CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

“Kenapa menagih baju anak aku?” - Wanita bengang mentua desak bagi pakaian bayi cantik-cantik pada adik ipar

6-5-2025 02:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1002| Komen: 2|Original author: tatod

1000027749.jpg



SETIAP ibu pasti ingin memberikan yang terbaik untuk anak-anaknya.


Di laman sosial, seorang wanita meluahkan rasa kurang senang apabila dia sering didesak supaya memberikan baju anak perempuannya kepada adik ipar yang sedang hamil.


"Anak aku baru je masuk sembilan bulan dan sejak usia dia lima bulan, mak mentua aku sibuk suruh bagi baju-baju anak aku kat adik ipar yang sedang hamil.


"Aku tak pernah ada niat nak sedekahkan baju-baju tu walaupun memang anak dah tak muat, baju-baju tu cantik dan tak murah," luahnya.


Tambahan pula, kesemua pakaian tersebut dibeli dengan duit 'tabungan' kerana dia mahu memberikan yang terbaik untuk anaknya.


Dia yang enggan dikenali turut menyatakan, baju harian yang dipakai pun dibeli di butik dan bukanlah dari laman e-dagang biasa.



1000027750.jpg


"Aku kumpul duit nak beli baju cantik-cantik tu, baju harian pun tak beli kat Shopee atau TikTok.


"Bukan aku tak suka mak-mak yang beli baju dari situ, tapi masing-masing punya kehendak kan.


"Jadi apabila mak mentua asyik suruh, sampaikan di kenduri saudara mara pun sebut, aku jadi semak kepala," tambahnya lagi.


Pada masa sama, dia turut meluahkan kehairanan kerana adik iparnya tidak menolak pelawaan mentua meskipun mampu membeli pakaian mahal untuk anak yang bakal lahir.


Menurut wanita ini, adik iparnya juga seorang yang berkemampuan dan mempunyai kerjaya hebat.


"Dia kerja bagus, biarlah dia beli sendiri baju anak dia, dia mampu.


1000027751.jpg


"Kenapa nak menagih baju anak aku? Aku nak simpan baju-baju anak aku, mana tahu dia dapat adik... boleh bagi pada adik dia pula.


"Setiap kali tanya, aku tak sampai hati nak jawab yang aku tak mahu bagi tapi dalam hati memang menyumpah," luahnya yang hanya mampu menunjukkan tingkah laku tidak selesa terhadap kedua-dua beranak itu.


Menerusi ruangan komen, kebanyakan warga maya memintanya untuk berterus terang tentang niat menyimpan baju untuk anak seterusnya.


"Cakap je nak simpan untuk bayi baru sebab tak mahu beli dah.


"Beli yang preloved je, murah sangat untuk bayi baru lahir kemudian bagi selambak pada mereka.


"Doakan je adik ipar tu dapat anak lelaki, tak kan nak bagi anak lelaki pakai baju perempuan.


"Kalau kita memang niat nak bagi, tak apalah tapi kalau minta terus macam ni, memang menyampah," ujar beberapa warga maya. - mStar






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 7-5-2025 12:01 AM
Cakap je nk simpan utk next baby...
Quote twins 7-5-2025 01:27 PM
cakap jer nak simpan untuk anak2 yg lain nanti... baru sorang kan...
aku baju anak pertama.. pass down ke anak ke dua... mmg pakai sampai lusuh lah..
siap ada kuning lagi kesan air liur....haaaa confirm tak der siapa teringin dah klu pun aku nak bagi hahahahah

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 08:49 PM GMT+8 , Processed in 0.037812 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top