|
PENYANYI mendiang Glenn Fredly mungkin sudah tiada namun karya yang ditinggalkan menjadi malar segar malah masih diminati ramai. Disebabkan itu, sebuah konsert Glenn Fredly Holographic Performance: Live in Malaysia bakal diadakan pada 18 Julai depan di Zepp Kuala Lumpur. Menurut penganjurnya, Ibram Putra berkata karya mendiang tidak pernah mati malah sentiasa menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup setiap pendengarnya. Kata Ibrham, kejayaan konsert 25 Years of Music: Holographic Performance di Beach City InternaConal Stadium, Jakarta dua tahun lalu menjadi langkah berani membawa konsert sama menggunakan hologram ke Malaysia. “Warisannya tak hanya hidup dalam karya, tetapi juga dalam nilai-nilai yang ia perjuangkan: keberagaman, perdamaian, dan kemanusiaan.
“Ini bukan hanya sebuah pertunjukan. Ini adalah ruang suci untuk mengenang, merenung, dan merayakan nilai-nilai yang Glenn tinggalkan. “Inilah masa untuk kita meraikan cinta yang menyatukan, musik yang menyembuhkan, dan pesan damai yang abadi," katanya. Tidak sekadar menghidupkan hologram semata-mata, konsert ini turut disertai isteri Glenn Fredly (Mutia Ayu), Ryan D'Masiv dan penampilan Noh Salleh serta Nadira Adnan. Mereka ini akan bergabung bersama The Bakuucakar, band pengiring asal Glenn Fredly sekali gus menyatukan cinta dan harmoni dalam sebuah tribute yang intim. Bukan sekadar hiburan, konsert ini akan menjadi tonggak sejarah dunia muzik Asia Tenggara dan bukti bahwa teknologi boleh menjadi jambatan antara kenangan. Peminat yang berminat boleh membeli tiket konsert berkenaan di laman web Ticket2U dengan harga serendah RM188. - mStar |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-2-2026 11:34 AM GMT+8 , Processed in 0.045776 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.