-Pengemis Jalanan, Orang Ramai diminta henti beri wang-
Oleh: Fyruz Hanna Harini, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Terengganu mempergiat operasi membanteras pengemis, gelandangan yang berkeliaran di Kuala Terengganu. “Cuma kita minta kerjasama daripada orang ramai sendiri, berhentilah memberi (sedekah), sebab 95 peratus kalangan mereka ini sudah menerima bantuan sama ada daripada JKM sendiri atau melalui zakat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).
“Jika kita masih menghulur (memberi sedekah), ibaratkan kita menggalakkan aktiviti tidak sihat ini berlaku. Masih terdapat cara lain untuk kita membantu golongan seperti ini,” katanya kepada Sinar Harian. Pada Julai 2014, Menteri Wilayah Persekutuan pernah mencadangkan supaya mengenakan kompaun kepada pemberi dan penerima sedekah untuk langkah pengurangan pengemis dan elakkan budaya meminta sedekah yang mencemarkan imej negara khususnya di ibu negara. Jelas Menteri itu, kebanyakan peminta sedekah juga bukan rakyat tempatan. telah banyak cerita yang dibentangkan di media mengenai kelicikan pengemis yang banyaknya mencari jalan mudah untuk tidak bekerja. Antara daripada kisah yang pernah dulu popular adalah: 1. Taktik pengemis, ucap fisabilillah minta derma (SINAR HARIAN 17 SEPTEMBER 2012) 2. Jangan terkejut kalau si pemilik kereta mewah itu seorang pengemis! (Astro Awani, 2 Juali 2015) 3. Pengemis Kutip RM200 dalam masa sejam (daliulian.net) 4. Pengemis 'buta' bawa kereta KIA (MalaysianInsider, 1 March 2014) Oleh kerana pendapatan yang 'lumayan' hasil daripada mengemis, ramai pengemis jalanan yang menjadikannya sebagai satu profesion tetap dengan menyasarkan tempat tumpuan seperti masjid, surau, pusat membeli-belah dan sebagaiya. Namun tahukah anda: Sedekah dapat menjadi haram hukumnya, jika diketahui pengemis itu akan menggunakan sedekah itu untuk kemaksiatan. (Wahbah Zuhaili, Al-Fiqh Al-Islami wa Adilatuhu, 3/390). Misalnya, digunakan untuk berjudi, berzina, atau minum khamr. Hukum sedekah dalam kondisi ini menjadi haram, karena telah menjadi perantaraan (wasilah) pada yang haram. Kaidah fikih menyebutkan,”Al-Wasilah ila al-haram haram.” (Segala perantaraan menuju yang haram, haram hukumnya). (M. Shidqi al-Burnu, Mausu’ah Al-Qawa’id Al-Fiqhiyyah, 12/200). Sedekah kepada pengemis juga menjadi haram, jika diketahui pengemis itu tidak termasuk orang yang boleh mengemis (meminta-minta), misalnya bukan orang miskin. Dalam masalah ini ada dalil khusus yang mengharamkan meminta-minta, kecuali untuk tiga golongan tertentu. Sabda Nabi SAW,”Meminta-minta tidaklah halal kecuali untuk tiga golongan : orang fakir yang sangat sengsara (dzi faqr mudqi’), orang yang terlilit utang (dzi ghurm mufzhi’), dan orang yang berkewajiban membayar diyat (dzi damm muuji’).” (HR Abu Dawud no 1398; Tirmidzi no 590; Ibnu Majah no 2198). (Abdul Qadim Zallum, Al-Amwal fi Daulah al-Khilafah, hal. 194). Jadi kalau seorang pengemis sebenarnya bukan orang miskin, haram baginya meminta-meminta. Demikian pula pemberi sedekah, haram memberikan sedekah kepadanya, jika dia mengetahuinya. Dalam kondisi ini pemberi sedekah turut melakukan keharaman, karena dianggap membantu pengemis tersebut berbuat haram. Kaidah fikih menyebutkan : “Man a’ana ‘ala ma’shiyyatin fahuwa syariik fi al itsmi” (Barangsiapa membantu suatu kemaksiatan, maka dia telah bersekutu dalam dosa akibat kemaksiatan itu.). (Syarah Ibnu Bathal, 17/207). Ada yang berpendapat sedekah di masjid lebih afdal berbanding sedekah pada mereka ditepi jalan yang diragui. Adapun, Ustaz Azhar Idrus pernah berkata, sedekah untuk keadaan seperti ini akan mendapat 2 pahala, satu pahala sedekah manakala satu lagi pahala ditipu. Demi membasmi masalah pengemis jalanan yang mencacatkan keindahan bumi Malaysia serta mewujudkan kesedaran kepentingan duit halal, ada baiknya kita berfikir saluran terbaik derma anda dan berhenti memberi wang kepada pengemis jalanan. -CARI Infonet. Sumber: sinarharian,harianmetro,carigold,Astroawani |
21
Bagus |
20
Marah |
21
Terkejut |
16
Sedih |
15
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
zeed: Dah lama praktik sedekah pada orang yg genuine memerlukan.. ada orang pegang prinsip kita dah sedekah..orang tu nak belanja kat mana tu hal dia.. kala ...
MeghanK replied at 18-1-2016 06:28 PM
[quote]Harini[\quote]
the eff is this
jay_07 replied at 18-1-2016 06:31 PM
kau tak paham ke? ke bajet urban?
MeghanK replied at 18-1-2016 06:35 PM
hello, sebagai seorang wartwan cari yang menulis artikel, tak boleh ke tulis guna bahasa melayu st ...
jay_07 replied at 19-1-2016 03:44 PM
oh ko ckp pasal ejaan die ke?? aku ingt ko cte pasal tajuk neh...
Ala ko pun, online media... k ...
mrseller replied at 19-1-2016 04:02 PM
Aku banyak bergantung pada niat hati kalau nk sedekah mcm ni, kalau lintasan hati ckp sedekah aku se ...
ADVERTISEMENT