CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

6 Jilake: Jilat, jilat lagi sampai berkilat!

5-5-2025 07:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1651| Komen: 4|Original author: tatod

1000028212.jpg



SELEPAS menumbangkan Badak Berendam, membuatnya meronggok dalam tahanan sebesar jamban, Kuping (Amerul Affendi) bersedia meninggalkan Kampung Ketayap mahu menyambung kelana. Tapi selepas dapat tahu ada bala bakal melanda kampung, Kuping yang dianggap orang terbuang tiba-tiba dilayan seperti raja oleh penghulunya, Tok Lepat (Kazar).


Bagi Tok Lepat, hanya Kuping sahaja yang boleh diharapkan menyelamatkan Kampung Ketayap daripada Belanda dan lima lagi samseng ‘6 Jilake’ yang sedang mengejar mereka. Tok Lepat menyangka, bekas menantunya, Kasturi (Bell Ngasri) dan orang kampung yang ada bukan boleh diharap sangat.


Ketika samseng itu muncul, Tok Lepat membiarkan sahaja Kuping berlawan sendirian. Masing-masing mengintai pertempuran itu dari balik jendela. Gerun, kasihan melihat Kuping namun enggan melakukan apa-apa. Babak itu banyak mengingatkan saya kepada sebuah buku yang ditulis Za’ba (juga buku sama yang pernah ‘menampar’ saya) bertajuk, Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri.



1000028213.jpg


Dalam buku tersebut, sebagai pembaca, kita boleh merasa betapa menyampah dan bencinya Za’ba kepada sikap suka bergantung kepada orang lain. Bukan hanya bergantung kudrat, malah bergantung kecerdikan, bergantung pendapat, bergantung amalan akhirat juga kepada orang lain. Itulah sikap yang melemahkan serta membawa sesuatu bangsa itu jauh daripada kemajuan peradaban.


Kita tidak mampu membangunkan semangat untuk menentang, memulakan sesuatu kerana kekontangan sikap percaya diri yang kritikal. Tok Lepat mempunyai itu, begitu juga penduduk Kampung Ketayap yang kerjanya jika tidak mendabik dada perkara yang tiada ada, mesti menjadi tukang sorak dan jilat. Kerana kerja menjilat tidak memerlukan keyakinan. Juga tidak memerlukan maruah untuk hidup.


Hanya Kuping yang percaya kepada diri itupun setelah bertahun-tahun menjadi orang yang disisih masyarakat kerana dianggap berbeza. Mungkin Kuping mahu memberitahu kita, jauh dari orang-orang tolol membuat kita kuat mengenal potensi dan kemahuan diri. Kita tidak takut bertempik dan melawan sesiapa yang cuba menikam dari belakang.




Segala yang canggung dan tidak cukup


Aziz M Osman hadir memecahkan hiatus panjangnya sebagai sutradara filem komedi menerusi 6 Jilake. Sesekali saya terkenang Mamat Khalid, mungkin kerana terimbas kemiripan naskhah ini dengan Lang Buana dan saya kuat percaya Aziz mahu memberi homaj kepada arwah.


Saya faham akan wacana yang dibawa Aziz dalam jenakanya dan tentu sahaja ia signifikan diuji walau dalam latar era kurun ke-17. Namun belum cukup terasa satiranya.


Namun begitu, sayangnya, saya fikir Aziz belum cukup matang memasak plot cerita naskhah ini. Sebagai penonton, ini cerita tentang Kampung Ketayap dan Kuping, bukan tentang 6 Jilake yang menjadi judul filem. Kewujudan mereka pun saya ingat-ingat lupa.


1000028214.jpg


Hanya ada beberapa karakter yang tampak benar-benar berfungsi menampung cerita, selebihnya belum cukup baik diolah, sekadar menempel-nempel bermain muzik di atas menara dan puffff, hilang tidak tahu ke mana.


Tetapi, saya tidak mahu naskhah genre komedi mati di sini mengenangkan sudah tidak banyak filem begini terbit di layar. Dalam dunia serba tegang, apalagi yang lebih kita perlukan selain sikap bergantung kepada diri sendiri, dan ketawa yang panjang. - UTUSAN



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pisanggoreng 20-3-2025 08:38 PM
[youtube]n-FE4QLEyjg?feature=shared[/youtube]
Quote pisanggoreng 26-3-2025 08:59 PM
[youtube]7Jtz56KnhnU?feature=shared[/youtube]
Quote tatod 4-5-2025 08:25 PM
1000028212.jpg


SELEPAS menumbangkan Badak Berendam, membuatnya meronggok dalam tahanan sebesar jamban, Kuping (Amerul Affendi) bersedia meninggalkan Kampung Ketayap mahu menyambung kelana. Tapi selepas dapat tahu ada bala bakal melanda kampung, Kuping yang dianggap orang terbuang tiba-tiba dilayan seperti raja oleh penghulunya, Tok Lepat (Kazar).


Bagi Tok Lepat, hanya Kuping sahaja yang boleh diharapkan menyelamatkan Kampung Ketayap daripada Belanda dan lima lagi samseng ‘6 Jilake’ yang sedang mengejar mereka. Tok Lepat menyangka, bekas menantunya, Kasturi (Bell Ngasri) dan orang kampung yang ada bukan boleh diharap sangat.


Ketika samseng itu muncul, Tok Lepat membiarkan sahaja Kuping berlawan sendirian. Masing-masing mengintai pertempuran itu dari balik jendela. Gerun, kasihan melihat Kuping namun enggan melakukan apa-apa. Babak itu banyak mengingatkan saya kepada sebuah buku yang ditulis Za’ba (juga buku sama yang pernah ‘menampar’ saya) bertajuk, Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri.


1000028213.jpg


Dalam buku tersebut, sebagai pembaca, kita boleh merasa betapa menyampah dan bencinya Za’ba kepada sikap suka bergantung kepada orang lain. Bukan hanya bergantung kudrat, malah bergantung kecerdikan, bergantung pendapat, bergantung amalan akhirat juga kepada orang lain. Itulah sikap yang melemahkan serta membawa sesuatu bangsa itu jauh daripada kemajuan peradaban.


Kita tidak mampu membangunkan semangat untuk menentang, memulakan sesuatu kerana kekontangan sikap percaya diri yang kritikal. Tok Lepat mempunyai itu, begitu juga penduduk Kampung Ketayap yang kerjanya jika tidak mendabik dada perkara yang tiada ada, mesti menjadi tukang sorak dan jilat. Kerana kerja menjilat tidak memerlukan keyakinan. Juga tidak memerlukan maruah untuk hidup.


Hanya Kuping yang percaya kepada diri itupun setelah bertahun-tahun menjadi orang yang disisih masyarakat kerana dianggap berbeza. Mungkin Kuping mahu memberitahu kita, jauh dari orang-orang tolol membuat kita kuat mengenal potensi dan kemahuan diri. Kita tidak takut bertempik dan melawan sesiapa yang cuba menikam dari belakang.


[ig]https://www.instagram.com/reel/DJGTIQUPywb/?igsh=MWJiYWI2cGExYjcwNQ==[/ig]


Segala yang canggung dan tidak cukup


Aziz M Osman hadir memecahkan hiatus panjangnya sebagai sutradara filem komedi menerusi 6 Jilake. Sesekali saya terkenang Mamat Khalid, mungkin kerana terimbas kemiripan naskhah ini dengan Lang Buana dan saya kuat percaya Aziz mahu memberi homaj kepada arwah.


Saya faham akan wacana yang dibawa Aziz dalam jenakanya dan tentu sahaja ia signifikan diuji walau dalam latar era kurun ke-17. Namun belum cukup terasa satiranya.


Namun begitu, sayangnya, saya fikir Aziz belum cukup matang memasak plot cerita naskhah ini. Sebagai penonton, ini cerita tentang Kampung Ketayap dan Kuping, bukan tentang 6 Jilake yang menjadi judul filem. Kewujudan mereka pun saya ingat-ingat lupa.


1000028214.jpg


Hanya ada beberapa karakter yang tampak benar-benar berfungsi menampung cerita, selebihnya belum cukup baik diolah, sekadar menempel-nempel bermain muzik di atas menara dan puffff, hilang tidak tahu ke mana.


Tetapi, saya tidak mahu naskhah genre komedi mati di sini mengenangkan sudah tidak banyak filem begini terbit di layar. Dalam dunia serba tegang, apalagi yang lebih kita perlukan selain sikap bergantung kepada diri sendiri, dan ketawa yang panjang. - UTUSAN


Quote prince_marhaen 6-5-2025 08:34 AM
tajuk sooo rempit...

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 01:06 AM GMT+8 , Processed in 0.742532 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top