Oleh Izzah Abbasy
Perubahan jangka panjang iklim dalam tempoh masa dari berdekad ke berjuta tahun ini boleh merujuk kepada perubahan dalam purata keadaan iklim, keberangkalian keadaan melampau, atau mana-mana bahagian dalam iklim. Dengan kata lain ia termasuk dengan pelbagai perubahan bermusim jangka panjang dalam corak suhu, pemendakan, kelembapan, angin dan musim. Perubahan-perubahan ini boleh berpunca daripada proses-proses dinamik di Bumi, daya-daya luaran termasuk kelainan pada kepanasan cahaya matahari, dan baru-baru ini juga, kegiatan manusia. Perubahan iklim membawa kesan yang serius kepada dunia. Contohnya, saintis dari IPCC meramalkan pemanasan laut dan pencairan glasier kerana pemanasan global dan perubahan iklim boleh meningkatkan aras laut kepada 7-23 inci menjelang tahun 2100. Di seluruh dunia, masyarakat yang menghuni persisiran pantai dan infrastruktur yang menyokong mereka (seperti bangunan dan rumah, jalan, pelabuhan dan loji rawatan air) boleh terjejas. Mereka mungkin menghadapi banjir atau ribut kuat yang merosakkan. Di kawasan mendatar, pantai mungkin beralih beberapa batu ke kawasan dalaman. Kesan lain adalah seperti banjir, bersalji, kemarau yang boleh menjadi lebih kerap dan teruk. Perubahan suhu juga memberi kesan kepada kelembapan tanah yang boleh memberi kesan kepada kehidupan manusia dalam aspek pengangkutan, makanan, penggunaan tenaga dan lain-lain. 10 fenomena cuaca sekitar Januari ini telah dirakam oleh AFP mengikut negara yang terpilih. - CARI Infonet Seorang lelaki menggunakan payung ketika hujan lebat di Rio de Janeiro, Brazil, selepas terik musim panas pada 15 Januari 2016
Seorang nelayan Kashmir menebar jala daripada botnya di Tasik Dal ketika kabus di Srinagar pada 13 Januari 2016 Seorang penunggang basikal Belarus bersiar-siar di sebuah taman diselaputi salji di Minsk pada 16 Januari 2016 Seorang peniaga India memegang belon di tengah jalan pada hari berkabus di Amritsar pada 14 Januari 2016 Sebuah kereta meredah salji di sebuah jalan kecil di Helecine pada 15 Januari 2016, setelah salji buat kali pertama melanda Belgium tahun ini Pemandu Pakistan duduk di depan trak ketika suasana berkabus di tepi jalan di Lahore pada 15 Januari 2016 Bayangan pergunungan Silberhorn ketika hari berkabus pada 16 Januari 2016 di atas resort Wengen, Pergunungan Alps Switzerland Sekumpulan burung pucung berehat di tebing tasik Raastasjoen yang beku ketika seorang lelaki bermain ski di belakang di Solna, utara Stockholm pada 15 Januari 2016 Beberapa orang sedang melihat air terjun "El Pozo de los Humos" dari lokasi pemerhatian dekat Masueco, di wilayah Salamanca, pada 13 Januari 2016 Ombak memecah pantai pada 11 Januari 2015 di Nice, tenggara France, selepas angin kuat melanda pantai Perancis Kredit Foto : Astro Awani |
5
Bagus |
3
Marah |
6
Terkejut |
10
Sedih |
4
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT