Oleh Adib ZA Azilah Hadri yang dijatuhkan hukuman mati selepas disabitkan dengan tuduhan membunuh Altantuya Sharibuu dikatakan mahu memohon pengampunan daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Dia dilaporkan bakal membuat permohonan ke Pejabat Sultan Selangor hari ini. Azilah bersama seorang lagi bekas pengiring Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Sirul Azhar Umar disabitkan kesalahan membunuh Altantuya pada 2006. Sirul telah melarikan diri dan kini berada dalam tahanan imigresen Australia, manakala Azilah berada di Penjara Sungai Buloh. - CARI Infonet Sumber: Sinar Harian/ FMT
(Sumber foto: FMT)
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|