CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Anak ada tabiat meninggi suara? Bimbing dari kecil guna cara lembut tetapi berkesan

6-5-2025 08:27 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1022| Komen: 2|Original author: tatod

1000029098.jpg


ANAK yang bercakap dengan suara kuat sering kali dianggap mengganggu, terutamanya apabila berada di tempat awam seperti restoran atau dalam rumah ketika orang lain memerlukan ketenangan.

Namun begitu, hakikatnya, anak yang bercakap kuat bukanlah satu masalah besar jika diajar bila masa sesuai untuk menurunkan nada suara mereka.

Seorang perunding tingkah laku, bekas guru dan pengetua, Scott Ervin, berkongsi pengalaman dan pendekatan yang boleh membantu ibu bapa membimbing anak agar dapat mengawal kelantangan nada suara mereka dengan lebih baik.

Dalam tulisannya, beliau menegaskan bahawa kita bukan hendak mendidik anak supaya menjadi pendiam atau memendam ekspresi.


Sebaliknya, kita sedang membimbing mereka untuk memahami persekitaran dan tahu menyesuaikan kelakuan mengikut tempat dan masa.

Menjadi seseorang yang tahu bila untuk diam dan bila untuk bersuara adalah sebahagian daripada proses sosial dan kemahiran hidup.

1000029089.jpg

Kadang-kadang, teguran seperti "jangan bising" atau "perlahan sikit" boleh berulang banyak kali, sehingga menjadi membosankan dan tidak lagi berkesan.

Lebih parah lagi, apabila anak mula melawan atau menjadikan arahan itu sesuatu yang diabaikan.

Sebab itu, Ervin memperkenalkan pendekatan yang dipanggil sebagai 'intervensi bimbingan lembut'.

Caranya sangat ringkas apabila anak bercakap terlalu kuat, ibu bapa hanya perlu memberikan reaksi fizikal sebagai contohnya, menutup telinga dengan ekspresi wajah seperti sakit atau terkejut.

Itu menunjukkan bahawa suara anak sedang menyakitkan telinga orang di sekeliling.

Jika anak tidak perasan isyarat tersebut, boleh disusuli dengan satu perkataan pendek seperti “aduh” atau “yeesh” sambil menyentuh bahu mereka dengan lembut.

Apa yang menariknya, isyarat itu bukan untuk memalukan atau menghukum anak, sebaliknya satu tanda bahawa mereka perlu berhenti seketika dan sesuaikan suara.

Jika isyarat itu tidak memberi kesan, ibu bapa boleh menunggu sehingga suasana tenang dan berbincang dengan anak secara perlahan.

Dalam perbualan itu, beritahu bahawa anda suka mendengar mereka bercakap, tetapi suara yang terlalu kuat boleh menyakitkan telinga orang lain.

1000029100.jpg

Tegaskan bahawa anda tidak marah, tetapi sebagai ibu bapa, anda bertanggungjawab untuk membantu mereka belajar bagaimana untuk bercakap dengan nada suara yang sesuai mengikut masa dan tempat.

Selain itu, ada juga situasi yang mana ibu bapa boleh mengambil pendekatan lebih tegas dengan mengehadkan aktiviti di luar rumah.

Sebagai contoh, anak tidak dibenarkan ke tempat awam kecuali ke sekolah, sehingga mereka menunjukkan perubahan dalam mengawal kelantangan suara.

Namun, itu bukanlah hukuman keras, sebaliknya latihan yang bertujuan membina kemahiran sosial anak dalam jangka panjang.

Apa yang penting, anak tahu bahawa mereka disayangi dan diterima, walaupun masih sedang belajar menyesuaikan diri dengan dunia sekeliling.

Sebagai ibu bapa, tugas kita bukan hanya memastikan mereka berkelakuan baik, tetapi juga membantu memahami kenapa sesetengah kelakuan perlu diubah.

Dalam proses itu, kita sendiri turut belajar menjadi lebih sabar, kreatif, dan empati dalam mendidik anak-anak yang sedang membesar dengan keunikan masing-masing. — The Star


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote raflesia201 16-8-2025 01:30 AM
boleh jadi panduan utk parents...
Quote Page88 16-10-2025 01:10 AM
Can you stop with this nonsense upbringing of a child. You are the parent not the other way around. Raise your voice & it is okay to slap your child if they misbehave. You are in control not your child.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 07:01 AM GMT+8 , Processed in 0.152202 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top