JAKARTA – Penduduk sebuah daerah di Lampung Tengah, wilayah Lampung mengkritik pihak berkuasa tempatan yang tidak membaiki jalan rosak dengan cara membasuh pakaian dan mandi di tengah jalan, lapor laman berita Lambe Turah. Dalam sebuah video tular, penduduk daerah Varian Agung dilihat beramai-ramai mencuci pakaian di tengah jalan menggunakan air lopak dari jalan yang rosak. Terdapat juga penduduk yang mandi di tengah jalan sambil bermain-main dengan air bertakung. “Penduduk Varian Agung ini mengkritik keadaan jalan rosak di daerah mereka,” kata keterangam video yang dimuat naik di laman sosial. Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada pengguna media sosial. “Saya juga bertindak demikian kerana sudah sering melihat dan mandengar keluhan penduduk mengenai jalan rosak itu,” kata seorang netizen. – AGENSI
|
akies replied at 7-5-2025 10:32 PM
Aneh2..air tu bukannya bersih pun.
G basuh baju pula mcm takde toilet dkt rumah

B40tastePosh replied at 9-5-2025 11:21 AM
Ada satu video dari Indonesia dalam FB, mandi, cuci baju, cuci pinggan dan cuci beras dalam perigi ...
syamzana replied at 9-5-2025 02:02 PM
ade jugak geng2 konten iols tgk dok buat camni. ok la kalau air tu sejenis sungai mengalir dan byk ...

© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
20-2-2026 05:42 PM GMT+8 , Processed in 0.362973 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.