CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Ejen Ali The Movie 2 kutip RM15.3 juta selepas 4 hari tayangan

27-5-2025 02:03 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2291| Komen: 34|Original author: Raline

1.png


Hanya dalam empat hari tayangan, filem aksi animasi Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) kini meledak dengan kutipan RM15.3 juta termasuk tayangan awal sejak 22 Mei lalu.

Ditayangkan di 161 pawagam di seluruh Malaysia dan Brunei, filem arahan Usamah Zaid Yasin membuktikan adiwira kecil tempatan masih menjadi pilihan utama peminat yang teruja dengan kepulangan Ejen Ali ke layar perak.

“Alhamdulillah, sejak sesi ‘Fans Screening’ sehingga ke tayangan rasmi di pawagam, sokongan yang kami terima sangat luar biasa.

Menggalas cabaran sebagai sutradara dan Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation, Usamah mengambil kesemua maklum balas untuk dijadikan pembakar semangat buatnya bagi menghasilkan naskhah animasi terbaik pada masa akan datang.

“Bagi pihak produksi, kami berasa amat terharu dan gembira setiap kali membaca komen serta maklum balas daripada penonton.

“Senua itu sangat bermakna buat kami dan lebih menggalakkan kami sebagai pengkarya untuk terus mengusahakan naskhah Ejen Ali akan datang,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Tayangan EATM2 dijangka akan mencatat angka yang lebih tinggi apabila musim cuti sekolah bermula 29 Mei ini.

Difahamkan, tiket sedang terjual pantas di pelbagai lokasi dan beberapa pawagam mula menambah sesi tayangan bagi memenuhi permintaan penonton.

Filem animasi terbitan Primeworks Studios Sdn Bhd dan WAU Animation kini ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia dan Brunei sejak 22 Mei lalu.

Berlatarkan kota futuristik Cyberjaya, hero cilik, Ali kini menyertai program SATRIA, gabungan manusia dan kecerdasan buatan (AI) menerusi sut berteknologi tinggi bagi menghapuskan ancaman yang lebih besar, termasuk kehadiran Neonimus, penggodam penuh dendam.

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TeropongThaico 26-5-2025 10:56 PM
Harap sampai raya haji diarg tayang lg
Anak aiol sorg ni berkicau sgt nak gi tengok ejen rizuan cinta hati dia tu bila balik nanti
Quote SherryZass 27-5-2025 08:30 AM
TeropongThaico replied at 26-5-2025 03:56 PM
Harap sampai raya haji diarg tayang lg
Anak aiol sorg ni berkicau sgt nak gi tengok ejen rizuan cint ...

Iolls dah tengok dengan anak, iolls rasa uncle rizwan (sebab dia dah bukan ejen mata), paling function je Walaupun ofcourse main character lah paling menonjol.
Quote azimodin 27-5-2025 11:26 AM
Last week anak i gi camping, x sempat la nak tengok. Ni dia dah tanya bila nak beli ticket. Mak dia pulak berharap nak tengok keluang man.
Quote freyayong 27-5-2025 11:29 AM
iols dah tgk. gigih wpun dok seat dpn sekali.. best.. anak2 pun suka...
Quote kimsabi 27-5-2025 11:32 AM
weekend ni baru nak tengok
Quote bambimo 27-5-2025 11:32 AM
Penuh la...weekend..
Kalo ada pun mendongak
Quote BarbiePink 27-5-2025 11:41 AM
Well done
Happy for them
Mmg patut pun dpt sambutan
Meols belum tgk lagi
Tunggu cuti skolah neh bru pegi
Quote SedihPedih 27-5-2025 11:54 AM
Iols dh tgk Ahad lepas.

Kt IOI Damansara. Situ mcm kurang org.

Cerita best tp iols lg suka soundtrack 1st movie. Yg 2nd ni iols tak balik cari kt youtube.

Si Rizwan tu aish..mcmana ek, kalau pandang lama2 rasa biasher2 aja, tp masa fight scene heols 'deliver sgt'..haha.. libasan rambut nak iklan syampoo tu mmg memorable..haha..

Quote oklatu85 27-5-2025 12:00 PM
SedihPedih replied at 27-5-2025 11:54 AM
Iols dh tgk Ahad lepas.

Kt IOI Damansara. Situ mcm kurang org.

Haaa.. waktu libasan rambut Tu symbolic dia dapat kuasa ex mentor dia ... Agent djin aka Uno.. handsome Kan Ahaha.. X blh move on..marah budak anak2 I..I cakap I suka agent rizwan aahha
Quote epysha 27-5-2025 12:08 PM
icha...sian die
Quote orkid_amani 27-5-2025 01:02 PM
Ank aii cakap dekat TGV ja ada spekmata Ali tuu..1 spek tu rm70..4 org dah 280 tp tuu laa xdak rezeki nak beli spek dah sold out..jimat duit ibu.. sudahnya booking tgk dekat GSC jaa laa weekend nti w/pun Rabu ni last sekolah dekat sekolah ank aii tp ada lg training koko
Quote TeropongThaico 27-5-2025 07:29 PM
SherryZass replied at 27-5-2025 08:30 AM
Iolls dah tengok dengan anak, iolls rasa uncle rizwan (sebab dia dah bukan ejen mata), paling func ...

Hihiihi...
Entah apa yg anak aiol berkenan sgt tah
Selalunya mmg org fokus dkt main character tp anak aiol tah hape hape
Ooo patut le gemuk sikit ya sbb dah pencen jd ejen mata rupanya
Quote haruslah 27-5-2025 08:33 PM
Bulan lepas sendu je movie2
Pastu back2back BB, gayong, EA, KM....bersaing oiiii
Jgn lupa WK lg
Quote shalalat 27-5-2025 08:38 PM
Baru nak.tgk.malam besok sempena menyambut cuti sekolan
Quote sapeka 27-5-2025 09:52 PM
Patut tukar nama ejen alicia
Ali tu lemah je
Quote sharlenetexas 28-5-2025 12:23 AM
Edited by sharlenetexas at 28-5-2025 12:28 AM

Stesen mediaprima promote pagi petang siang malam ejen ali, blood brothers. Masuk buletin utam, segmen majalah3, di sebalik tabir dan lain2.
Filem Jilake tu nmpk nau tak laku.
Quote oklatu85 28-5-2025 12:26 AM
sharlenetexas replied at 28-5-2025 12:23 AM
Stesen mediaprima promote pagi petang siang malam. Ada segmen majalah3, di sebalik tabir dan lain2.  ...

Jilake kutipan Lagi tinggi Dari kulit wayang.. masalahnya anime Lagi hidup Dan karisma Dalam berlakon.. sampai emosi Tu dkt yg menonton.. yg penting jalan cerita and pengarah penerbit semua X syok sendiri
Quote sharlenetexas 28-5-2025 12:27 AM
oklatu85 replied at 28-5-2025 12:26 AM
Jilake kutipan Lagi tinggi Dari kulit wayang.. masalahnya anime Lagi hidup Dan karisma Dalam berla ...


Apsal banding dgn kulit wayang? Aku sebut pasal filem primeworks mediaprima.





Quote oklatu85 28-5-2025 12:28 AM
sapeka replied at 27-5-2025 09:52 PM
Patut tukar nama ejen alicia
Ali tu lemah je

Mmg sengaja dibuat begitu..nak Buktikan Jd agent x perlu terlalu hebat . Asalkan Ada usaha Dan kerajinan utk belajar sesuatu yg Baru.. ramai yg hebat .. Rudy Lagi hebat pada Ali.. tapi.. watak Dan kehidupan Ali Tue banyak warna yg blh diceritakan..

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 01:06 AM GMT+8 , Processed in 0.059307 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top