CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Wanita terpaksa undur diri, tak tahan BF cakap bersembur air liur bersepah - “Rasa nak muntah, lencun muka”

6-5-2025 02:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 763| Komen: 2|Original author: tatod

1000029207.jpg



HUBUNGAN antara pasangan boleh terputus disebabkan beberapa faktor.


Di laman sosial, seorang wanita berkongsi cerita mengenai punca dia berpisah dengan teman lelaki.


"Aku putus dengan seorang lelaki ni sebab air liur dia bersembur semasa cakap.


"Rasa perkara ni sangat luar biasa pernah jadi pada aku," luahnya.


1000029205.jpg


Dia yang enggan mendedahkan identiti berkata, paling menjengkelkan apabila lelaki terbabit mendesak supaya menyatakan punca perpisahan.



Susulan itu, dia yang pada awalnya hanya mengakui tawar hati, menjelaskan rasa kurang selesa tentang tingkah laku lelaki terbabit.


"Aku memang tak boleh terima dan nak putus, dia tanya sebab apa dan aku hanya cakap tak ada hati.


"Tapi dia asyik desak, jadi aku cakap sebab air liur dia sembur muka," ujarnya lagi.




Selepas menceritakan punca sebenar, dia tidak menyangka lelaki terbabit akan memberikan jawapan yang seolah-olah berbangga dengan 'masalah' dialami.


"Dia jawab itu daya penarik, bekas teman wanita dia pun tak pernah complaint. Dia cakap juga itu membuatkan dia lain daripada orang lain.


"Aku rasa nak muntah, dia makin sengaja buat sembur-sembur macam tu... kalau bercakap memang boleh basah lencun muka," tambahnya yang sebelum ini hanya berhubung menerusi telefon.


Menurutnya lagi, susulan insiden yang berlaku pada pertemuan kali pertama, dia enggan berjumpa buat kali kedua sehingga mengambil keputusan untuk berpisah.


Kisahnya itu mendapat pelbagai respons daripada warga maya dan ada yang menganggapnya lucu.


1000029183.jpg


Tidak kurang juga tampil berkongsi pengalaman masing-masing yang hampir sama.


"Pernah jumpa masa makan, makanan tertinggal kat tepi bibir, kemudian dia angkat kepala... tahi hidung terkeluar. Sepanjang makan tu, nampak tahi hidung dia.


"Tahniah awak jujur dengan dia, harap lepas ni dia sedar tu bukan daya penarik dan cuba perbaiki diri.


"Dengar pun dah geli, apa lagi merasa percikan air liur tu.


"Tak tahu nak menagis ke gelak, nasiblah dah putus, kalau tak banjir muka," demikian komen warga maya. - mStar






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 6-5-2025 06:51 PM
Adakah air liur bf dia menyembur mcm dalam video tu? Hahahahahahahaha...
Quote lanacondor 6-5-2025 07:53 PM
Video atas tu movie con heartist kan? Best cite tu

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2026 01:57 AM GMT+8 , Processed in 0.268259 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top