CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Isteri Gigih Sediakan Bekal Suami Setiap Hari Tetap Dicurangi – ‘Tiada Lagi Husbento, Hanya Kidsbento’

27-5-2025 01:46 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4763| Komen: 41|Original author: Raline


husbento-curang-dua-630x388.jpg



Perkahwinan seorang content creator bertemu titik noktah apabila suaminya memilih untuk mengkhianatinya dengan berlaku curang walaupun dia rajin ‘menjaga perut’ dengan menyediakan bekal makanan untuk suami dan anak-anak setiap hari.

Jaga perut suami tapi tetap dicurangi

husbento-curang-630x388.jpg

Menerusi perkongsian di TikTok, wanita tersebut memuat naik video mengatakan bakal memulakan kehidupan baru bersama tiga anaknya di kampung.

Katanya, selepas ini tiada lagi video bekal untuk suaminya malah akan difokuskan kepada bekal makanan anak-anak.

Wanita tersebut dikenali ramai kerana rajin menjaga perut suaminya dengan melakukan video penyediaan bento atau bekal makanan untuknya pergi ke kerja.

Perkongsian video itu mendapat perhatian daripada warganet apabila jumlah tontonan mencecah hampir 3 juta.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa simpati terhadap perkara yang menimpa wanita itu.

Warganet turut menitipkan doa agar urusan wanita itu bersama anak-anaknya dipermudahkan pada masa akan datang.

Komen netizen

Screenshot 2025-05-26 164905.png


Sumber: TikTok


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lifeline 27-5-2025 11:02 AM
ada jugak beberapa kali lalu fyp dia siapkan bekal suami
time sarat pon rajin lagi bekalkan suami

tup tup 2 hari lepas dh video kemas2 nk pindah rumah
now dah balik kampung pon dgn anak2

kesian sgt la haiii....semoga tabah dan kuat untuk bangkit semula...
yg mcm ni buat bisnes mmg iols akan support beli dan beli dan beliii
Quote ihtisyam1 27-5-2025 11:08 AM
suami pun bukan ensem nau tapi tu laa.... jantan taguna
Quote Perils 27-5-2025 02:37 PM
"hensem" plak tu laki dia tapi gaji laki dia masyuk la kot. O&G la katakan
Quote kaoru44 27-5-2025 02:41 PM
kita jaga mcmana tiptop pun kalau org nk curang,curang jgk..bertabahlah akk..moga akn dtg kehidupan akak bertambah baik..tinggalkn org tak hargai kita..
Quote swateng1 27-5-2025 03:56 PM
Perils: "hensem" plak tu laki dia tapi gaji laki dia masyuk la kot. O&G la katakan

yeke o&g? i ols tgk dia dok rumah PPA1M tu. ingat laki penjawat awam
Quote Shayang 27-5-2025 07:49 PM
IMG_6276.jpeg

Musim cekgu mendonia
Quote Shayang 27-5-2025 07:51 PM
lifeline replied at 27-5-2025 11:02 AM
ada jugak beberapa kali lalu fyp dia siapkan bekal suami
time sarat pon rajin lagi bekalkan suami


6 bulan katanya menangis
Now dah mula ada semangat utk bangkit
Cerai seminggu sebelum raya
Quote pocongkiutss 28-5-2025 12:52 AM
Perils: "hensem" plak tu laki dia  tap ...


Patut la walau huduh ada nk caras
Quote pocongkiutss 28-5-2025 12:53 AM
Shayang replied at 27-5-2025 07:51 PM
6 bulan katanya menangis
Now dah mula ada semangat utk bangkit
Cerai seminggu sebelum raya

Sedih gila..nk raya lak tu

Quote pocongkiutss 28-5-2025 12:54 AM
kaoru44 replied at 27-5-2025 02:41 PM
kita jaga mcmana tiptop pun kalau org nk curang,curang jgk..bertabahlah akk..moga akn dtg kehidupan  ...

Ikan patin poji hyperseg tak setuju dgn ayat uols ni
Quote pocongkiutss 28-5-2025 12:54 AM
Mana nk tgk muka laki dia eh
Quote matbad 28-5-2025 06:35 AM
Laki dia boring la tu bini terlampau baik..dpt yg open minded skit,gedik2 skit on ja la..selera manusia berubah bkn takat makanan ja..ntoh lerr
Quote lifeline 28-5-2025 09:03 AM
Shayang replied at 27-5-2025 07:51 PM
6 bulan katanya menangis
Now dah mula ada semangat utk bangkit
Cerai seminggu sebelum raya

anak dia yg baru tu pon bru 6 bulan kan
cekal sungguh hati dia
betul2 moving forward
benti keje pindah tukar sekolah anak now bina hidup baru dgn anak2
jantan taguna betul la
muka dah la bare minimum
apa yg dia nak tak tahu laaaaaaaaaaa
Quote heythere123 28-5-2025 10:29 AM
kesian akak ni, sumpah jahanam ex husband tu.

Elok pulak kes sheols jadi masa kes koyak sos cili tengah viral. Terdiam pulak geng jantan tagune yang kata suami cari lain sebab isteri tak layan macam raja. Hak tuihhhhh. Jantan kalau tak guna, layan la macam mana sekalipun tetap tak puas.

maaf agak emo sebab baru baca komen jantan tersangkak dekat ig
Quote Shayang 28-5-2025 10:32 AM
Edited by Shayang at 28-5-2025 10:33 AM
pocongkiutss replied at 28-5-2025 12:54 AM
Ikan patin poji hyperseg tak setuju dgn ayat uols ni


Aku benci kalau jumpa komen kat memana
Heran aku kenapa masih ada yg follow eh
Dia tu bkn sesiapa pun
Tak silap aku sblm ni dah viral kan org tak suka dia tu pasal grup tele dia tu
Tgk elok je drop komen sana sini nasihat org
Dia punya komen jenis pick me girl laa
Benci aku baca
Sejenis nk suh pompuan ni jd objek seks je
IMG_6298.jpeg
Quote Shayang 28-5-2025 10:38 AM
lifeline replied at 28-5-2025 09:03 AM
anak dia yg baru tu pon bru 6 bulan kan
cekal sungguh hati dia
betul2 moving forward

Aku aritu terkejut tgk dia tukar nama tt
Suri yg disondol penyondol
Tp kejap jela sbb dah tukar ke suri heal plak kot lupa dah aku

Itulah aku kesian plak dia yg kena pindah dr rumah kelamin tu sampai kena bawak byk brg
Jauh lak tu pindah ke kontan
Tp syukurlaa dia masih ada tempat nak pergi
Kalau yg dh takde mak pak bagai tu ntahla kemana arah.
Quote pocongkiutss 28-5-2025 11:23 AM
Shayang replied at 28-5-2025 10:32 AM
Aku benci kalau jumpa komen kat memana
Heran aku kenapa masih ada yg follow eh
Dia tu bkn sesiapa  ...

Yg sokong mesti geng hyperseg sewel gak tu

Iols benci gila dgn ikan patin dgn follower bangang dia
Quote pocongkiutss 28-5-2025 11:25 AM
matbad replied at 28-5-2025 06:35 AM
Laki dia boring la tu bini terlampau baik..dpt yg open minded skit,gedik2 skit on ja la..selera manu ...

So kalau bini boring dgn laki yg terlampau baik..dpt jumpa jantan open minded gedik2 boleh main blkg kira boleh on ja la noks?? Mcm mamat cctv wiring tu?
Quote BoongaKertas 28-5-2025 02:54 PM
lifeline replied at 28-5-2025 01:03 AM
anak dia yg baru tu pon bru 6 bulan kan
cekal sungguh hati dia
betul2 moving forward

mana nak tgk mula ex laki dia chuols selain kat TT? iols xde account plak.

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.071187 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top