CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

'Suami syaitan' ikat isteri di sofa, paksa tengok 'projek' dengan skandal sampai selesai - “Makin saya jerit, semakin mereka gelak”

28-5-2025 10:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2452| Komen: 7|Original author: Raline


Screenshot 2025-05-28 105459.png


KISAH seorang guru wanita yang melakukan hubungan terlarang dengan lelaki bergelar ‘abang wiring’ secara tak langsung membuka luka lama seorang wanita.

Menerusi satu perkongsian di media sosial, wanita berkenaan mendedahkan kisah silam rumah tangganya yang meruntuhkan jiwa dan maruahnya sebagai isteri.

Katanya, dalam keadaan diri diikat di sofa, dia menjadi saksi kecurangan suami sendiri yang tergamak melakukan seks di hadapan matanya.

"Mereka buat 'projek' depan aku. Cuma masa tu aku masih fikirkan mak dia yang sakit dekat kampung. Sakit memang sakit bila kita dah buat semua untuk suami.

"Tapi hati dikhianati memang hancur dan trauma. Satu lagi jangan la 'back up' orang yang dah terang-terang salah.

"Kita sama-sama doakan belah isteri dan anak-anak yang dianiaya tu kuat selalu," ujarnya, merujuk kepada kes kecurangan guru dengan 'abang wiring'.

Tambah wanita berkenaan, dia pada waktu itu memilih untuk tidak membuat laporan polis kerana mengambil kira perasaan kedua-dua orang tua suaminya.

Namun, pengorbanannya itu tidak dihargai apabila dirinya digantung tidak bertali selama setahun sebelum diceraikan.

"Makin saya menjerit makin mereka gelak sambil buat benda tu (seks) tanpa fikirkan perasaan saya. Lepas mereka tidur, saya gigih balik kampung sehelai sepinggang.

"Demi Allah walaupun sudah empat tahun ni terjadi, tapi apa yang berlaku masih segar dalam otak (ingatan) saya.

"Saya bodoh masa tu tak buat laporan sebab masih fikir orang tua (mentua) dia dekat kampung. Saya hubungi mak mentua suruh nasihatkan dia," ujarnya.

Namun, sebaliknya berlaku apabila ibu mentua mengarahkan anaknya supaya dia diceraikan atas alasan memalukan suami.

Pengadu turut mengakui masih mengalami trauma dan dapat mengingati setiap detik hitam itu dengan jelas walaupun kejadian sudah empat tahun berlalu.

Malah sehingga kini dia tetap diganggu beberapa wanita yang mempunyai skandal dengan bekas suami selepas mereka berpisah.

Ya Allah tak boleh bayangkan kejam sangat buat dekat awak - NETIZEN

Perkongsian wanita itu meraih perhatian ramai netizen yang rata-rata meluahkan rasa simpati dan mengecam tindakan kejam bekas suami dengan wanita terbabit.

Screenshot 2025-05-28 105553.png


"Ya Allah tak boleh bayangkan kejam sangat buat dekat awak. Kifarah tu ada. Semoga awak bertabah ya.

"Perempuan yang 'main' dengan dia depan awak tu macam mana masa tu? Dia gembira ke? Betul-betul syaitan la.

"Wey sampai tergamak buat depan mata tu dah tahap syaitan perangai. Manusia normal tak akan buat macam tu. Dah macam darkweb," komen beberapa netizen di media sosial.

Sejak Ahad lalu, tular di media sosial kisah seorang pendidik yang didakwa curang dengan seorang lelaki berstatus suami orang yang bekerja sebagai juruelektrik, dikenali sebagai 'abang wiring'.

Kisah tersebut mengejutkan ramai apabila perbualan berunsur lucah antara kedua-duanya tersebar, meskipun masing-masing sudah berumahtangga.

Susulan itu, pada Isnin, mStar melaporkan satu pendedahan dibuat bekas suami guru berkenaan yang hanya ingin dikenali sebagai Muhammad Azraf.

Menurut Azraf, bekas isterinya telah menjalinkan hubungan dengan lelaki terbabit sejak September tahun lalu, sebelum mereka bercerai pada 24 Februari tahun ini.

Lebih mengejutkan, Azraf turut mendakwa bahawa hubungan sulit antara wanita itu dan 'abang wiring' bukanlah yang pertama diketahuinya sepanjang tempoh enam bulan perkahwinan mereka sejak 24 Ogos tahun lalu.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pocongkiutss 28-5-2025 11:26 AM
Oh celakanya..tp ko kena fight dik..biar lepas ni diorg termalu level mcm mamat cctv & cikgu main punggung tu..amik kau
Quote BoongaKertas 28-5-2025 02:36 PM
jantan cenggini kenapalah jenis x mati pucuk? ya Allah, kita yg baca pun trauma kot!
Quote OlalaBanana 28-5-2025 11:04 PM
Bodonye jantangggg !
Quote ishlani 29-5-2025 05:42 PM
Allahu..
Quote penmerah 29-5-2025 07:21 PM
Tak kuasa nak percaya cerita hasanah Ko dik
Nak into the scene pulak

Dah kene ikat... Then Lepas projek laki lepaskan ikatan Ko ke?
Awat ko tak ambil pic laki terbongkang Lepas seks?
Then Kata ko tetap diganggu skandal Dan ex laki though Lepas cerai??? Screenshot bukti Dan dah buat report polis ke dik? rather mencanang ke socmed

Hasanah sangat
Quote Zack8hunter 29-5-2025 08:52 PM
penmerah replied at 29-5-2025 07:21 PM
Tak kuasa nak percaya cerita hasanah Ko dik
Nak into the scene pulak


tu la..sgt la hasanah.. dah knp lak org tu nk pratonton ngesek live dpn ko.. siap dah cerai pun masih kacau lg
Quote alana94 14-6-2025 10:46 PM
akhir zaman

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 08:49 PM GMT+8 , Processed in 0.040445 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top