CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Thunderbolts hebat, cukup rencah

10-5-2025 10:45 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 51252| Komen: 32|Original author: tatod

1000032344.jpg



PENULIS ada banyak perkara untuk diperkatakan tentang filem terbaharu Marvel Cinematic Universe (MCU), Thunderbolts.


Biarlah dimulakan dengan menyifatkan naskhah arahan Jake Schreier itu antara yang terbaik selepas tamatnya era End Game.


Thunderbolts membuktikan sebuah filem bernuansa adiwira bukan sekadar bertarung menumpaskan musuh tetapi lengkap dengan segala elemen lain seperti emosi, aksi, lelucon dan lakon layar yang sempurna.


Schreier memastikan filem ke-36 MCU itu tidak langsung menghampakan penonton selepas lama tercari-cari apa resepi terbaik untuk jump-start atau menghidupkan kembali kelompok adiwira kesayangan ramai, The Avengers.


Selain plot penceritaan yang membekas, antara penguat Thunderbolts adalah terjemahan karakter kesemua pelakon terlibat terutama Florence Pugh sebagai Yelena Belova dan semestinya, Lewis Pullman (Bob Reynolds/Sentry/Void).



1000032345.jpg


Yelena, Bob saing-saing


Pugh berjaya keluar daripada ‘bayang-bayang’ Black Widow sekali gus membina jenama sendiri yang kian disayangi ramai peminat Marvel seluruh dunia.


Dengan lontaran dialog bersahaja bersama aksen Rusia, permainan emosi dan aksi yang cukup mempesona sebagai Yelena, pujian sewajarnya diberikan kepadanya. Satu persembahan lakonan yang sangat hebat!


Sementara itu, antara lain yang mencuri tumpuan dalam Thunderbolts semestinya watak dimainkan Lewis Pullman.


Dia datang entah dari ceruk mana dan tiba-tiba menjadi fan-favourite. Perkembangan karakter untuk watak Bob sangat cemerlang ditambah dengan lakonan membekas Pullman.


Secara teorinya, ada tiga karakter dibawa Pullman dan Sentry atau Void yang merupakan antara entiti paling berkuasa. Paling berkuasa sampaikan satu segerombolan Avengers pun tidak dapat menandinginya.


1000032353.jpg


Visual


Dalam pada itu, dari segi visual, Thunderbolts berjaya melunaskan segala segi berkaitan perihal terbabit secukup rasa.


Teknik janaan komputer (CGI) dalam filem ini tidak terlalu ‘ambitious’ dan untuk itu, semuanya berjalan dengan sebaik-baiknya.


Filem ini juga memberi mesej kepada audiens bahawa dalam diri kita ada sisi gelap yang perlu ditawani. Depresi, kemurungan dan gangguan emosi itu adalah perkara yang nyata.


Filem ini juga memberi mesej kepada audiens bahawa dalam diri kita ada sisi gelap yang perlu ditawani. Depresi, kemurungan dan gangguan emosi itu adalah perkara yang nyata.


Untuk sama-sama bangkit daripada semua itu, apa yang kita perlukan adalah kemahuan diri sendiri dan sokongan daripada orang sekeliling.


1000032354.jpg


Untuk rakyat Malaysia, inilah filem yang berjaya ‘memetakan’ Malaysia di mata dunia. Tersergam Merdeka 11 ketika Yelena terjun dari puncak tertinggi menara ikonik tersebut.


Sekurang-kurangnya, ada lagi ‘sumbangan’ kita kepada dunia perfileman orang putih dan kali ini, menjadi antara ‘tuan rumah’ filem terbaharu MCU dan mendapat respons positif dunia.


Keseluruhannya, Thunderbolts lengkap sebagai sebuah filem MCU yang tidak wajar dilepaskan para pencinta sinema—inilah harapan paling tepat menghidupkan The Avengers. – HIBGLAM



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SY_Mumi 7-12-2024 10:30 PM
[youtube]8IiAm7KUuoY[/youtube]
Released MAY 2025




Quote pisanggoreng 10-2-2025 09:27 AM
Edited by pisanggoreng at 10-2-2025 09:36 AM

[youtube]hUUszE29jS0[/youtube]
Quote pisanggoreng 10-2-2025 09:33 AM
466657489_1201654520903075_1996100735222859302_n.jpg
Quote amandel 4-4-2025 10:32 PM
Video pengambilan gambar movie ni di gedung Merdeka 118...


[youtube]AW3fpmN1txs[/youtube]


Quote FOTHER-MUCKER 26-4-2025 03:10 AM





Kuala Lumpur features in trailer for Marvel’s upcoming Thunderbolts* film
A scene in the teaser trailer for Thunderbolts*, featuring Florence Pugh in the foreground.PHOTO: MARVEL ENTERTAINMENT/YOUTUBE

KUALA LUMPUR – Upcoming Marvel movie Thunderbolts* will feature English actress Florence Pugh, American actor David Harbour and Malaysian capital Kuala Lumpur.

On Sept 23, Marvel Studios unveiled the film’s first teaser trailer on YouTube.
A minute and four seconds in, Pugh, playing skilled assassin Yelena Belova, appears at a familiar Malaysian location.

According to observant netizens, the scene was shot at Medan Pasar in KL, with the former Menara HSBC South Tower in the background.

Earlier in July, Pugh alluded to filming at KL’s Merdeka 118. The 118-storey skyscraper is the second-tallest building in the world at 678.9m, behind Dubai’s Burj Khalifa at 828m.

When asked by Variety magazine about the biggest stunt she performed in the movie, the 28-year-old said: “Jumping off the second-tallest building in the world.”

The film follows a team of anti-heroes conducting covert operations for the government of the United States. The movie, set for release in May 2025, also stars English actress Hannah John-Kamen and American actor Sebastian Stan.

Many Malaysian fans have expressed their excitement about their home country being featured in a major Hollywood production.

One Marvel fan, who wanted to be known only as Fatin, told StarLifestyle, the Lifestyle portal of Malaysian newspaper The Star, that she had heard rumours about the movie being filmed in Malaysia. The trailer made her even more excited.

“I heard about Florence shooting a skydiving scene at Merdeka 118, so I hope we will get to see that and more Malaysian landmarks in the film,” she said.

Another netizen on X – formerly Twitter – posted: “They filmed parts of Thunderbolts* in KL. Have to watch the movie for Malaysia.”

Rumours of Pugh filming in KL surfaced in June when a fan account on X claimed the Don’t Worry Darling (2022) actress was in the city to film a Marvel movie.

The speculations were fuelled when Pugh’s sister Arabella Gibbins posted a photo of the Petronas Twin Towers on her Instagram account and tagged Pugh in the post. THE STAR/ASIA NEWS NETWORK

Quote FOTHER-MUCKER 26-4-2025 03:11 AM
Edited by FOTHER-MUCKER at 25-4-2025 11:13 AM


[youtube]GXYU7MifDcU[/youtube]
[youtube]5b3pG8a6zfo[/youtube]

[youtube]v-94Snw-H4o[/youtube]




Quote Decaffeinated 26-4-2025 02:26 PM
Zaman2 CGI ni aku dah susah nak get excited dengan what you see on the screen.
Quote sekngucing 2-5-2025 01:26 AM
Ada siapa.dah tgok?
Quote pisanggoreng 2-5-2025 10:35 AM



Quote pisanggoreng 2-5-2025 10:41 PM
ok la dari Captain America Brave New World.. tapi Taskmaster ada 1 scene jek
Quote alesandra 3-5-2025 12:08 PM
citer neh ikutkan rupanya limited je tayanganya
Quote ninja boy 7-5-2025 10:19 PM
Sapa dah tengok
Quote tatod 10-5-2025 01:57 PM
1000032344.jpg


PENULIS ada banyak perkara untuk diperkatakan tentang filem terbaharu Marvel Cinematic Universe (MCU), Thunderbolts.


Biarlah dimulakan dengan menyifatkan naskhah arahan Jake Schreier itu antara yang terbaik selepas tamatnya era End Game.


Thunderbolts membuktikan sebuah filem bernuansa adiwira bukan sekadar bertarung menumpaskan musuh tetapi lengkap dengan segala elemen lain seperti emosi, aksi, lelucon dan lakon layar yang sempurna.


Schreier memastikan filem ke-36 MCU itu tidak langsung menghampakan penonton selepas lama tercari-cari apa resepi terbaik untuk jump-start atau menghidupkan kembali kelompok adiwira kesayangan ramai, The Avengers.


Selain plot penceritaan yang membekas, antara penguat Thunderbolts adalah terjemahan karakter kesemua pelakon terlibat terutama Florence Pugh sebagai Yelena Belova dan semestinya, Lewis Pullman (Bob Reynolds/Sentry/Void).


1000032345.jpg


Yelena, Bob saing-saing


Pugh berjaya keluar daripada ‘bayang-bayang’ Black Widow sekali gus membina jenama sendiri yang kian disayangi ramai peminat Marvel seluruh dunia.


Dengan lontaran dialog bersahaja bersama aksen Rusia, permainan emosi dan aksi yang cukup mempesona sebagai Yelena, pujian sewajarnya diberikan kepadanya. Satu persembahan lakonan yang sangat hebat!


Sementara itu, antara lain yang mencuri tumpuan dalam Thunderbolts semestinya watak dimainkan Lewis Pullman.


Dia datang entah dari ceruk mana dan tiba-tiba menjadi fan-favourite. Perkembangan karakter untuk watak Bob sangat cemerlang ditambah dengan lakonan membekas Pullman.


Secara teorinya, ada tiga karakter dibawa Pullman dan Sentry atau Void yang merupakan antara entiti paling berkuasa. Paling berkuasa sampaikan satu segerombolan Avengers pun tidak dapat menandinginya.


1000032353.jpg


Visual


Dalam pada itu, dari segi visual, Thunderbolts berjaya melunaskan segala segi berkaitan perihal terbabit secukup rasa.


Teknik janaan komputer (CGI) dalam filem ini tidak terlalu ‘ambitious’ dan untuk itu, semuanya berjalan dengan sebaik-baiknya.


Filem ini juga memberi mesej kepada audiens bahawa dalam diri kita ada sisi gelap yang perlu ditawani. Depresi, kemurungan dan gangguan emosi itu adalah perkara yang nyata.


Filem ini juga memberi mesej kepada audiens bahawa dalam diri kita ada sisi gelap yang perlu ditawani. Depresi, kemurungan dan gangguan emosi itu adalah perkara yang nyata.


Untuk sama-sama bangkit daripada semua itu, apa yang kita perlukan adalah kemahuan diri sendiri dan sokongan daripada orang sekeliling.


1000032354.jpg


Untuk rakyat Malaysia, inilah filem yang berjaya ‘memetakan’ Malaysia di mata dunia. Tersergam Merdeka 11 ketika Yelena terjun dari puncak tertinggi menara ikonik tersebut.


Sekurang-kurangnya, ada lagi ‘sumbangan’ kita kepada dunia perfileman orang putih dan kali ini, menjadi antara ‘tuan rumah’ filem terbaharu MCU dan mendapat respons positif dunia.


Keseluruhannya, Thunderbolts lengkap sebagai sebuah filem MCU yang tidak wajar dilepaskan para pencinta sinema—inilah harapan paling tepat menghidupkan The Avengers. – HIBGLAM


Quote amandel 10-5-2025 08:20 PM
Iols dah tengok filem Thunderbolt...

Personally, Iols rasa filem ni cuba bawakan pendekatan yang lain sikit sebagai alternatif kepada filem-filem superhero yang lain... Selalunya, filem superhero Hollywood memang lebih fokus kat scale produksi yang besar dan efek yang gempak daripada kedalaman cerita...

Tapi Thunderbolt ni lain sikit... Filem ini cuba bagi depth dalam setiap watak, dan banyak jugak babak yang relate dengan isu kesihatan mental... Antara benda yang paling kuat ditonjolkan dalam cerita ni adalah rasa kosong yang dialami oleh beberapa watak baik superhero, mahupun villain... Benda ini menarik sebab benda ini adalah sesuatu yang dialami oleh ramai orang, tetapi ia tidak selalunya mudah untuk dijelaskan...

Mulai dari watak Yelena...

Watak sheols nampak macam sedang struggle dengan rasa kosong dalam hidup... Tapi Sheols sendiri pun tak pasti, Sheols rasa kosong ni sebab kerja? Sebab kakak dia meninggal? Sebab rutin harian dia yang bosan? Atau sebab benda lain?... Kalau nak faham lebih deep, maybe boleh kaitkan dengan konsep sisyphus complex dan existential vacuum...



Quote amandel 10-5-2025 08:28 PM
Edited by amandel at 10-5-2025 10:25 PM

Kompleks Sisyphus ni sebenarnya satu istilah yang digunakan bila seseorang rasa hidup dia macam tak ke mana-mana... asyik buat benda yang sama berulang kali, tapi tak nampak hasilnya... Macam penat je lebih, tapi tak puas hati langsung dengan apa yang dicapai...

Nama ni ambil dari cerita mitologi Yunani pasal seorang raja nama Sisyphus... Dewa-dewa hukum dia sebab dia buat hal, dan hukumannya kena tolak batu besar naik bukit, tapi setiap kali dah nak sampai puncak, batu tu akan tergolek balik ke bawah... Jadi dia kena ulang benda tu sampai bila-bila...

Maybe banyak orang lagi relate bila...

  •     Kerja ofis hari-hari, tapi tak minat pun kerja tu...
  •     Study susah gila tapi tak tahu belajar untuk apa...
  •     Hidup ikut jadual tapi hati kosong, tak rasa hidup...

Seorang penulis bernama Albert Camus pernah tulis pasal mitos Sisyphus ni... Deols kata, walaupun nampak hidup tu sia-sia, kita masih boleh pilih untuk terima dan cari makna dalam perjuangan tu sendiri... Maksudnya, walaupun kita kena ulang benda yang sama, kita boleh ubah cara kita pandang benda tu dan tu yang buatkan hidup tu bermakna...





Quote amandel 10-5-2025 08:55 PM
Iols kongsi juga pasal Existential Vacuum... Existential Vacuum ni istilah yang diperkenalkan oleh Viktor Frankl, seorang pakar psikologi dari Austria... Deols cakap istilah ni merujuk kepada rasa kosong dalam hidup, macam tak tahu kenapa kita hidup atau apa tujuan kita...

Zaman dulu, orang ada pegangan hidup yang kuat—macam agama, budaya, adat... Tapi sekarang ni, bila semua tu dah makin longgar, ramai orang jadi bebas tapi tak tahu nak buat apa dengan kebebasan tu... Hasilnya? Rasa kosong pun muncul...

Tanda-Tanda Kita Sedang Alami Existential Vacuum:

  •     Rasa bosan yang teruk walaupun tak buat apa-apa yang salah...
  •     Hidup rasa kosong, macam robot je... bangun, kerja, balik, tidur...
  •     Tak rasa seronok walaupun ada duit atau kejayaan...
  •     Kadang-kadang tertanya-tanya, “Aku hidup ni untuk apa sebenarnya?”...

Apa Yang Boleh Jadi Kalau Tak Diatasi?
Kalau kita biarkan perasaan ni berlarutan, ia boleh bawa kepada:

  •     Rasa murung dan hilang semangat...
  •     Ketagih dadah atau alkohol untuk "lari" dari rasa kosong tu...
  •     Masalah dalam hubungan, kerja, atau diri sendiri...
  •     Dalam kes lebih serius, niat nak bunuh diri... Dekat awal filem Thunderbolt, Yelena pun tertampak macam nak bunuh diri... Dekat filem ni juga Bob juga nampak punya Existential Vacuum, dan dekat filem ditujukkan pula perjuangan Deols lawan benda ni... Maybe lagi baik nak jelaskan watak Bob secara terpisah melalui The Void, Iols kongsi dekat bawah...

Cara Nak Atasi (Menurut Viktor Frankl)... Frankl kata, hidup kita akan jadi bermakna bila kita sendiri cari dan cipta makna tu, bukan orang lain tentukan... Antara cara nak jumpa makna hidup:

  •     Buat sesuatu yang kita rasa berguna, contohnya kerja yang bantu orang lain...
  •     Bina hubungan yang ikhlas dan penuh kasih sayang...
  •     Belajar hadapi kesusahan dengan hati yang kuat, kadang makna hidup datang masa kita lalui cabaran...

Bayangkan seorang yang kerja gaji besar, rumah cantik, tapi tiap-tiap hari rasa kosong dan bosan... Deols mungkin sedang alami existential vacuum sebab deols tak nampak kenapa dia buat semua tu, apa makna di sebalik kejayaan tu... Dekat filem ni Bob juga punya kejayaan kurang lebih macam tu dalam bentuk superpower yang luarbiasa... Tapi Deols nampak tak tahu apa makna di sebalik kejayaan tu juga...



Quote amandel 10-5-2025 09:27 PM

Iols nak kongsi The Void untuk menjelaskan watak Bob dekat movie ni... “The void” ni kalau kita nak faham secara ringkas, dia merujuk kepada satu kekosongan... Macam dekat filem, The Void ni bukan kosong biasa, tapi lebih kepada kekosongan emosi atau kewujudan, macam ruang yang tak ada apa-apa, sunyi, gelap, dan tak ada arah... Kadang-kadang bila kita sedih sangat atau rasa sunyi sangat, kita rasa macam ada lubang besar dalam diri tu pun orang kadang panggil "the void"... Dekat file Thunderbolt, the void ni digambarkan macam satu tempat misteri, gelap gelita, tiada masa, tiada ruang... tempat yang menelan semuanya, jadi macam tempat antara dunia, tempat jiwa hilang dan tempat dimana trauma-trauma hidup tersimpan... Dekat filem ni juga ditunjukkan juga mengenai trauma-trauma tiap watak... Baik trauma masa dewasa atau zaman kanak-kanak berupa Cognitive dissonance, yang menjadi sebab kekosongan hidup yang boleh dilihat oleh watak Bob...


Quote amandel 10-5-2025 10:21 PM

Cognitive dissonance ialah keadaan psikologi apabila seseorang mengalami ketegangan batin disebabkan oleh dua kepercayaan, nilai, atau tindakan yang saling bercanggah... Trauma zaman kanak-kanak terutamanya trauma relasional / trauma hubungan (seperti diabaikan, penderaan emosi, atau kasih sayang bersyarat)... membentuk asas psikologi yang rapuh...

Beberapa bentuk disonansi yang lahir daripada trauma:

1. Disonansi antara realiti dan naratif keluarga...
  • Realiti: “Ibu bapa aku tak hadir atau menyakitkan aku.”
  • Naratif yang dipaksa: “Mereka ibu bapa, mestilah mereka sayangkan aku.”

Hasilnya: 'Ketegangan batin' yang tidak dapat diselesaikan...
Anak akhirnya menyerap:

> “Kalau mereka sayang tapi aku tetap disakiti, mungkin salahnya pada aku.”
>  Kepercayaan teras:“Aku tak layak dicintai.”

2. Disonansi antara emosi dan ekspresi...

  • Anak rasa marah, takut, sedih...
  • Tapi diajar: “Jangan manja”, “Jangan buat malu”, “Jangan pentingkan diri”...

Hasilnya: Emosi ditekan → ditenggelamkan → tidak diproses → berubah jadi kehampaan...



Penjelasan mengenai cognitive disonance , hubungannya dengan trauma masa kecil dan the void...
The void seringkali adalah: Sisa ruang kosong dalam diri yang tidak pernah dibenarkan wujud...
Apa kaitannya?

1. Cognitive dissonance yang berpanjangan → perpecahan batin...

  •    Seolah-olah ada dua "aku" dalam diri... Dekat filem juga macam ade dua Bob...
  •    Satu mahu bebas...
  •    Satu lagi mahu terus diterima (oleh naratif lama)...

2. Demi meredakan disonansi, sebahagian diri dikorbankan...

  •    “Lebih baik aku jadi kebas daripada terus rasa bersalah...”
  •    Tapi rasa kebas = hilang akses kepada perasaan → lahirlah The void...

3. The void = ruang mati dalam jiwa...

  •    Dahulu diwujudkan untuk bertahan hidup...
  •    Tapi kini menjadi penjara eksistensial...

Bagaimana Watak dekat Filem Menghadapi void ini?...

1. Sahkan disonansi itu — bukan lawan...
Tanya diri:

  • “Apa nilai lama dan nilai baru yang sedang bertembung dalam diri aku?”
  • “Nilai siapa yang sebenarnya aku ikut?”

2. Kembali kepada ‘inner child’ dengan empati...

  • Dengar bahagian diri yang telah ditinggalkan demi bertahan...
  • Tanya dengan lembut: “Apa yang kamu perlukan waktu itu?”...

3. Kurangkan keperluan untuk ‘konsisten sempurna’...

Cognitive dissonance menjadi sangat menyakitkan jika kamu terlalu terobsesi menjadi sempurna.

  • Tapi penyembuhan kadang kala bermaksud:
  • “Belajar berdamai dengan kontradiksi...”

PENUTUP: DISONANSI IALAH PINTU KE INTEGRASI DAN NON SPOLIER ENDING FILEM...

Cognitive dissonance bukan musuh, tapi isyarat... Ia memberitahu bahawa ada dua bahagian dalam diri yang perlu didengari dan disatukan...

> Trauma memecahkan diri watak...
> Disonansi menyedarkan kamu bahawa ada yang pecah...
> The void adalah ruang di mana semua itu bergema...

Jika dikaitkan dekan filem Thunderbolt... cabaran bukan mengenai “menampal luka secepat mungkin”...
Cabaran sebenar adalah mendengar gema itu... sampai muncul suara yang benar-benar milik watak mereka sendiri... But maybe penggambaran agak sedikit dibuat lagi menarik macam guna elemen dan rujukan kepada filem-filem A24 dengan visual yang unik dan eksperimental...

Dislaimer:
Iols bukan expert, So jangan guna tulisan Iols sebagai benda untuk self-diagnosis... Jika ade expert dekat sini, Sila betulkan catatan Iols...
Jika Uols merasa mengalami gangguan mental, trauma, atau kehampaan yang berkepanjangan, sangat disarankan untuk berkonsultasi dengan profesional kesehatan jiwa (psikolog atau psikiater)... Melakukan self-diagnosis tanpa pendampingan bisa memperburuk kondisi dan menutup peluang pemulihan yang lebih dalam...

Review yang Iols buat pasal movie ni maybe boleh overated / underated untuk beberapa orang... Sila baca dan tengok reviewer lain juga sebelum nak memutuskan tengok movie ni...


Quote acikonion 11-5-2025 02:41 AM
Sape yg dh tengok? Bg rating pls

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.073795 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top