CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Terbongkar suami sendiri pun curang lepas kecoh kes 'abang wiring'! Nombor telefon 'Bengkel' rupanya skandal pasangan

29-5-2025 09:16 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2222| Komen: 7|Original author: Raline


Screenshot 2025-05-28 100751.png


KISAH tular seorang guru curang dengan lelaki berstatus suami orang secara tidak langsung membuatkan wanita lain bimbang pasangan mereka melakukan perkara sama.

Menerusi satu perkongsian di media sosial, seorang wanita berkata, selepas isu itu kecoh di media sosial, dia memeriksa mesej perbualan antara suami dengan rakan lelakinya di telefon bimbit.

Menurutnya, tindakan itu sama sekali tidak dirancang namun akhirnya terkejut melihat topik perbualan antara mereka berdua.

"Saya terbuka telefon suami dan ada la satu perbualan dia dengan kawan fasal isu hangat sekarang mengenai 'wiring and teacher'.

"Lepas tu, kawan yang dia mesej tu cakap kau letak (simpan nombor) nama skandal kau apa?

"Suami saya boleh jawab 'Bengkel'. Lepas chat aku delete (hapus atau padam mesej)," tulisnya dalam hantaran di Threads.

Walaupun hancur luluh membaca mesej tersebut, wanita itu dalam masa sama turut meluahkan rasa syukur apabila diberi petunjuk tentang situasi rumah tangganya.

Sementara itu, ruangan komen pada posting tersebut turut dipenuhi dengan pelbagai reaksi netizen, terutamanya dalam kalangan wanita yang pernah melalui situasi sama.

Seorang pengguna tampil memberikan kata semangat kepada wanita tersebut agar terus kuat menghadapi ujian dalam rumah tangga.

"Banyak je kes macam ni. Kita bercerita kes CCTV wiring tu, tapi viral kes tu asbab je nak terbuka kisah masing-masing. Sedih baca. Teruskan kuat sis, buat yang terbaik untuk diri.

"Nak emosi kuat perbanyakan zikir dan dekat dengan Allah. Belajar cara urus emosi. Kita tak mampu kawal pasangan kita kecuali Allah SWT," beberapa warga maya memberi cadangan.

Tak payah check telefon, tak payah ambil tahu. - NETIZEN

Screenshot 2025-05-28 100912.png


Seorang lagi netizen turut berkongsi langkah yang diambil untuk mengetahui dirinya dicurangi suami atau tidak.

"Tak payah check telefon, tak payah ambil tahu. Minta Allah jauhkan kita dari tahu benda yang menyakitkan hati dan doakan semoga Allah yang membalasnya.

"Saya langsung tak nak ambil tahu mengenai telefon suami sebab tak nak tambah anxiety saya. Walaupun saya dapat mimpi suami curang beratus kali, macam-macam mimpi.

"Saya tetap tak akan buka telefon walaupun tahu kata laluan. Saya cuba jaga hati dan fikiran sebab saya tak boleh hilang arah, kasihan anak saya," jelas seorang lagi netizen.

Sejak Ahad, kisah mengenai seorang pendidik dikatakan terbabit dengan kes curang dengan lelaki yang bekerja sebagai juruelektrik atau dikenali sebagai 'abang wiring' tular di media sosial.

Perkara itu mengejutkan ramai lebih-lebih lagi selepas membaca perbualan lucah mereka duanya yang masing-masing sudah mempunyai suami dan isteri.

Susulan itu, mStar pada Isnin melaporkan satu pendedahan dibuat bekas suami guru berkenaan yang hanya ingin dikenali sebagai Muhammad Azraf.

Kata Azraf, bekas isteri yang sudah diceraikan pada 24 Februari lalu sudah berkawan dengan lelaki berkenaan sejak September tahun lalu.

Malah, hubungan skandal wanita itu dengan 'abang wiring' bukanlah yang pertama diketahuinya sepanjak tempoh enam bulan berkahwin sejak 24 ogos tahun lalu.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JahLupa 29-5-2025 07:09 PM
Lepas satu, satu..
Quote copy_paste 31-5-2025 12:00 PM
dah boleh padam chat dgn scandal hehe
Quote maxgamer82 3-6-2025 11:36 AM
back to basic pakai 3310
Quote IzzahF 3-6-2025 04:43 PM
dia mcm musim plk ya
Quote Zeelalala 3-6-2025 06:06 PM
I pun dulu, malas nak ambik tahu pasal phone pasangan pada waktu itu. Allah nak tunjuk tu, cepat atau lambat je. Kene sentiasa bersedia utk apa2 kemungkinan. Sbb tu perempuan kene kuat dari segi financial sendiri. So kalau laki haprak pun, kita boleh hidup.
Quote duricinta 3-6-2025 08:08 PM
Sorok mcm mna pun Allah akan tunjuk juga, dan para pencurang semua berhati2 lah dgn doa pasanganmu. Jgn menyesal kemudian jika doa sesorang dimakbulkan akibat perbuatan buruk tu..yg pernah mengalami je yg rasa, termasukla diriku ini
Quote alana94 14-6-2025 10:45 PM
❤️‍????

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 08:47 PM GMT+8 , Processed in 0.244261 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top