-2025 05:04 PM
Gamaknya kalau pakai jubah plain tudung labuh plain mesti dikira berdosa besar..tidak mengikut syariat agama kekdahnya
Quote imransulaiman 14-6-2025 05:06 PM
Na'uzubillah...

Tapi apa nak hairan kalau negara konoha. Sedang tawaf keliling kaabah pun mereka berdandan berhias..
Quote airfilterkotor 14-6-2025 05:15 PM
Taun lepaih punya haji pun dorang cenggini gak. Yang aneh² aje la kalian.
Quote grouper 14-6-2025 05:54 PM
Nusaraya punya leluhur...
Quote Skuau 14-6-2025 06:19 PM
Msia udah kalah ama indon...-nusaraya
Quote doubleA 14-6-2025 06:47 PM
What to expect from konoha
Quote batmana 14-6-2025 06:51 PM
Pendidikan takde..ni la jadinya
Quote sayawifenikmie 14-6-2025 06:54 PM
semasa haji tahun lepas, saya berkenalan dengan 2 orang jemaah indonesia semasa menunggu waktu di masjid ... dua dua profesional doktor ... elok jer tak ada pelik apa apa pun ...
Quote sapeka 14-6-2025 07:00 PM
Over
Tak perlu kot
Quote TomyamPuteh 14-6-2025 07:16 PM
Lps sampai kampung ada upacara minum air basuh kaki depa pulak.
Quote Freezies 14-6-2025 07:35 PM
Kalau tk silap ni mmng adat kaum madura kan?
Tiap2 tahun lepas balik haji mesti ada..
Quote alana94 14-6-2025 08:11 PM
konoha kan apa nak heran
Quote belilies 14-6-2025 08:46 PM
Edited by belilies at 14-6-2025 08:52 PM

Macam pergi disko. Biasalah indon. Kalau kat pasar pakaian satu set lain dari yg lain tu indon lettew

@nusaraya Which one is worse? MALAYDESH atau indon pakaian disko kat mekah?

Kohkohkoh
Quote dua_chzy 14-6-2025 09:57 PM
Keturunan korang la tu. Har.
Quote adelea 14-6-2025 11:13 PM
Kelam tol malaysia
1. Every year pon diorg begini
2. mazhab kita dgn dia x sama pon
3. Klu ko nampak mereke betatoo tiba masuk masjid dan solat … itu biasa ja kat sana …


org  malaysia rajin melancong tapi observation fail !!! Kurang belajar dan respect culture org … its not your responsibility nak tukar culture diorg …
Quote B40tastePosh 14-6-2025 11:59 PM
dua_chzy replied at 14-6-2025 09:57 PM
Keturunan korang la tu. Har.

Hihihi...leluhur
Quote dani-rox 15-6-2025 12:01 AM
Malaydesh 0 - 1 Prindonesia
Quote Blackrose87 15-6-2025 01:24 AM
biasa lah indon..
klau tak pelik2 tu bkn indon la..

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.044582 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top