CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Servis tukang peluk 'man mum' makin laris, jadi terapi ‘rawat’ emosi... Pemuda kongsi mampu jana lebih RM1,000 lepas 34 ‘job’

11-6-2025 10:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2488| Komen: 8

 


DALAM zaman serba moden hari ini, pelbagai cara boleh dilakukan untuk menjana pendapatan.

Di China misalnya, wujud golongan lelaki dikenali sebagai 'man mum' yang menawarkan perkhidmatan pelukan.

Perkhidmatan itu ditawarkan kepada pelanggan, terutamanya wanita yang memerlukan pelukan untuk melegakan tekanan dan kesunyian.

Perkhidmatan itu biasanya ditawarkan pada harga bermula RM13 hingga RM33 untuk pelukan selama lima minit.

Pelanggan pula akan memilih man mum berdasarkan sifat, bentuk badan, dan rupa paras mereka.

Pelanggan mendapatkan khidmat pelukan untuk melegakan tekanan. -Gambar hiasan



Man mum biasanya akan berjumpa pelanggan di tempat awam seperti stesen bawah tanah atau pusat beli-belah.

Seorang lelaki dikenali sebagai Zhou sudah memberi 34 pelukan dan memperoleh sekitar RM1,142.

Dia menjaga penampilan untuk memberikan pengalaman terbaik dan berkata bayaran membantu menjaga jarak emosi.

Jelasnya, sesetengah wanita mengakui lebih selamat membayar untuk pelukan agar tiada isu sempadan.

Trend ini mencetuskan pelbagai perbincangan dalam talian.

Ramai yang memuji perkhidmatan ini, namun tak kurang juga yang menganggapnya tidak masuk akal.

Sumber:– mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 11-6-2025 10:43 PM
Peluk je ke

Takde happy ending?
Quote PULANGKAN 12-6-2025 12:10 AM
kemaruk replied at 11-6-2025 10:43 PM
Peluk je ke

Takde happy ending?

ada je tu, tapi memilih jugak la kut. and upkan bayaran

ni cara safe advertise je. kononnya selamat, tak buat lebih, etc. tapi dah jumpa, offer tinggi, both consent, leburr
Quote tumpanglalu74 12-6-2025 01:37 AM
kemaruk replied at 11-6-2025 10:43 PM
Peluk je ke

Takde happy ending?

Zantan kabaret..  Tolak duit ke ko rase???
Quote Zeelalala 12-6-2025 03:59 AM
Murah betul
Quote areyam 12-6-2025 08:51 AM
murah xpe.... asal sama2 happy....
Quote KamikuP 12-6-2025 09:10 AM
kHIDMAT PEGANG MAN BOOB KE TU? EKEKEK
Quote alana94 14-6-2025 10:44 PM
apoo
Quote B40tastePosh 15-6-2025 12:02 AM
Pelukan ...tapi gambar ramas tetek

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.634510 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top