Oleh Izzah Abbasy
Percutian di dalam kawasan rimbunan hutan dan jauh dari kesibukan bandar menjadi trend masa kini. Malihom di Balik Pulau, Pulau Pinang ini terletak di sebuah ladang yang seluas 16 ekar di atas puncak bukit. Tetapi ia bukanlah ladang biasa. Ia asalnya merupakan bangsal padi. Terdapat koleksi mewah dalam bangsal padi ini yang telah ditukar menjadi sebuah penginapan untuk percutian orang ramai. Diberi nama Malihom bermaksud 'kampung beras wangi'. Setiap bangsal juga mempunyai nama yang tersendiri. Lokasi ini terletak 16 kilometer (km) dari Spice Arena iaitu Stadium Tertutup dan 18 km dari Kelab Golf Pulau Pinang. Mempunyai 8 bangsal padi atau beras tradisional Thai direka secara berasingan untuk disewa dan mempunyai taman-taman atau dek peribadi yang esklusif. Setiap bangsal mempunyai ciri-ciri yang berbeza dan disediakan dengan penyaman udara, TV skrin- rata, pemain DVD dan bar mini. Terdapat juga buaian buluh dan kolam renang. Perkhidmatan urut juga disediakan. Harga bilik adalah daripada RM670 semalaman. Bercuti satu keluarga pasti seronok! - CARI Infonet
|
10
Bagus |
2
Marah |
8
Terkejut |
16
Sedih |
9
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
vionna007: klu betul2 nak release tension..bole la mai sini...tp anak2 kena tinggal umah tok..
ADVERTISEMENT