Oleh Adib ZA Seorang murid darjah di Sekolah Kebangsaan Pogoh, Segamat terpaksa ditemani ibunya sepanjang hari di kelas kerana mengalami masalah kesihatan berkaitan pernafasan.
Ibu murid itu, Norizan Marsadi, 39 berkata dia menemani anaknya Mohammad Raeez Ramdhan Mohd Zulkifli untuk memastikan anaknya itu terus bernafas. Murid itu mengalami komplikasi pernafasan dan jantung berlubang sejak kecil dan memerlukan perhatian 24 jam sehari di sekolah dan rumah. “Jika saluran pernafasan pada lehernya tersumbat dengan kahak atau tidak sempurna, Mohammad Raeez tidak dapat bernafas dengan baik menyebabkan mukanya menjadi biru dan jika tidak bertindak segera, dia tidak boleh bernafas. “Alat pernafasan berharga RM200 itu perlu ditukar setiap 60 hari supaya tidak berlaku jangkitan kuman dan Mohammad Raeez terpaksa menjalani pemeriksaan jantung di Institiut Jantung Negara (IJN) setiap bulan selain ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) menjalani pemeriksaan kesihatan,” ujar Norizan. - CARI Infonet
Baca selanjutnya: Harian Metro
(Sumber foto: Harian Metro)
|
Jagendas replied at 15-1-2016 01:23 AM
Allahu
kesian adik ni
lionsleepin replied at 15-1-2016 01:24 AM
Ya Allah..ujian besar makpak. Harap kuat mengharungi
zameyla replied at 15-1-2016 09:42 AM
Ya Allah.........semoga adik cepat sembuh...minta TMJ sponsor skit dari duit 50 juta tu utk tanggung ...
ADVERTISEMENT