|
TRAGEDI yang mengorbankan 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam kemalangan ngeri di Gerik, Perak pada Isnin lalu terus menjadi bualan ramai. Ketika tangisan belum reda dan doa terus dipanjatkan, pelbagai kisah mengenai kebaikan semua mangsa mula terungkai dan dikongsikan di media sosial. Antara yang menjadi tumpuan adalah pemergian Nurly Shahirah Azman, 23, juga merupakan seorang hafizah yang menyentuh hati ramai. Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh abang arwah, Mohd Najmuddin, dipaparkan pemandu van jenazah yang dikenali sebagai Abang Lie menceritakan pengalaman 'luar biasa' sewaktu dan selepas menghantar jenazah Nurly. "Ditakdirkan oleh Allah, dia dapat membawa jenazah dan jenazah arwah sangat-sangat harum dan tak dapat digambarkan bagaimana baunya di dunia. "Allah... Nurly. Hebatnya kau dik. Amalan apa lagi kau buat kami tak tahu dik. Semoga syurga buatmu dik," tulis Najmuddin di ruangan kapsyen, terharu mendengar perkongsian Abang Lie.
Menurut pemandu itu, dia dari awal sudah berniat untuk membawa jenazah pulang kerana berasa kagum selepas mendengar cerita mengenai keperibadian arwah. Katanya, tanpa disangka-sangka, kenderaannya seolah-olah digerakkan lebih awal walaupun ramai lagi pemandu yang sedang menunggu giliran untuk mengambil jenazah. "Masa (tunggu giliran) rasa macam orang 'tolak' kenderaan saya. "Kenderaan orang lain sedang bergerak pun, saya 'halang'. Bila masuk (rumah mayat), ibu kepada jenazah (waris) beri kertas dan tertera nama arwah," ujarnya. Abang Lie merupakan salah seorang daripada pemandu van yang membawa jenazah pelajar UPSI untuk dikebumikan mengikut lokasi ditetapkan. Kisahnya tidak terhenti di situ apabila ada perkara yang paling tidak dapat dilupakan selepas dia selesai menghantar jenazah untuk dikebumikan. "Selepas balik, van saya 'sidai' (parkir) tengah panas. Lepas tu saya tertinggal benda (barang) dalam kereta. "Saya kenal bau kereta sendiri tapi masa buka pintu kereta... datang satu bau tersangat halus dan wangi yang sukar digambarkan. "Saya tutup pintu van lalu termenung dalam rumah. Saya pergi semula (ke van) sebab rasa tak puas hati. Saya buka pintu semula, duduk sebentar... datang semula (bau sama)," jelasnya lagi. Malah, aroma harum yang tidak pernah dihidu itu masih ada walaupun empat kali pintu dibuka tetapi hilang pada keesokan paginya. Allahyarhamah Nurly antara 15 pelajar yang terkorban dalam kemalangan bas persiaran di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Gerik pada Isnin. Kisahnya mendapat perhatian masyarakat apabila menurut abangnya, Nurly seorang yang sangat menjaga kesucian al-Quran. Malah, adiknya juga mempunyai sebuah naskhah yang terkandung ayat-ayat suci kitab tersebut hasil tulisan tangan arwah sendiri. Mayat mangsa juga ditemukan dalam keadaan memeluk naskhah al-Quran berkenaan selepas kemalangan tragis itu. Difahamkan, arwah merupakan pelajar jurusan Pendidikan Khas dan turut menjadi guru mengaji kepada kanak-kanak di kampungnya. Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gong Pasir, Dungun di Terengganu awal pagi Selasa. Sumber:- mStar |
capwayang: ..meh! Jenazah yang dah mandik ...
L.U.S.M replied at 13-6-2025 09:21 PM
Kat lokasi kemalangan pun dah bau wangi..jasad sempurna tgh dakap erat Quran..Dari lokasi kemalang ...
capwayang replied at 13-6-2025 03:12 PM
..meh! Jenazah yang dah mandikan memang la kadang-kadang akan terbit bau wangi tu lain la kalau bau ...
ina_na replied at 14-6-2025 12:29 AM
Arwah hafal Al Quran... Tu sbb ramai parent paksa anak2 hafal Al Quran...bl meninggal banyak kebai ...
ina_na replied at 14-6-2025 12:29 AM
Arwah hafal Al Quran... Tu sbb ramai parent paksa anak2 hafal Al Quran...bl meninggal banyak kebai ...
TravellingBear replied at 13-6-2025 02:50 PM
Aku pernah ada ahli keluarga/jiran yg meninggal, macam capwayang kata, masa mandi , kafan tu mmg ada ...
DARSITA replied at 14-6-2025 08:55 AM
BAu wangi di tempat kejadian, bau wangi di bilik bedah, bau wangi di Van jenazah, bau wangi di lo ...
DARSITA replied at 14-6-2025 08:55 AM
BAu wangi di tempat kejadian, bau wangi di bilik bedah, bau wangi di Van jenazah, bau wangi di lo ...
TravellingBear replied at 14-6-2025 06:58 AM
Memang ramai parents suka hantar anak2 sekolah utk hafal quran, tapi hafal quran tanpa mengamalkan ...
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
19-2-2026 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.507922 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.